Sunday, May 29, 2011

Another month to go...

Hari ni kan, ada orang tu 11 bulan :D

Nak celebrate? Hoihh.. buat tebiat ke ape. Bulan depan boleh la kan, hehehe... Mesti korang propa kan, yang kami akan celebrate birthday Cik Aiyu besar-besaran.



Iye ke???



Ehh... mana boleh bagitau. Tunggu lagi sebulan la kan, insya allah panjang umur, murah rezeki kan...

Sekarang ni Cik Aiyu dah mula bertatih. Kadang-kadang nampak kelakar aje, bila dia excited nak jalan, tapi jalan nye tak seberapa. Tangan dia yang terkuak lebih, macam burung nak terbang dah rupa nye. Macam semalam, dia duk praktis mencangkung - berdiri. Aku tengok pun penat, mesti sakit otot peha aku kalau aku yang cuba. Sebab tu anak maintain kurus, mak nye yang makin gebu, hehehe.. Nak buat entry ni pun sambil manja-manja makan M&M's, takde kesedaran langsung kann... Pastu bising, perut lembik T__T

Anyway, selain dah mula bertatih, Cik Aiyu punya gigi dah tak terbendung. Aku last count ada 14, taring atas kiri kanan dah keluar. Agaknya nanti setahun, gigi dah lengkap. Boleh dia makan kambing bakar sambil eksyen kat kawan-kawan sebaya. "Kau ade ke???"

Pastu Cik Aiyu sekarang suka sangat nak mintak makanan aku. Bila orang tengah makan, nanti dia datang dekat buat muka kesian. Mulut kecap kecap. Kekadang aku kasi gak, tapi selalu memang tak dapek le. Pasal makanan iolls haruslah pedas kann... Selain tu, sekarang dia suka ajuk orang. Kalau dia tengok orang tepuk tangan dalam tv, dia pun tepuk sama. Kalau kau nak dia gosok gigi, kau kena gosok gigi depan dia. Boleh???  Aku pulak jenis suka berus gigi depan cermin, terpaksa lah sebelah tangan lagi reserve untuk dukung dia. Nasib baik bukan bayi bam bam, kalau tak haruslah tangan kananku lagi besar nanti kan.

Ok lah, mari kita layan video Cik Aiyu cuba berjalan. Gigih dia mencuba, semalam rajin pulak dia praktis. Jom layaannnnn.......




12 comments:

Anonymous said... BALAS

cik aiyu comel!

nur qhaseh said... BALAS

alhamdulillah da pandai jalan da cik aiyu... cayouk! berusaha lg yer aiyu... nt ley lari2 lak ahakssss

bonda dadif aka akish said... BALAS

ala...tak apt tgk lagi...=)

Anggerik Berduri said... BALAS

comelllllllllll

Amy Z! said... BALAS

Yeay! Dah jalan.. Lepas ni mummy blh kurus sbb kejar aiyu lari2 kat tmn @ mall.

Hikhik.

Dinas Aldi said... BALAS

Syabas cik Aiyu! sekarang beberapa tapak, tak lama lagi bertapak2, tak terkejor mak engko kang, kahkahkah!

Anonymous said... BALAS

gigi dean baru satu batang~
cik aiyu kamu eksyen ye?! hamboi-hamboii cita2 nak makan kambing bakar!

ijah

SANDRA AZWAN said... BALAS

ANAK PATUNG BERJALAN!!

P/S: masuk je blog nie, mesti wajib sebut perkataan COMEL!!;-)

Watai said... BALAS

mengimbang kepala yang berat.dapat dari sapa lah tu agaknya ye :p

Madam Sooyaree said... BALAS

Anonymous,
Thanks dear!

Nur Qhaseh,
Skang ni tengah gigih berlatih.. atas tilam pun nak jalan!

Bonda Dadif,
Kat opis kena block ke YouTube?

Aqilah,
Thanksssssss :)))

Amyz,
Aminnn mommy nye kurus, hihihih...

Dinas,
Exercise terpaksa la nampaknya nanti, hihihi...

Ijah,
Ok lah tu auntie, dari takde gigi langsung abang Dean kita :D Haruslah eksyen, dah takde benda lain nak di eksyen kan, hahaha

Sandra,
Auww... thanks dear! :)))

Watai,
Sadap you. Orang kepala besar ni lari laju, graviti tinggi. Macam kau kan, ehhh... :P

SJB AKA SUE J-B. said... BALAS

Cute nya. My A.B pun suka tengok video ni hehe.

アヌム ちゃん said... BALAS

tak sabar nak tengok cik aiyu pandai cakap pulak nnt.mesti comel..heeee :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...