Sunday, May 8, 2011

Another Sunday

Hari ni adalah Hari Ibu di Amerika. Kepada sesiapa yang bertanya apa Cik Abe kasi pada aku, chooiiiiii.... jangan berharap! Wish pun tidak, hahahaha... Tapi takpe, kami ni bukanlah jenis suka nak sambut benda sangat. First anniversary kawen dulu pun takat gi tengok wayang aje (tapi first class GSC hokay, jangan marahhh :P). Nak hadiah? Nehi nehi... tak dapekkk.. Jadi jangan percaya kalau orang kata mat saleh ni romantik belaka. Bukan semua tau.

Then again, Cik Abe bukanlah orang yang kedekut. Selalu kalau dia dapat duit lebih, memang dia akan offer nak beli barang untuk aku. Tapi itu lah, aku ni bukan reti sangat kalau orang tanya on the spot nak apa. Kalau aku tak plan nak beli something specific, memang payah sket. Cik Abe pulak jenis yang tak reti nak beli hadiah apa. Nak suruh dia organize party? Muahahaha... kemsalam! Suruh betulkan sinki? Yaaa.. itu memang dia terror! :P

Anyway, hari ni kami takde buat apa sangat. Just another stroll around the block, sambil pit stop di taman permainan dekat sini. Hari ni malas nak gi taman permainan yang besar tu, pasal esok pagi nak ke sana. Oh ya, sekarang ni aku dah mula bergaul dengan mak-mak kat sini. Diorang ada buat timetable, untuk set playdate di taman-taman sekitar kawasan setiap hari Isnin, dari jam 10 pagi ke tengahari. Kalau cuaca tak elok, kami dating kat McDonald's, hehehe...

Taman kat sini kena berhati-hati sikit. Palang dia tak tutup habis. Terpaksa aku amik berkat jadi octopus jap tadi, takut anak cium tanah.

Kalau taman besar tu pakai kayu sebagai shock absorber, sini pakai pasir.

Cik Aiyu apa lagi, gigih main pasir. Nasib baik dia tak masuk mulut.

Mak meroyan dah lama tak pergi pantai. Tanam kaki anak dalam pasir.

Balik tu, tekak aku terasa macam nak makan keledek goreng. Ni semua pasal tengok keledek goreng kat blog Umie. Bak kata Umie, pekena pulak dengan kopi O panas.... betul-betul kawww I tell you! Tinggal takde sinetron Indon aje, kalau tak kompem rasa macam kat rumah, hehehe...

Amacam, boleh jual tepi jalan tak?

18 comments:

DeLancrettLurpak said... BALAS

aku nak 5inggit eh keledek tu.. sambal kicap kasik lebih eh kak.. hehehhee

Nanak said... BALAS

samalah Hubby kita..nsb baik i ni pun jenis tak kisah..hohoho..

err, keledek goreng tu blh habis ke? bak sini 5kpg..hehee

Madam Sooyaree said... BALAS

Lurpak,
Eh, ada kicap eh? Kat rumah aku jual takde kicap. Kena tipu dek makcik ni...

Nanak,
Hehehe.. nasib kita tak amik hati sangat kan :D Jangan tak tau, semua dah selamat dalam perut ni! :P

bonda dadif aka akish said... BALAS

wahhhhh udah join club mak2 disane....kelasss!!!

so dak aiyu dapatlah kengkawan yg ramai...

beb...bukan lakik awk aje tak romantik..lakik kite pon same owhhhh....lagila nak soh beli adiah..wahhh menanges!

lemongrass said... BALAS

Sapelah agaknya yang spread the rumours kata Mat Saleh ni romantik.
Mak tertipuuuuuuuuuu kamu!!!!!!
Muahahaha...
I pun nak keledek goreng $3 aje cukuplah :-). Tapi I tak nak sambal kicap, nak caffe latte aje cukup :-D

lemongrass said... BALAS
This comment has been removed by the author.
Unaizah said... BALAS

Nasib kitala kan dpt husbands yg tak romantik. Tpkan husbands yg jenis tak romantik ni sekali sekala diorang tunjukkan rasa sayang diorang...tu yg buat kita laaagi sayang.

lyza said... BALAS

huh..bkn mat saleh je tak romantik.. org kelana jaya tu pun sama..tak romantik..:P
tkde suprise2,candle lite bagai.. tp klau dia buat gak..aye mmg suprise gila...hahaha...
pssst..gigih aiyu mengira pasir.. hehe..

Isabel said... BALAS

Hubby u cam sama gak ngn hubby I. Perlu ditunjuk ajar how to be romantic and how to buat isteri terharu pada hari2 yg istimewa. hahaha..pa2 pun, happy mother's day!:)

Anonymous said... BALAS

Suami separuh Melayu pun sama je Huda. Jangan tertipu. Masa dating pun sama dah kahwin pun sama je. Senang je, beli je apa yg nak, charge credit card dia. Dia mesti bayo kan. Kalo dia tak bayo kita semuka dengan dia. Nanges sikit-skit, pastu mesti dia bayo.

Azian

Konot said... BALAS

ohhh gitu ke kekdahnyer? ku ingatkan semua mat saleh romantik.. hahah.. tak per la.. asal dia sayang kita sudah.

-kensel nak suruh anak aku kawen mat saleh- hak hak hak..

farah said... BALAS

Sumpah kasut Cik Aiyu comel giler! Hahaha. Lari topik dah ni weh. Anyway, Happy (1st) Mothers Day to you Nurul! (^_^)

アヌム ちゃん~~ said... BALAS

comelnyeee cik aiyu..geram tengok..larik topik jugak nih..hihi:D

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Dah ada anak ni takleh nak anti social, kesian kat si kecik kang, hihihi.. Takpelah kalau tak romantik, asal sayang kat kita takpe ;)

Lemongrass,
Hahahaha... sorang lagi mangsa tipah tertipu, hihihi... :P
Hewahh.. makan keledek goreng dengan caffe latte, kelasss gitu. Nanti kita cuba pow Cik Abe espresso machine ye

Unaizah,
Itulah kan, kalau hari-hari romantik, tiba-tiba tak romantik nanti tak pasal-pasal dituduh curang, hehehe. Kalau terbalik takpe :P

Kak Lyza,
Hehehe.. orang Kelana Jaya memang camni sket, hehehe... Itulah dia, gigih mengira. Balik terus tertido!

Isabel,
Happy mothers day to you too dear! Takpe, kalau kita tunjuk tapi tanak dengar, itu yang nak kena, haha

Kak Azian,
Wahhh... siap ada adegan air mata tu! Hihihih... itulah, kita selalu stail camtu aje. Ada join account, nak apa beli. Tak pun kasitau dia exactly apa kita nak. Kalau dia tak beli gak, beli sendiri :P

Konot,
Hahahah.. kau jangan tertipu.. orang Indon lagi romantik tau. Tak caya tanya mereka yang lari Lombok tu :P

Farah,
Thanks dear, you dah tak first mothers day kan :P Kasut tu Converse, ada macam-macam warna :D

Anum,
Thanks dear.. tunggu anak awak lak, amik berkat Jepun :P

PatinPasta said... BALAS

Mai,
hehe.. kusyuk sungguh Cik Aiyu membelek pasir. Mesti dia dalam ketakjuban dan kekaguman :D

Keledek goreng cicah sambal kicap.. adus! tak boleh tahan!
* kalo jual tepi jalan, saya orang pertama beli!

Anggerik Berduri said... BALAS

hola cik aiyu...maaf la lame x jenguk cik Aiyu..tp tgk mcm makin gebuz saje..hik... to cik Aiyu's mother, HAPPY MOTHER'S DAY ya sista..hik

Amy Z! said... BALAS

Uish. Keledek goreng. Terbaek dari ladang tuu. Terliur kita nengok sampai lupa nak komen pasal cik aiyu. Hihihi..

Wahidah said... BALAS

eh mana dpt keledek kat sana..apsal sini mcm tk de je..isk3..

bak sini sket bole..:P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...