Thursday, May 26, 2011

Bila Cik Aiyu makan strawberry....

Sekarang ni musim buah kat sini. Ala, buah biasa-biasa aje. Macam cherry, strawberry, raspberry, blueberry, blackberry dan segala macam berry berry yang lain. Hanya ceri beri yang takde (alhamdulillah...) Iye lah, nak harap durian dengan manggis memang tak dapek la kan. Jadi sila jangan eksyen ok, jiwa nurani mak ni meronta nak makan durian tau. Dengar pulak Helen boleh mengadap durian rege RM90 seorang diri. Lu memang power la Len! Mesti kaya Donald's Durian kan, hehehe...

Anyway, sekarang ni gigi Cik Aiyu dah tak terbendung. Petang semalam aku baru perasan, dua taring di atas sudah keluar. 12 + 2, tak ke 14 batang dah semuanya? Itu yang aku nampak, yang tak nampak tak tau le. Sekarang ni nak suruh dia bukak mulut susah sket. Nak gosok gigi? Mak aihhh... bercinta! Kena pakai segala macam trick, tu pun kekadang tak jalan. 

Memandangkan gigi makin banyak, kitorang dah mula sumbat dia makanan biasa. Blend blend dah kurang. Dia makan ok, tapi nak mengemas lepas tu, mak nye ada sedikit malas, haha...

Macam hari Selasa lepas, kami cuba beri dia strawberry. 

Agak-agak dia suka tak???

???

??

?

Teka laaahhh.....

.....

....

...

..

.


Hehehe... siap buat bunyi lagi tu! Padahal bukan masam mana pun, tapi iye lah, strawberry ni still boleh rasa kelat dia tu walaupun manis buahnya.


Penuh perasaan wa cakap lu! :D


16 comments:

Konot said... BALAS

hak hak hak!!! sangat comel cik aiyu!!

Anggerik Berduri said... BALAS

hahahahaha wah, besar nya strawberry..nk sikit..my favourite tu..huk huk huk

TopsyTurvyMum said... BALAS

menjiwai rasa stoberi sungguh tuuu..haha

durian sana sekilo rm90!!! *pitam*

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

alahai..comelnya makan strawberry. my nuha eksyen, tak suka durian.busuk la ummi :p

SJB AKA SUE J-B. said... BALAS

Last picture - hahaha lucu juga muka dia.

4 Kay-E said... BALAS

Hahahaaaa.. Kelakar betul. Penuh perasaan tu yg tak tahan :)

venusfreedom said... BALAS

dengar suara mak nye aje tergelak..hahahaha

Amy Z! said... BALAS

Ahahaha. Comelnya. Budak2 mmg tak suka masam2 ek? Berkerut dgn penuh perasaan. Ahaha

Dinas Aldi said... BALAS

kahkahkah comel sungguh cik Aiyu bila makan benda masam!

Missy CSI said... BALAS

ahahaha...cik aiyu terbaik lah...
tu belum try durian ke cempedak ke

Wahidah said... BALAS

alolo..penuh perasan la cik aiyu...sgt2 cute..suke sgt tgk baby nangis gitu..hehehe...

strawberry itu sggt besar..bak mai sebiji..:p

ctm.zainal said... BALAS
This comment has been removed by the author.
ctm.zainal said... BALAS

Tak sempat cecah mulut lagi dah berkemut muka... Sungguh lawak.. Ditambah pulak dengan background sound (bunyi orang tahan gelak).. Makin kita nak gelak jadinya... Aiyu Aiyu... Aunty CTM loves you lah...

Mick's Mama said... BALAS

OMG! Thats so adorable Aiyu! Dia punya posing pun maut punya lah!

Madam Sooyaree said... BALAS

Konot,
Makasih laling!

Aqilah,

wahh.. feveret ke? Haruslah dibeli sekarang juga!

TTM,
Anakku memang pakar menjiwai watak, hehehe... Bukan sini le, mak ku beli durian harga RM90 kat Malaysia. Imagine, mesti lah banyak kan. Tapi kakak wa makan sesorang, tu yang power tu!

Elissmie,
Ala Nuha, rogi!!! Nanti kita tengok Cik Aiyu nak tak durian :D

SJB,
Hehehe.. masam! AB suka buah tak?

Ita,
Agaknya rasa tu lain sungguh kot pada dia kan. Selalu makan makanan takde perisa sangat

Venus Freedom,
Sakit perut nyah, anak tahan kelat. Tahan-tahan pun seketul dia bedal!

Amyz,
Bukan tak suka, tapi rasa lain kot. Masam-masam tu habis jugak dia makan :P

Dinas,
Kalau Cik Aiyu comel lah, mak nye... haru!

Missy CSI,
Uihh.. .cempedak goreng pon sodap!

Wai,
Kat sana ada strawberry tak? Teringat time kat Kuwait, depa jual rambutan, tapi dah nak naik hitam! Mahal lak tu!

CTM,
Awww... Cik aiyu loves Aunty CTM juga! :D

Azura,
Mick suka tak makan buah dear? Little explorer!

Anggerik Berduri said... BALAS

tp strawberry kat sini jarand dapat yang besar mcm tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...