Wednesday, May 25, 2011

Reunited!

Akhirnya, kami pulang jua ke rumah :D

Seminggu ni memang penat sikit, boleh kata memanjang aje dalam kereta. Nasib baik la timing kerja Cik Abe very flexible, so capai jugak lah hajat kami nak tengok-tengok rumah. Kalau kerja office hour, memang nan hado la jawabnya.

Paling kesian adalah pada cik kak kita sorang ni. Memanjang aje duduk dalam car seat. Dah la car seat sewa tu tak berapa selesa, kesian dia. Nak roboh dah rupanya, tapi siapa suruh dapat mak bapak pemalas nak usung car seat sendiri yang enak lagi empuk, hihihi...

Dah la selalu duduk dalam kereta kannn... lepas tu balik hotel terperuk dalam bilik aje. Nak bawak pergi tempat bayi-bayi bermain, tak tau kat mana. Terpaksa lah dia isi masa lapang dengan memanjat kerusi meja di samping menarik rambut ibu dan bapa.


Tengok tu, main dengan berus gigi aje. Kesiannnnn diaaaa....

Pagi tadi flight kami pukul 8:10 pagi. Flight pertama, lepas take off aje Cik Aiyu menyusu lalu pengsan. Bangun pun ala-ala sebelum landing gitu. Flight kedua lak ada 2 kali take off and landing (kena singgah bandar lain dulu). Take off pertama, memang dia pengsan sampai landing. Take off kedua, dia jaga. Ada sedikit unsur ala speaker pecah, tapi yang penting dia tak menangis, hehehe... 

Sampai rumah aje, dia memadu kasih bersama mereka-mereka yang telah ditinggalkan selama 10 hari. 




Tadi waktu Cik Aiyu bangun dari tido siang pun, mood dia gembira semacam. Dari intercom, boleh dengar dia bercakap seorang diri. Bila aku datang kat crib, dia sengih-sengih lepas tu pusing kiri kanan dalam crib. Selalu kalau nampak kitorang, dia akan hulur tangan mintak keluar. Kali ni dia bermanja-manja dengan katil dulu.

Mak nye pun gembira. Bilik air ada paip air, hehehe... Kalau tak, gigih aku tadah air dalam cawan, hahahaha...

Tak senonoh kan, cerita dalam bilik air pun nak kasitau..... keji! :P



15 comments:

venusfreedom said... BALAS

hahaha amek air dlm cawan memang tak bley blah..rasa tak sempurna gitewww..hahahah..comel sgt cik aiyu duk bwh lampu tu!

Anggerik Berduri said... BALAS

cik aiyu in happy mood sebab dapat berjumpa, berpeluk, bercumbu, bergigit dengan BF kesayangan lah tu..hahahahahaa

Mira Marlena said... BALAS

Awww....she looks so sweet duduk dekat sebelah lampu tu!
Sedap eh kunyah berus gigi? :-D

FaznFaz said... BALAS

hahahah.... dulu aku expert guna bilik air tanpa paip.... apatah lagi di offshore!!! hahahahha!!!!

sya_zazoo said... BALAS

yg gmbr last tu mcm cik aiyu tgh baca yasin..alhamdulillah.tak sampai setahun dh pandai ngaji.;)

Nota Cikgu Anum said... BALAS

sgt la comey cik Aiyu membace buku..tp yg x bleh blah pic dok atas meja :)

farah said... BALAS

Geram tgk cik Aiyu in all d pics. Comel sgt!!! Hehe. Nasib dia behave during the flights ya Nurul. Good girl!

Wan said... BALAS

dah lama duk follow cerita cik aiyu ni.. tetiba je (since 2-3 entries sblm ni) baru perasan cik aiyu dah makin besar! :)

my hubby lak sbb lama dia kat kg takdpt online, ada patut dia tnya (via phone), apa citer cik aiyu skrg? isk..isk..sangatlah dia suka nk tau citer cik aiyu nih.. jeleshh ai! :p

lyza said... BALAS

Gigih membaca...comey sangat...
Aiyu ooo aiyu..balik cepat tau.. org msia dah rindu..
Yasmin masa g Pusat Sains nampak baby ala2 mat saleh..terus cakap..mama, baby aiyu..dia dok bayangkan aiyu yang kecik dulu...lol

shuhada said... BALAS

haa...nak tanya la..

sabtu ni i akan 1st time bawak wazif naik kapalterbang....

selalu ada dengar cite2 baby ni selalu dengung telinga kalau dah take off tu...

ada yang kata kene sumbat susu, sumbat puting, kasik la apa2 suh dia nyonyot time tu...hmmm..abih tu kalo time tu dia taknak semua tu..mcm mana erk..bahaya tak dengung telinga tu..risau jugak la..:((

nur easy said... BALAS

nampak kecik je dia duk bwh lampu tu..;)

Dinas Aldi said... BALAS

apa salahnya cerita pengalaman dalam bilik air, kahkahkah!

Madam Sooyaree said... BALAS

Venus Freedom,
Hehehe.. awak dulu mesti sama kan, hahahahah.. Thanks babe!

Aqilah,
Itulah, kesian dia, 10 hari PJJ, hahaha

Mira Marlena,
Thanks dear. Dia MEMANG suka kunyah berus gigi, apa lah nak jadi!

Eila,
Hahaha.. tak yah jauh babe, gi Singapore dah takde pili dalam bilik air, hihi

Sya Zazoo,
Aminnn... skang ni suruh ngaji dia pergi menari, hahaha

Nota Cikgu Anum,
Dia memang suka memanjat. Kekadang kita dijadikan tangga!

Farah,
Thanks dear! Itulah, I berdebar jugak, takut dia buat perangai. Nasib baik ok aje :)

Wan,
Cepat aje kan Cik Aiyu membesar, dulu ingat lagi bayi aje. Tak reti buat ape kecuali nangis, hehehe... Hahahaha... apa la hubby Wan! Itu tanda kena buat baby kot???? :D

Kak Lyza,
Hahaha.. apa lah Mimin, nanti balik Aiyu takut dia pelik pasal Aiyu dah besar :P

Shuhada,
I rasa kalau diorang tanak semua tu, boleh cuba urut2 rahang dia masa take off and landing. How bad it is, bergantung pada bayi tu sendiri. Tak pun kasi snacks kat diorang. Cik Aiyu puting dia lambat sket, I kasi baby puffs tu, tak berhenti dia makan, hehe

Nur,
Cik kak ni memang kecik. Asian size gitu, hihih

Dinas,
Betul kan... kekadang kat Malaysia kalau hotel canggih sket dah takde pili air kannn...

shuhada said... BALAS

oo..ok..baby puff tu macam mana.kalau i bagi biskut yang farley rusk tu ok ke..?

huuhu...di tahap sekarang i selalu akan bancuh ngan air suam rusk tu..tapi kalo atas flite esok..bantai je kan bagi seketul tu..utk dia main2 je kan..

Madam Sooyaree said... BALAS

Shuhada,
Baby puff tu macam honey stars gitu rupa dia, tapi puffy lagi lah, sesuai untuk baby. Farley's rusk pun ok, as long as dia nak makan lah. Kalau tak, boleh cuba kasi cereal Cheerios. Size kecik-kecik ni, diorang leka sikit makan. Kalau kasi biskut besar-besar, takut diorang buat campak aje kekadang (kes Cik Aiyu le)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...