Sunday, May 22, 2011

Hujan batu di negeri orang, tapi...

Update terkini: 
Makin hari makin pening!!!

Baru aku sedar, nak beli rumah ni memaaanggg banyak cabarannya. Dah la sini tax mahal, bayar bulan-bulan nanti dalam 30-40% pergi pada tax saje. Boleh? Time ni lah aku nak cium tapak kaki ahkak pink kerajaan Malaysia pasal cukai tanah & cukai pintu ku setahun tak sampai RM 1,000. Kat sini satu bulan aje dah lebih RM 1k!

Cukai tu satu hal la, belum lagi seller buat perangai. Alkisahnya, kami dah jumpa rumah idaman hati. Siap dah buat paperwork semua, yang pihak penjual pun dah kasi 'verbal agreement'. Ingatkan dah settle la, rupa-rupanya.....



Si penjual buat onar!!!




Boleh pulak kan lepas 'verbal agreement' tu, agent kitorang call balik, cakap si penjual dapat offer harga lagi tinggi, pastu tanya kitorang nak bid rege lagi tinggi tak. What the toooottt, kau ingat ini eBay ke? Kang kalau kitorang bid (which kena buat additional paperwork lak tu), dia kata buyer satu lagi bidding lagi tinggi camne? Tak ke 2-3 kali kerja!

Bincang punya bincang, kitorang decided to let go. Hamik kau, nanti kalau aku lalu rumah kau, aku baling telur tembelang. Padan muka! (cakap berani la, buat tak dapeekkkk) Now we are back to square one. Cari dan cari lagi. Apparently sini rumah macam goreng pisang panas, cepat nau laku. Ada tu baru jual seminggu, dah ada buyer. Power tak power lah.

Anyway, walau di sini adalah macam padang jarak padang tekukur, satu benda yang buat aku minat nak tinggal adalah:-

"Midland is a very safe city. Violent crime is rare, while muggings and pickpocketings are practically unheard of. Midland police are available by dialing 911." 
-wikitravel.org-


Sekarang ni dunia makin tak selamat kan. Macam kat Malaysia, sekarang ni ada pulak la kan mangkuk ayun yang pergi simbah asid sana sini. Bikin orang takut nak keluar rumah aje. Tu belum lagi penyeluk saku, peragut dan pencuri. Sex offender toksah cerita lah, kanak-kanak 3 tahun pun jadi dia belasah. Iskhh.. very the scary one!

Kat Texas kalau kau adalah sex offender, lepas keluar penjara kau kena ketuk satu persatu rumah jiran kawasan kau tinggal, kasitau yang kau adalah bekas sex offender. Tak cukup dengan tu, kerajaan kat sini ada website khas untuk senarai nama sex offender tu, alamat, bila keluar penjara, dan kesalahan yang diorang lakukan. Kira waktu nak beli rumah, korang patut check site ni, supaya korang rasa lagi selamat sewaktu membeli. Tapi ini yang pernah masuk mahkamah aje lah, yang tak kena tangkap tu lain cerita la kan, hehehe...

Ok lah, mari kita layan gambar Cik Aiyu di taman hari tu. Sambil pusing-pusing tengok rumah, kami berhenti jap kat taman. Nak amik feel.

Gambar mukadimah. Very the windy, sampai senget jambul anakku

Taman permainan

Tasik buatan. Ada sorang awek merenung masa depan di situ

Kat hujung tu ada tempat main American football. Sambil-sambil tu ada 3 orang awek tengah buat senaman memanaskan badan

Anakku yang fail. Punyalah besar kawasan berumput, ke konkrit juga kau nak merangkak

Tengok... kata dah!

Tapi bila nampak air, terus tukar arah

Amik berkat sket

Gembira menjadi lebih tinggi daripada bapa

Esok kami akan pusing-pusing tengok rumah lagi. Wish us luck, again! :D


15 comments:

Erma Azman said... BALAS

OWH ingat kan pening pening kontroversy cik aiyu nak dapat adik..rupe nye carik rumah..kih kih kih..penat kan nak carik all over again ..i wish u all the best kat bumi orang..luas nye playground!hiihihi

Anonymous said... BALAS

kesiannya....sabarlah semuga dpt rumah yg lebih baik lagi..... -umiesafa-

TopsyTurvyMum said... BALAS

Ada la hikmahnya tu..carik je la lagi. Sini pun agent suka gak buat perangai camtu konon kata ade org bid lagi harga tinggi then suruh kita bid lagi tinggi. Orang bodoh jer layan agent camtu..
Nasib u pandai. Don't worry, banyak lagi rumah lain kann..InshaAllah u dapat rumah yang lagi baik:)

Nanak said... BALAS

takpe dear,bkn rezeki la tu..teruskan usaha :)

Keratosis_A said... BALAS

gud luck for the house hunting!

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

good luck ye ber house hunting. nak nasihat lebih2 pun tak reti sbb haku pun beli sebijik rumah kat kl ni lepas tu terkulat2 tgk habis gaji kena bayar ghumah!!

sofizan said... BALAS

Assalamualaikum..sofia ni pembaca baru blog kakak ni..samalah nasib kita kak..masa sofia beli rumah pun macam tu lah peel penjual tu.cakap dah ada pembeli baru yang mahu beli dengan harga yang tinggi.tapi takpalah dah bukan rezki kita..harap kali ni dapatlah beli rumah.salam kenalan dari sofia..pembaca luvdeena..

Dinas Aldi said... BALAS

Oohhhhh sungguh la jauh beza cuaca! sebelum ni asyik tengok salji & saljan saja, ini nampak panas best nih!

Rose said... BALAS

Good luck. Mudah2an senang carik. insyaAllah.

----
It's called Excited yet Nervous

Unknown said... BALAS

I pun susah betul nak dapat rumah idaman! tension tau.

Madam Sooyaree said... BALAS

Venus Freedom,
Hehehe.. tu lama lagi kot. Kita c-sect la dulu :P

Umie,
Thanks dear! :)

TTM,
Awww... TTM cakap I pandai... terharu mak *sambil libas2 bulu mata*. semalam tengok 4, hari ni tengok lagi 6, shopping baju kawen pun tak teruk gini!

Nanak,
Thanks dear, really appreciate it

Izah,
Thanks babe!

Konot,
Bukan kau sorang noks, rumah kat KL tu pun tergeliat nak bayar, hahaha

Sofizan,
Waalaikumsalam, selamat datang dear :) Terima kasih sudi visit kita. Itu lah, macam-macam ragam kan diorang ni!

Dinas,
Sini walau panas, tapi kering. Jadinya tiada kejadian kantoi di ketiak, hihih

Rose,
Thanks dear :)

Azura,
Itulah, I baca your blog, I makin tension, hahaha

lemongrass said... BALAS

Samalah macam kat sini, agents memang ramai yg malaun sikit kasi up the price. Pastu, segala macam government tax di kenakan kat buyer masa beli rumah. Terus rasa nak muflis aje, hahahaha.
Good luck ye with the house hunting tu!

cicayanki said... BALAS

madam sooyaree,

i want a baby as cute as cik aiyu isabella please :)

ps: how heavy is she now? exercise jugak tu nak dukung dia hari hari :)

Amyz! said... BALAS

Susahkan cari rumah. I kat sini pun tgh cari rumah. Ya ampun. Pening sgt. Hahaha

Tgk gambar fuuhh cerahhh tanpa salji. Haha. Takpela. Sejuk2 adalah bahaya sbb asik lapar nak makan. Panas2 blh membakar lemak. Ekekeke. Ntah apa2 punya teori daaa. Haha.

Good luck with house haunting dear. Take care. :-)

Madam Sooyaree said... BALAS

Lemongrass,
Sini kedekut taik idung masin, satu sen pun tak kasi kurang! *sambil hidung hembus api macam naga, hehehe* Bukan you aje, I pun rasa hampir muflis. Nasib la baru jual saham kerja dulu, kalau tak sakit jugak

Cicanyaki,
Baby awak nanti mesti comel tau, anak Jepung tu! She's about 8++ kilo, ikut umur dia memang ringan. Ada sedara dia 2 minggu muda, dah 10 kg!

Amyz,
Hahahah... panas-panas cari alasan nak beli smoothies. Itu pun lemak juga ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...