Wednesday, May 4, 2011

Kisah Cik Aiyu semasa ribut salji...

Masa aku tengah sibuk-sibuk takde elektrik hari tu, ada anonymous komen, suruh cerita pasal Cik Aiyu T__T

Halamakkk.. nampak sangat takde orang nak baca cerita pasal tuan punya blog kan.. tak sesuaiii tau... Jealous mak terhadap anak, hehehe... 

Takpelah, untuk memenuhi permintaan anonymous, hari ni kita akan bercerita tentang kisah Cik Aiyu sepanjang ribut salji tempoh hari.

Alhamdulillah, we are blessed with a very good baby. Under the circumstances we had to go through, Cik Aiyu memang tak banyak ragam. 

Kesian jugak dekat dia, pasal terperuk aje dalam rumah (terutamanya dalam bilik). Awal-awal tu bila aku suruh pakai jaket, dia duk tersengih-sengih. Ingat nak keluar la tu, pasal selalu kalau pakai jaket ni maksudnya we want to go bye bye. Lama-lama tu dia paham kot, aku suruh pakai jaket pasal sejuk. Hood pun dia pakai relaks aje. Selalu nak suruh dia pakai hood, memang bercinta la kau. Susah sungguh nak letak apa-apa atas kepala dia!



Bila dah takde elektrik, baru aku sedar betapa banyaknya aku bergantung pada televisyen. Awal-awal tu mati kutu gak, nak buat apa sepanjang hari. Selalu pagi-pagi lepas baca buku, makan breakfast, Cik Aiyu akan tengok tv. Time tu lah aku nak mandi ke basuh pinggan ke ape. Tapi ni tv nan hado. How la?

So masa takde elektrik tu kami baca buku cerita (lagi dan lagi), main passing bola (Cik Aiyu makin terror dengan direction bola) dan.....




Acara keluarkan pakaian dari almari T__T




Takpelah, asal waktu Cik Aiyu terisi, aku ok aje. Bukan takleh lipat balik pun kan baju-baju tu. 

Cuma yang aku risau, masa hari pertama tu hidung Cik Aiyu berair. Dia jarang ada hidung berair, rasa kesian bila tengok. Makan pun kurang, agaknya Gerber sejuk kurang sedap. Jadinya dia banyak minum susu. Aku lak yang jadi lapar kan. Korang tak tengok betapa banyak Nutella & Hershey's terkorban sepanjang 3 hari tu. Menangis Jillian Michaels kalau tau!

Malam pulak dalam jam 9 kami dah tido. Cik Aiyu aku bungkus 3 lapis, dengan harapan dia tak terasa sejuk. Alhamdulillah dia tido elok tak banyak bergerak. Selalu kalau hari biasa, macam nak berkungfu dia dalam crib tu. Sekali pusing, woiisshh.... sekali lagi pusing wooissshhh.... Dan selalunya dia tido macam tengah sujud kan, kali ni elok aje tido terlentang atau mengiring. Aku risau gak nak kasi dia tido terlangkup, pasal dia pakai jaket + hood masa nak tido tu. Kang jadi SIDS, mak jugak yang menangissss....

Dah ada elektrik ni, dapatlah Cik Aiyu beramas mesra balik dengan Elmo. Cuaca pun ok sekarang, dalam 15 degC kat luar. Semalam terang, hari ni mendung sikit. Harap-harap tak jumpa lagi snow dalam masa sebulan dua ni. Kasi peluang la Cik Aiyu nak pakai seluar pendek, hehehe...

Babai snow! (aminnnnnnnnnn......)



Pesanan penaja:
Entry ini dibuat sambil tuan punya blog menghirup Nescafe tarik. Slurp!!!



16 comments:

mama maman said... BALAS

aduh.. terganggu lak bila tgk pic last tuh... wa posa nih wei... ahaks...:)

Anggerik Berduri said... BALAS

hik..cik aiyu bwat saya x keruan..comel sangat..rasa nk gigit..hik

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Yana,
Sedap tau... kawwww punya! :D

Aqilah,
Jangan digigit anakku!

Anonymous said... BALAS

cHAntekkk cawan (^__^)
minuman wajip tiap2 pagi neh..
bagus cik aiyu . x mragam.
WAWA PUTRAJAYA,.

nur easy said... BALAS

subhanallah.. cantik salji tu..;)

Madam Sooyaree said... BALAS

Wawa,
Thanks dear, jauh perjalanan cawan tu, dari Malaysian family di South Africa :)

Nur,
Memang cantik kalau tak ribut, hehehe

sri hati said... BALAS

gud girl cik aiyu nie:)tgk gamba salji pn dh rasa kedinginanya..

Mama Kembar 3 said... BALAS

no matter the wheather, cik aiyu maitan cute... cuba tanya dia apa petua??? kihkihkih

Anonymous said... BALAS

Alhamdulillah Cik Aiyu & Mak dia berjaya mengharungi cabaran ribut salji.

Kalau Cik Abe ada boleh juga peluk-peluk, ni dia tadok peluk je lah Cik Aiyu.

Kita suka dengar cite pasal mak dia tu. Suka sangat. Janganlah menajuk. Kena jual nanti. Skrg kita tahu emak dia seorang wanita yg kuat & tabah, tak mudah tenggelam punca terutama bila Cik Abe tadok ghumoh.
Bukan senang Allah beri dugaaan & cabaran. Syukur, Alhamdulillah.

Azian

P/s: Huda anak Ai tak dpt masuk any USA uni. Satu pun tarak tp UK uni sampai 3 offer. Tak merasalah ai nak beramah mesra di Texas.

Konot said... BALAS

rasa mcm dah lima belas kali cakap.. tapi nak cakap lagi.

CIK AIYU COMEL SGT!!

:)

DeLancrettLurpak said... BALAS

baru aku paham kenapa omputih suka beli canned food bebanyak ek

Dinas Aldi said... BALAS

Pelik sungguh la kan dah bulan Mei, haritu dah panas elok boleh pi playground bagai, tetiba plak ribut salji..habeh semua maklumat subjek Geografi untuk Amerika Utara dalam kepala jadi tunggang terbalik, kehkeh

ctm.zainal said... BALAS

tahniah Mama Aiyu kerana mengharungi hari hari tanpa electric.. Lepas ni kena appreciate electric dengan lebih lagi.. hehe.. BTW, teknik photo ape Mama Aiyu guna untuk photo2 dlm entry kali ni.. cem best je..

venusfreedom said... BALAS

Bile bace pasal takde letrik, teringat pulak kat satu mamat ca ya nun alif yg upload video kat youtube maki hamun TNB. tu pn black out few hours jer.Kat US takde letrik smpai 2 hari takde pulak masuk berita dgr psl rusuhan.. Hikhikhik..kalo kat mesia ni, mesti org duk tuduh konspirasi kerajaan takde letrik.. Hahahaahahaa..ape ape pon.. U survive babe.. Bukan mudah dgn anak kecik n laki pulak takde kan..

Madam Sooyaree said... BALAS

Sri Hati,
Memang dingin, sejuk ke tulang orang kata

Mama Kembar 3,
Hihihih... petuanya amik wudhuk macam Kak Nita, hehehe


Kak Azian,
Thanks kak :DDD Wah, tiga uni tu! Itu tanda kena jumpa Duke & Duchess of Cambridge :P

Konot,
Makasih yang!

Lurpak,
Itu le, aku pun baru paham, hihihi.. Sib baik takde stor macam mak mertua aku

Dinas,
Sekarang ni geografi memang takleh pakai, hehehe.. Dari Jepun hingga USA, semua dah carca marba!

CTM,
Thanks yang! Kita pakai Photoscape. Download la, kita tengah layan nih, hihihih

Venus Freedom,
Hihihi.. biasa la tu... apa-apa jadi, orang ingat ada konspirasi. Selalu fikir yang buruk aje kan :P

Amy Z! said... BALAS

Fuuhh.. mmg hilang gian kalo dpt nescafe tarik secawan. fuh. fuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...