Tuesday, May 10, 2011

Mabuk air

Hari ni kan, satu hari suntuk hujan. Sebenarnya sejak semalam lagi. Cuma hari ni hujan rintik-rintik tu dah macam tak rintik-rintik sangat la, macam hujam medium rare gitu. Hahaha.. nampak sangat tengah kebulur kan, sampai hujan pun ku kategori kan macam steak.

Jadinya kami duduk dalam rumah sepanjang hari. Aku keluar pun 2 kali aje, sekali nak buang sampah, sekali lagi nak amik surat. Dua-dua kali aku keluar tadi, pakai jaket yang ada hood. Nak pakai payung? Tak kuasa aku. Lagipun rumah ni takde payung. Hehehe... keji kan. Tapi memang sini tak pernah hujan lebat, apa ke hal pulak kami nak beli payung. Takat buat senjata nak cucuk orang tu ok lah.

Walau aku keluar masuk rumah 2 kali, aku tak lah basah mana pun. Takat kena sikit-sikit kat seluar, boleh nampak rintik-rintik hujan tu. Yang aku pelik, orang yang duduk dalam rumah pulak boleh basah lencun.


Kau tengok tu, seluar dia belah peha kiri aje yang kering. Baju, seluar belah peha kanan... semuanya basah lencun!

Ini sebenarnya pemandangan biasa di rumah ni. Kalau orang lain komplen anak diorang tak suka minum air, aku nak komplen anak aku terlebih suka minum air boleh? Ishhh.. tak elok kan, benda baik pun nak komplen. Sorry anakku. Tapi itulah, kalau tengahari aku tak kisah sangat dia nak minum sampai basah lencun baju, tapi kalau malam tu kekadang kena sound jugak. Sini dah le sejuk, kang kalau sakit ke ape, aku jugak yang kena sound dengan bapak kau kang.

Sekarang ni kan, dia ada perangai baru tau. Sebelum ni dia memang suka main remote tv. Ok, kami ada 4 remote. Satu untuk tv, satu untuk speaker, satu untuk cable, satu lagi untuk PS3 merangkap DVD player. Kekadang bila remote tu dapat kat tangan dia, tah mana-mana dia campak. Jadi bila nak off, terpaksa lah aku off manually kan.

Tapppiiiiiii.........

Ada orang tu dah dapat tangkap la pulak!

Sekarang ni elok-elok aku tengah tengok tv, tup tup screen jadi hitam. Ada tangan kecik yang gatal pergi off. Kalau dia tak off, dia tukar input channel. Pastu sukati dia nak letak alarm untuk cable channel kitorang. Amboi amboi amboi.... aku pun tak reti nak buat camtu tauuu... Tak sesuuaaiiii...

Itu kalau aku yang tengok tv. Kekadang waktu dia tengah tengok Elmo's World, aku dengar bunyi tak puas hati dari dapur. Bila aku datang dekat, tengok tv dah hitam. Haaa.. siapa suruh gatal tangan tekan itu ini? Ada aku suruh ke? Kekadang dia dapat balik input channel tu, kekadang terpaksa lah diselamatkan oleh mak nye ni. 

Ni ha budak gatal tangan tu. Eksyen nak tunjuk gigi le tu, sampai tertunjuk double chin sekali.


Meh ramai-ramai intai double chin dia, hehehehe....




18 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

amboi, suka nya cik aiyu..muka notty tau..gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Fadilah R. said... BALAS

amboi amboi amboi. cheekynya cik aiyu. geram tau.

nur qhaseh said... BALAS

tomei nyer dia... kuci kuci kuci... hik hik hik hik.....

Dark @ng3L said... BALAS

ko saje je expose dabel chin anak ko yeee..muahahaha

SYANI said... BALAS

walopu terserlah double chin tu tapi tetap cute. GERAM!!

Nanak said... BALAS

comelnya bakal menantu aku ni..hahahaha

Nota Cikgu Anum said... BALAS

ni msti kalo Aiyu dah jadi retis, pic ni mau cecah ribu2 ringgit sekeping..baideway, awt la comey sgt neh!!

farah said... BALAS

Wahahaha so comel cik Aiyu! Ni maknanya mak dia bagi makan minum cukup punya kan, sihat gitu. Hehe.

BabyIntan said... BALAS

Bagusnya aiyu suka minum byk air! Tapi series tak tahan tgk muka cheeky dia tu...cute giler ;)

FaznFaz said... BALAS

Ya Allah, bijak nya anak ko!!! hehehe!!! mesti tak aman nak tengok tv kan??? nantikan, slowly dia develop, dia dah pandai pikir, ooo.... kalau tekan nie, off, so, dia tak buat dah time dia nak tengok tv.... tapi, dia akan just buat waktu ko tengok tv... hahha!!!!

Cik Nani said... BALAS

alolololololoooooooooo comelnye dia tunjuk gigi tu.

geram sgt tengok

mama maman said... BALAS

Hhhhaaa.. cam double chin untie je cik aiyu.. hhheee..:)

Anonymous said... BALAS

padan muka emak cik aiyu. Masa dia kecik dia tak ngaku dia nakal. Skrg cik aiyu pun sudah nakal mcm mak dia jugalah. Bapak dia ai tak tau lah nakal cam mana.

Huda, syukur cik aiyu tu nakal, sbb ko tahu yg otaknya berfungsi sepenuhnya dan yg paling penting dia budak celedik. Basah tu lap je atau tukar je baju baru. Emak cam tu lah, takkan mengalah bab nak membesarkan anak. Tabik sama U.

Entry ini buat ai senyum membacanya

Azian

Anonymous said... BALAS

hahahaha...so sweet..tu mujur tak reti ke bilik air lg tu..:D
**kakliza**

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Memang dia sukaaa... Lagi basah baju lagii dia suka!

Fadilah,
Muka kalau nak mintak kasih sayang memang macam tu. Kalau takk... :P

Nur Qhaseh,
Thanks dear :)

Dark Angel,
Saje je nak kasi dia malu. Esok2 nak dating, aku keluarkan gambar ni tunjuk kat boipren dia, hehehe

Syani,
Thanks, hilang dagu ponjot dia terus!

Nanak,
Eh eh, abang Fredo pun mau isi borang ke? Hihihihi...

Nota cikgu Anum,
Aiyu jadi retis, mak nye boleh tumpang glemer, hihihi... Thanks!

Farah,
Thanks babe! Hari-hari kita masak untuk dia tauuu... :P

Baby Intan,
Dia suka sedut air je... yang masuk mulut entah banyak mana, lagi banyak tumpah atas baju :P

Eila,
Aku rasa budak-budak ni memang pantang nampak butang kan. Kalau baju aku ada butang pun jenuh dipicit nye, macam la akan keluar lampu, hihihi

Mama Yana,
Eh eh, sama la pulak kita auntie :P

Kak Azian,
Kita baiiikkkk ok masa kecik, hehehe.. Bapak nye tak sure, kena soal siasat MIL ni, hihihi.. Tak kisah pun dia basah2 tu, ada alasan nak beli baju banyak-banyak, hehehe.. Itu dia tersengih macam kerang busuk tu pasal kita duk imitate dia mabuk air.. Minum macam tak cukup tanah tamaknya!

Kak Lyza,
Bilik air dia takleh masuk, pasal ada gate. Tentang pili tu tak kisah sangat, pasal susah nak bukak, cuma risau tang dia main toilet bowl ke tong sampah aje

Konot said... BALAS

kecik2 ada double chin mmg comelsss.. dah besar kalau rasa nak sagat2 jer double chin tuhhh (sambil control tak kasik nampak double chin)

Dinas Aldi said... BALAS

Cik Aiyu, noti noti, kahkahkah!

Wahh bila nampak double chin camtu, muka cik Aiyu dah macam acik Dinas dahla, hahaha!

Galeri Makanan said... BALAS

serius cik aiyu comel giler..kat KL ni dah bape hari x hujan siap jerebu lg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...