Sunday, May 15, 2011

Semangat pagi ini...

Malam tadi kan, aku serba salah nak tido.

Rasa macam patut ku buat sesuatu, tapi Cik Abe kata tunggu esok lah...

Aku pun sebenarnya bersetuju dengan pendapat Cik Abe, tapi biasa lah, walau mulut & otak kata A, kekadang hati kita nak buat B jugak kan. Kalau tak, takdelah orang kata ikut akal atau ikut hati.

Jadi malam tadi, aku tido jugak dengan rasa serba salah. Tido tak lena gitu. Hehehe... iyo lah tu. Propa lebih. Yang berpeta bagai tido malam tadi, siapa tu eh?

Anyway, pagi ni aku bangun dengan semangat berkobar-kobar. Lepas makan Kellogg's Frosties semangkuk, aku pun menjenguk benda yang buat aku tak senang duduk malam tadi....

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

My first pavlova shell! :D

Haiipppp.... dari malam tadi aku nak letak topping, tapi Cik Abe kata tunggu esok le. Takde orang nak makan jam 10 malam tu. Betul jugak, kang bila dah letak buah, kalau biar semalaman dalam peti sejuk adalah kurang uummpphhh..

Anyway, pavlova ni dari dulu aku nak buat. Tapi time sampai sini ala-ala nak winter kan, buah banyak dah takde. Hari tu jalan-jalan kat blog Lady Verde, jumpa resipi pavlova yang diambil dari Joy of Baking. Resipi boleh click di link Joy of Baking, siap ada video lagi tu. 

Senang gilos nak buat, selama ni mati-mati ingat susah la nak buat pavlova ni. Sanggup pergi Alexis kat BSC semata-mata nak beli pavlova. Cuma resipi dari Joy of Baking ni, aku cadangkan topping recipe tu korang buat double untuk resipi pavlova shell tu. Tak pun pavlova shell tu korang bahagi dua resipinya. Satu resipi ni dapat dalam 2 pavlova shell saiz pinggan. Berapa inci? Sila ukur pinggan makan nasik memasing ok, ahkak malas nak cari measuring tape, hehehe...


Ini pavlova untuk kami. Nampak sangat tangan tak berseni, macam tak kena sangat susunan buah tu. Nampak amatur gitu. Buah-buahan yang telah terkorban pada waktu kejadian adalah buah strawberry, blueberry dan blackberry. Don't pray pray arrr... blackberry betul ni, bukan blackberry curve, bold atau pun touch.


Yang ni pulak untuk jiran tetangga. Hoih, tak kuasa aku nak makan sesorang semua. Lemak di perut di pun dah terlebih. Ada hati nak tambah lagi. Kali ni susunan buah nampak semenggah sket kan, hehehe..

Ok lah, nak packing baju. Esok kami nak pergi Texas. Nak usha rumah-rumah di sana. Doakan kami dapat rumah idaman ok, terimmmaaaa kasseeeyyyyyyy!!! (sambil pakai rambut tebuan dan tunjuk peace sign)


19 comments:

| Cik Hani Alani | said... BALAS

tibe-tibe air liur mencecehhh...mama aiyu, pavlova satuuuu. hehe.

venusfreedom said... BALAS

lain macam nampak semangat mak cik aiyu cik abe balik..kih kih kih..u sounds so happy!:)

nur easy said... BALAS

gigih..apala rasa dia gaknya ya..;)

blu4sky said... BALAS

hello mai,
jejalan sampai ke sini..
pavlova you sangat tempting..
i love pavlova too..emm yummy...

Anonymous said... BALAS

Pest time tengok Pahlova bila Catherine Lee buat. Dia tayang kat makalah "Flavour" tu. Saya pun terkena, jd belilah majalah tu. Resepi pun diselitkan. Nampak memang gempak abis, tp memikir lelemak di pinggang dan kawasan sekitarnya tak jadi nak buat. Dan satu lagi sampe bebelas hengget nak beli 250 grams belu beri. Rasa idak le nak buat.

Yeay! finally Huda nak pg Texas. Kalo setakat naik komuter/lrt/mrt jauhnya, buat muka tak malu je kita mengofer ikut dan tolong jaga Cik Aiyu sementara you all house hunting. Nanti dah jumpa ghomah idaman ati tunjuk le kat kami ni.

Azian

Mama Kembar 3 said... BALAS

rajinnya buat pavlova. mama ni pavlova punt ak pernah rasa, nak buat laaaagiii laa jgn harap hehe

Madam Sooyaree said... BALAS

Cik Hani,
Boleh aje, tapi kena beli di Alexis sendiri la k, hehehe

Venus Freedom,
Biasalah tu, hubby balik mesti gembira kan ;)

Nur,
Rasanya macam cotton candy berbuah gitu, hehe

Blu4sky,
Thanks dear :) Boleh cuba, mudah aje

Kak Azian,
Itu la sebab kenapa saya tak pernah buat kat Malaysia, hehehe.. baik beli aje, beli buah dah mahal kan. Kat sini murah, lelagi kalau tengah season (skang ni le). Kalau kat Malaysia leh pakai buah salak dan buah kedondong tak?
Aww... suwwiitt sungguh nak offer jaga Cik Aiyu. Takut dia jaga akak nanti tak? Hehehehe...
Insya allah nanti kita update rumah idaman hati, aminnn.. harap2 jumpa! :D

Mama Kembar 3,
Kena rasa ni mama, hehehe.. tapi kalau hidung cepat hanyir memang tak lalu, pasal kek ni putih telur semata

Umie said... BALAS

tengok sungguh menggiurkan..tapi bila tengok perut sendiri plak sungguh mengerikan..uwaaa, kena la puasa dulu...huhuhu

Nanak said... BALAS

*gulp..gulp..*

BabyIntan said... BALAS

Kirim kat mesia sikit bole...nampak sodap tu...hee hee :D

Latest 3 new entries:-
18SX: Daraku Telah Di Ambil Secara Paksa...
Gambar Si Comel Yg Menarik Di Hati Ini...
Two New Buffered Earnings From Nuffnang!

misha.w said... BALAS

eiii..kenape entry u kali ni adalah sgt jahat! mencik tau. semua cam sedap2!! :)

Wahidah said... BALAS

pavlova tu ape eik kak

Dinas Aldi said... BALAS

mak ai..teringin menengoknya..*lap air liur*..

Anonymous said... BALAS

xyah la susah2 cari rumah kat texas.. meh balik kj meh kite berjiran.. i xkesah tambah lelemak di perut.. rela hati lagi :-D

ijah

SJB AKA SUE J-B. said... BALAS

Looks yummy.

ASaDa RyutaRo said... BALAS

nampak macam sedap. kalau disuruh makan free, confirm lagi sedap. hehe..

semoga dapat rumah idaman yang super cool ;)

mama maman said... BALAS

nmpk menyelerakan....

Amy Z! said... BALAS

Buah2 tu nampak sgt sedap tuuu. Nyammm!!

Madam Sooyaree said... BALAS

Umie,
Hahaha... kita dah tak lalu tengok perut sendiri, hahaha...

Nanak,
Harus cuba bah!

BabyIntan,
Takut pecah di tengah jalan kang, hehe

Misha,
Orang jarang masuk dapur memang camtu, kecoh lebih, hehehehe

Wahidah,
Pavlova tu macam meringue cake la, pakai telur putih semata

Dinas,
Harus cuba buat yaaa...

Ijah,
Hehehe.. sesama la kita ternak kan yang ;)

SJB,
Can try! :D

Asada,
Nak kirim jauh sangat la yang, hehehe... Thanks!

Mama Yana,
Memang sedap, hehehehe

Amyz,
Buah-buah segar gitu, sekarang memang musim :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...