Saturday, May 14, 2011

Serprais tak jadi

Haihhh.. apa sudah jadi dengan blogger?

Hari tu tengah semangat berkobar nak hapdet blog, sekali tu tak boleh dah. Menggeletar rasanya tak dapat hapdet blog, hehehe.. Lepas tu biasalah, bila dah out of routine, nak start balik memanggg bercinta kannn...

Anyway, sekarang ni Cik Abe ada di rumah. Hari Rabu tengahari hari tu dia sampai.

Malam tu kami duduk borak-borak, dia tanya, ada dapat pakej tak? Haku tanya dia, dia ada expect apa-apa pakej ke nak sampai. Manalah tau, dia order masa dia kat Texas kan. Sini selalu kalau beli barang online, kekadang amik masa seminggu jugak nak sampai.

Lepas aku tanya tu, dia tak jawab apa pun. Tapi nampak duduk mula tak senang. Terus bukak laptop, check apa tah. Tak lama lepas tu dia cakap, pakej tu untuk aku.

Ehhh.... pakej apa pulak?

?

?

?

?

?

Rupa-rupanya ada orang tu beli bunga untuk I youuu... phhewwwiiitttt....

Hari tu kan aku ada tulis, Mothers Day ari tu kami tak buat apa, wish pun takde. Rupanya ada orang tu nak serprais, beli bunga, tulis "Happy Mothers Day" daripada Cik Aiyu. Tapi nak buat camne, bunga yang di order tak kunjung tiba. Dia nak serprais kita, dia yang kena serprais. Itu namanya serprais makan diri :P

Jadi terpaksa lah Cik Abe call balik kedai bunga tu, mintak refund pasal diorang dah charge card Cik Abe. Selamba aje kan, charge card orang, tapi barang tak hantar. Ni nasib baik bini jenis tak kisah, kalau bini yang jenis duk expect??? Memang boleh jadi gaduh kan. Agak-agaknya, berapa ramai la couple yang pernah gaduh pasal serprais makan diri ni ek? :P


Anak-beranak tengok tv. Kepala sama bulat, pusar sama di tengah. Mak nye ada 2 pusar, muahahaha...


Borak-borak hujung minggu.

Enjoy the weekend everyone!

9 comments:

DeLancrettLurpak said... BALAS

aku first time laki aku buat seprais, aku rasa nak menangis.. sebab terharu betol, jiwang karat betol aku ni...wakakakkaka!!!

perghh, slow nye florist tu wehhh.. agaknye dia pinjam kejap bunga tu, hehehe

Dinas Aldi said... BALAS

Teruknya florist tu, duit orang dirembatnya, barang tak sampai. Takpalah, it's the thought that counts. Tapi err..takda ka bunga lain sebagai ganti, heheheheh

Anonymous said... BALAS

Huda, sekurang-kurangnya ada juga dia terfikir nak anto bunge tp tadok rezeki. Nak buat cam na kan.

Sejak bila pulak dia pakai puting kosong nih? Buruknya ghopa. Dolu-dolu anak-anak saya bila bagi puting kosong tak reti hisap pastu boleh muntah. Bertambah kerja cuci muntah. Yikes! Agaknya sbb fulltime bf kot

Azian

Nanak said... BALAS

nasib baik blh refund..mak cik aiyu ada 2pusar? org tua2 bilang degil..hahaha

BabyIntan said... BALAS

Ayooo cutenya dua2 kepala sama pusarnya! Pasal seprais makan diri tu, tak ponah laei ;)

Latest n3: 18SX: Daraku Telah Di Ambil Secara Paksa...

Unaizah said... BALAS

It would have been a very sweet surprise kalau florist tu remember to deliver.... Well, the thoughts that count.

アヌム ちゃん~~ said... BALAS

takpe la takde rezeki tu..maybe ade seprais lain ke lepas ni mane tau kan..hehe.btw,suke gambar 2nd last tu..mcm sweet je..heee~akak xde nak buat video cik aiyu ke..upload2 la ke blog ni..nak gak tengok :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Lurpak,
Hahaha.. sama lah kita noks, karat!!! Florist tu tak menang tangan kot, tu yang terlupa.

Dinas,
Bunga ganti? Hehehe.. kalau mintak bunga berlian aci tak? :P

Kak Azian,
Tak kisah pun, tapi rasa kesian kat dia lah, hehehe... Cik Aiyu memang pakai puting kosong, tapi pakai tak pakai la. Dia pun full time direct bf, tapi suka aje puting kosong. Dasar semua benda pun dimasukkan dalam mulut, hahaha

Nanak,
Sini memang senang nak mintka refund duit, even kalau benda tu tak rosak, kita tak suka. Degil? Ehh.... hehehehe :P

Baby Intan,
Hehehe... kita pun selalu buat surprise tak jadi, tak reti!

Unaizah,
Itulah, mesti I rasa terharu sampai nangis kot, heheeh.. Oh well, next time kot ;)

Anum,
Video Cik Aiyu ada dear, tapi kekadang aje lah akak upload. Hari-hari nanti mogok pulak blogger.com ni, hihihi

Missy CSI said... BALAS

comelnya niat bapak cik aiyu....cuba lg thn dpn ok

org ckp 2pusar kat kepala tu degil, apa pendapat mak cik aiyu :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...