Wednesday, June 1, 2011

Arghhh.... panasssss!!!!!

Sekejap sejuk, sekejap panas.

Apa kesss???

Sebenarnya, hari ni cuaca adalah amat cantik sekali. 25 degC you! Amat sesuai untuk jalan-jalan di luar sambil ber bikini. Hahaha.. tak dapek la kan.. mana pulak nak cari laut nye dek non oi? Kalau ada pun, ahkak tak sanggup ber bikini. Burqini mungkin la kot. I is malu hokay. Kalau badan macam Jessica Alba tu takpe lah nak pakai bikini. Mungkin sebab tu kot tuhan tak kasi badan macam Jessica Alba? Nawaitu tak elok, awal-awal tuhan dah pangkah, hehehe...

Anyway, panas hari ni tidak ada kena mengena dengan cuaca di luar sana. Juga tiada kena mengena dengan cerita 18SX kerana blog ini adalah blog mak-mak, umum gitu.

Panas hari ini adalah kerana.....


PANAS DI DALAM HATI!!!


Yaaaa... gua tengah angin sebenarnya ni. Angin bukan kus kus lagi, angin puting beliung dah.


Alkisahnya, sekarang ni kan aku tengah tunggu Green Card nak siap. Dari bulan Dec hari tu, takde update takde ape. Bila call biasalah, banyak mesin menjawab daripada orang yang nak jawab. Lepas tu orang yang menjawab tu pun ala-ala mesin, bagitau benda yang aku dah tau. Bagitau benda-benda yang kau boleh check online. Baik tak payah kan. Buang bil telefon aje.

Soooo... nak pendekkan cerita, selepas contact sana sini, diorang e-mail aku tadi, cakap....

They lost my biometric info! Basically benda yang aku buat Dec lepas, diorang tak tau mana. Boleh tak??? Lepas 6 bulan baru nak kasitau ke???

Lagi tak elok kan, diorang cakap nak reschedule balik biometric process tu. It will take up to 60 days for me to get the appointment letter, and god knows how long before I get my card.

Huwwaaaaaaaaaaaaaa.............

Yang lagi tak elok adalah, I can't travel out of US selagi card tak siap. Boleh tu boleh, tapi kena apply for advanced parole (which will cost around USD 400++, and entah bila la pulak nak siap borang tu kan).

Aku duk pung pang sana sini nak balik Malaysia time puasa, sekarang ni macam nampak bayang-bayang aje. Boleh tak??? Hangin satu badan ni!!!

Nasib baik ada penyejuk hati :D

Penyejuk hati makan roti hari ini.

Hewahhh.. macam pantun pulak la kan!





19 comments:

mama maman said... BALAS

penyejuk hati sungguh... ayu hari nih cik aiyu...

Anggerik Berduri said... BALAS

mmg sejuk je bile tgk cik aiyu...auwww baju summer or autumn or spring itu?bunga2 sweeettttt

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

cik aiyu kiut miut mmg penyejuk hati..
tgk anak mst leh cairkan hati...kan..

*entri baru Gambar Ekslusif : Buang Bayi macam Buang SAMPAH!...

Syima Syaz said... BALAS

eh suka2 dia je hilangkan kan....

hye cik aiyu...dah makin tembam dah..hehe

TopsyTurvyMum said... BALAS

HIlang stress tgk cik aiyu..

Haku pun pernah kena kes camni..memang hangin la..tapi kat m'sia laa hal nak apply passport anak2.

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Yana,
Hari ni panas kann.. boleh jadi seksi sket, hihihi

Aqilah,
Baju ni dah lama la yang, Grandma dia kasi. Sebelum ni sejuk, tak dapek den nak sarung. Ni pun dah ketat, kasi cukup syarat pakai sekali dah le :P

Tinta Kibod,
Itulah, nasib baik ada anak. Nasib baik anak ini hari mood baik, hihih

Syima,
Itu le pasallll.. Geram tauuu... Dah 6 bulan ni! Kita tengah gigih nak kasi Cik Aiyu berisi, takut underweight pulak, dia susah nak naik berat!

TTM,
Huk aloh, sama aje kan, Malaysia ke USA ke... takde makna negara maju ke membangun!

malin_purple said... BALAS

Dia da pandaaaiiiiii buat pouty lipsss.... huaaaaa.. comel nyaaaaaaaa

Amy Z! said... BALAS

Berderet gigi nampak time senyum. Memang penyejuk hati. Hehehe

Bengong gak karenah biokrasi gomen US ni ek. Igt mesia je yg leceh. Ekekeke. Sabo je laa..

farah said... BALAS

Alololo cantik sungguk cik mek molek kecik kita arini. Mentang2 cuaca panas ye, bersleeveless gitu. Sopan je makan roti. Hiks!

Konot said... BALAS

sian kau... tak pasal2 mcm tu pulak jadiknyer.. ngok ngek mereng keraput brengset sungguh!!!

-aku tumpang nak marah jugak-

Elin said... BALAS

tgk aiyu confirm sejuk la.. Aiyu nnt raya balik m'sia tau..heheh, mcm jmpe jer kan.

Anonymous said... BALAS

Huda

Cuba suruh laki ko tepon dorang. mesti dorang cari bagai nak rak ko punya biometric info. Sbb ko Asian, dia pandang vontot kut.

Suruh jangan tak suruh. Ajo dorang sikit. Kalo tak jadi, moh kita bako, kita bako.

Kakak ipar kita tunggu 14 tahun baru dapat ic merah ko di Malaysia ni. Bila ditanya, PR tu anugerah. Kalo dapat, dapat le. Kalo tak dapat, kena apply lagi. Sampe merajuk kawan tu. Lagi bengkek sbb laki ai jadi seorang drpd referee.

Azian

DeLancrettLurpak said... BALAS

gerammmm aku nengok gambau yg kedua si aiyu.. mcm nak buat kiss je dari gaya dia tu.. hehehhe

nok ko tak leh raya malaysia la eh? sabar nok, sabar! biar aku makan semua rendang bagai, heheheh..
gurau noks, ko jgn bakar la laptop kanggg...hhehehe

Umie said... BALAS

takpela dear..thn nie bergambo ngan sample ketupat & anto kat salam perantau aje la ye...wakakakka... kite nie pun nampaknye tak dpt blk raya kat m'sia...huhuhu

Chibi Maruko said... BALAS

11°C kat sini narif, semua duk histeria mencari cari mentari gitu hahahha

Cahaya said... BALAS

comey yer cik aiyu ni:-)

mast@work said... BALAS

salam perkenalan dari kyoto..

mast

Madam Sooyaree said... BALAS

Malin,
Dia memang suka juih mulut gitu.. kenan kat Jolie kot, hihihi

Amyz,
Kerajaan mana-mana sama aje kan, adehhhh....

Farah,
Kena kasi dia pakai baju2 sexy skang ni, pasal banyak orang kasi dulu, tak dapat nak pakai. Time ni baru pulun :P

Konot,
Haaa.. haruslah tumpang marah jugak, back up gua ni! :D

Elin,
Insya allah, doakan kami dapat raya di Malaysia!

Kak Azian,
Sama aje kak, Cik Abe pun pernah cuba call beberapa kali, at last dia sama naik angin (padahal dia mat cool mat cool kawanku). sini kan banyak saman menyaman, so diorang memang very the berhati-hati bila kat tipon tu

Lurpak,
Adakah itu tandanya anda balik Malaysia raya nanti? Sungguh tak aci!!!!


Umie,
Hahahah.. kita dari dulu poyo poyo nak hantar Salam Perantau tu, tapi tak terbuat sampai la skang ni :P

Chibi,
Hari ni kami 30 degC (ayat bakar line!) :P

Cahaya,
Thanks dear, and thanks sudi singgah :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Mast,
Salam perkenalan, terima kasih sudi singgah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...