Sunday, June 19, 2011

Goodbye....

It's always hard to say good bye.

Honestly, awal-awal dulu, aku memang tak berapa suka tinggal di ND. Kita dah biasa duduk tempat sibuk, tiba-tiba pindah bandar kecil, memang terasa. Takde lagi One Utama yang ada 2 cinema. Ataupun Ikea untuk beli perabot, dan untuk makan meatball yang halal, hehehe... Kedai mamak toksah cerita la kan, lupakan saje walau di mana anda berada :P

Hari-hari rasa nak pindah. Tapi sejak dah ada Cik Aiyu, perasaan tu kurang sket. Ialah, masa makin terisi, tak dan nak fikir benda-benda remeh lagi. Dan bila dah confirm nak pindah...

Tiba-tiba rasa sedih pulak :(

Boleh???

Especially bila tengah packing barang, rasa macam sayu pulak. Nasib baik jumpa beberapa helai seluar yang datang tah dari planet mana, kurang sikit perasaan sayu tu, hahaha... Aku syak seluar-seluar tu aku ke tepi kan masa preggy dulu, alih-alih terlupa. Betul lah kata orang, time nak pindah ni la kau akan terjumpa segala macam khazanah tradisi turun temurun dari zaman ke zaman kannn....

Ada yang tanya Cik Aiyu ada tolong tak?

Ada, rajin dia tolong.

Tapi dia tolong unpack T__T

Tiga benda kau masukkan dalam kotak, dua akan dia tarik. Jadinya sorang akan in charge dalam department Cik Aiyu. Tolong tengok-tengok kan dia. Nasib baik member skang tengah gigih praktis jalan, jadi dia banyak main kat luar. Time tu lah baru boleh nak pack. Kalau tak, macam orang mabuk todi, semua kotak pun dia nak punggah. Bila bilik dah kosong, happy dia lari sana sini. Tapi ada jugak muka confuse dia datang, agaknya dalam hati dia duk fikir, mana pulak la semua benda kat rumah ni? Masuk bilik air pun dah tak best, pasal kabinet dah kosong. Hilang cabaran mengosongkan kabinet dalam masa 25 saat, hehehe...

Anyway, aku dan Cik Aiyu dah selamat sampai di Texas. Cik Abe tengah drive skang ni, insya allah sampai esok malam. Ingat hati nak road trip sekali, tapi bila fikirkan berapa banyak kali pit stop yang bakal dibuat (ada yang nak ke toilet la, ada yang nak menyusu la, ada yang nak menangis la...), kitorang terus geleng kepala. Elok trip 2 hari, jadi 4 hari. Jadi aku dan Cik Aiyu guling-guling dulu dalam bilik sementara tunggu bapaku pulang dari kota.

Ok lah, kami nak pergi beli barang sket di Walmart. Tadi lunch Cik Aiyu belanja, agak-agak ni pun dia nak sponsor kot?




P/S: Tengok tu, ada orang ada gigitan asmara di dahi. Sejadah dalam bilik ada, tapi di lantai konkrit jugak dia nak sujud!

16 comments:

venusfreedom said... BALAS

Dalam banyak banyak gambar.. Gambar purse hitam tu jugak kite berkenan..hahahaha

mama maman said... BALAS

cik aiyu.. guna je la kad kredit yg berlambak2 tuh... apa kesah kannn...:)

Anggerik Berduri said... BALAS

selamat pindah ke tempat baru cik aiyu n family..hiks rinduuuuuuuuuu

Keluargaku Syurgaku said... BALAS

slmt pindah tempat baru cik aiyu & family...hai cik aiyu belanjalah aunty sekali,nampak tebal je purse 2,mesti manyak duit.....hehehehe

keratosis.aniston said... BALAS

selamat di tempat baru ya!

btw, my baby's baju raya dah selamat sampai kat rumah atuknya..

Shue said... BALAS

Selamat meng'unpacking' plak lepas nih ok?
sungguh gigih skali cik aiyu menyibukkan dirinya juga ye..

NuR si CiKGu RiBeNa said... BALAS

tiap kali singgah sini mesti akan tulis "comelnyaa.."

mmg comel pun..
saya suka baca ayat last utk gamba last tu.. kelakar pun ada. tak pasal berbekas di dahi cik aiyu..

Anonymous said... BALAS

WELCOME TO TEXAS! The safest city.

Happy unpack ye Mak Cik. Selagi tak siap unpack jangan mengadu badan sikit. Boleh gitu???///larik

Azian

ComeyBelako said... BALAS

wah...tembamnya girlfren isyraf. lama tak tengok. ;)

Dinas Aldi said... BALAS

Allah kesiannya cik Aiyu luka! tapi dia nampak cool ja tu, hehe

アヌム ちゃん said... BALAS

bestnye cik aiyu belanje ye..cik aiyu..bile nak belanje aunty pulak..heee :)

ASaDa RyutaRo said... BALAS

alahai.. dah berbekas pulak d dahi cik aiyu. dah besar sikit hilang kot..

rara said... BALAS

enjoy your new place narif! i might be going to texas next month.. kalau ada rezeki boleh ku visit cik aiyu :D

Madam Sooyaree said... BALAS

Venus Freedom,
Hahaha.. purse hitam dah jadi belacan, Cik Aiyu suka gigit2!

Mama Yana,
Ha ah, guna aje... hujung bulan tarik rambut bersama, hehe

Aqilah,
Thanks dear! Tak sabar nak shopping perbaot, hahahaha

Keluargaku Syurgaku,
Aunty, purse tebal banyak isi kad & duit syiling aje, hihihi

Azza,
Thanks for the confirmation dear. Harap2 nanti baby (and mak nye) sukalah baju tu :D

Shue,
Unpack cepat sket kot, Aiyu boleh tolong, hahahaha

Nur Si Cikgu Ribena,
Thanks dear :) Itulah, skang ni hobi dia kumpul luka. Kat lutut pun ada, mana dapat tak tau

Kak Azian,
Thanks kak! Hahaha.. aduan itu adalah perkara biasaaaaa... hehehe

CB,
Eh, tembam ke? 25% weight tile aje ni ;)

Dinas,
Memang nampak cool aje. Mula2 ingatkan makanan melekat, tengok dekat2 baru nampak luka. Tapi takde darah la

Anum,
Tunggu aunty balik Malaysia la k. Eh, ke aunty belanja kitorang, Jepung mahal!

Asada,
Insya allah seminggu ni hilang la kot. Kecik aje luka, mak propa lebih, hehehe...

Rara,
Thanks dear! You pergi Houston ke? It's like 10 hours away from here, huwaaa!!!! Kalau Dallas ke Austin, let me know k!

farah said... BALAS

Hurmm selamat unpacking n mengemas pulak dear. Harap d transition is smooth sailing :)

ahkakbatik said... BALAS

berjiran kita ek..... raya jgn lupa jemput.. kaktek malas masak!

dok the colony, somi keje plano, otak dok kt mesia je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...