Sunday, June 12, 2011

Sunny day out II

Kalau semalam adalah hari marilah menari, hari ini pulak hari marilah bergambar, hehehe...

Balik-balik cerita sama aje kan, tapi itulah, nak goreng lebey gua tak terror. Sat gi jatuh pada bidaah kang, habis berdosa. 

Jadi marilah kita bersama-sama pergi ke taman dengan Cik Aiyu pada hari ini.


Skang ni kan, sukaaa sangat dia naik gelongsor. Pastu cheating lak tu, orang lain naik pakai tangga, turun gelongsor. Dia bila dah turun tu, ada hati nak reverse panjat balik. Macam la terror sangat. Sampai esok pun takkan dapat kau panjat ke atas anakku oi!



Ni kawan ala-ala sebaya Cik Aiyu. Nama dia AJ (sempat lagi tu kan, hehehe). Umur dalam 13-14 bulan kot, pasal yang bawak dia ke taman adalah makcik & pakcik nya. Diorang tak sure umur AJ, hehehe... Takde tokoh makcik & pakcik berjaya, fail! Anak aku dengan sombong bonar selamba aje tinggalkan AJ merangkak sesorang. Mentang-mentang baru dapat kaki, terus lupa diri!


Buaian diraja.


Balancing act.


Kayu-kayu yang mengasyikkan. Lagi asyik kalau dapat masuk mulut.


Pastu kan, suka la kan Cik Aiyu ni nak main kat celah-celah makcik bedah. Selagi boleh muat badan, selagi tu dia nak masuk. Kekadang nasib tak baik, siap tersekat. Sape yang kena follow? Ahkakkk jugak! Nasib baik la mak nye tak besar mana, boleh la follow sekali.


Pit stop. Kita minum dulu!


Ok, babai semua!

Masa kat taman tu, ramai yang tegur kagum. Bukan pasal apa, satu kagum tengok spek tak tanggal. Satu lagi kagum pasal dia dah boleh berjalan. By American standard, Cik Aiyu adalah cinonet orangnya. Nak buat macam mana, kasi makan sudah, kasi susu sudah, tapi tak besar-besar. Takpelah, small small chili rice. Muahaha... ampun cekgu!

P/S: Dalam duk ligat berjalan, Cik Aiyu sempat approach ada bapak orang ni. Siap bawak borak-borak. Dengan orang lain dia tak tegur pulak. Rindu daddy kot. Takpe, lagi 3 hari lagi daddy balik, hoyeahhh!!!



19 comments:

ASaDa RyutaRo said... BALAS

cik aiyu.. kawan ala-ala namanya. hahaha.. tapi bapak orang nak pulak dia pegi dekat.

Anggerik Berduri said... BALAS

wah..cik aiyu ni peramah btol lah..hu3

Konot said... BALAS

AJ? ada tokoh jadik AJ backstreet boys? cepat kau suruh aiyu ngorat. untung2 sok2 kau menantukan artis yewwwww...

malin_purple said... BALAS

hahaha.. spec hitam tu tak tahan.. konpiden cun je dia pakai..... hebak ar cik aiyu...

Madam Sooyaree said... BALAS

Asada,
Hahaha.. kawan ala-ala ye :P Itulah, taste ke orang tua ni, hahaha

Aqilah,
Dia memang suka borak, nanti dah besar becok kot

Konot,
AJ BSB? Tah2 AJ tu Ajmal, ahahaha... Biasalah, perkara elok tak elok ditangguhkan beb

Malin,
Itulah yang, tak tanggal tu. Nasib baik melekat!

Amy Z! said... BALAS

Haha. Bergaya sungguh main kat tmn pakai sungalasses. Artis betul. Hahaha.

Comel la baju dia. Cantik. Hihi. :)

Lin Ghazale said... BALAS

spek mate tak tanggal tu, kagum ah.

FaznFaz said... BALAS

cayalah, spek tak tinggal!!!! mommy, spek gucci satu...ehhehe!!!

Fadilah R. said... BALAS

alahai comelnya. mmg kagum pun tgk cik aiyu tak tanggal spek.

my baby pun kecik sgt. ramai ingat belum 1yo dh berjalan padahal she's almost 14 months. hihi.

farah said... BALAS

Itu lah baru nak tegur. Tak lekang spek di mata! Haha. Baru la ada gaya kan cik Aiyu. Lagi2 panas nmpknya tu. Fuh mmg baby fashionista betul. Fatehah ya Ampun lupakan jelah bak topi, spek mata ke. Xdo maknonya nak letak kat bahagian badan dia apa2 bendasing. Kensel mak dia nak belikan rayban wayfarer *ehem* (^_^)

sarah2605 said... BALAS

comel betol cik aiyu kita ni ek...hehe.. dia tak rasa rimas2 la dengan ray ban itam dia tu... hehe ...kat taman permainan sana memang ada kayu2 ker..? nampak mcm bahaya lak...

Dinas Aldi said... BALAS

konpem rindu daddy la tu. takpa, daddy dah nak balik dah tu!

Anonymous said... BALAS

pergghhh spek tak tanggal tu budak chomell ni tauu!! aunty kagun ngan aiyu!! i lap u lah aiyu!!

DeLancrettLurpak said... BALAS

nok, cukup umur 10tahun, ada yg budak ni mintak sunglasses gucci, heheheh

Nanak said... BALAS

wah..wah..minah ini sangat comel..yg ptg spek..hehee

SJB AKA SUE J-B. said... BALAS

I like her outfit hehe. Cute.

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Thanks dear. Baju tu beli dah lama. Cuma dulu seluar tu panjang, cepat tercabut. Skang dah ok

Lin,
Hehehe, itu la kan... Tapi elok gak, tak la cepat rosak mata dia :P

Eila,
Ewahhh... mommy pakai dulu ok.. awak amik hadiah turun temurun sudah, hehe

Fadilah,
Berat berat your baby eh? Aiyu still 8++ kg

Farah,
Hehehehe... Carter's Wayfarer kot, hahaha... Skang ni summer, byk sunglasses comel2, geram! Aiyu pun kalau letak topi, cepat dia cabut. Nasib baik sunglasses ok

Sarah,
Kayu2 tu takde selumbar. It's for protective purpose sebenarnya, so kalau budak2 jatuh takdelah yang patah riuk.

Dinas,
Itulah, dah 2 minggu lebih tak jumpa daddy. Terpaksa la kita bina muscle tangan duk lambung2 dia

Anonymous,
Aww... thanks auntie! Eh, ni auntie Wawa ke?

Lurpak,
10 tahun ada ampun, kalau 5 tahun? Noks tengok tak Toddlers & Tiara, harap2 anakku tak jadi gitu. Ngeris!

Nanak,
Sayangilah mata anda, hehehe

SJB,
Thanks dear! I bought last Christmas, skang baru boleh pakai

Marina said... BALAS

Love her Sailormoon suit! Too cute. And not forgetting her sunnies yang so vogue...aaahhh, fashionista in the making : )

Good job, mommy *wink*

Arash Libra said... BALAS

gerek lah cik aiyu! woot woot..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...