Tuesday, July 26, 2011

Apa salahku???

Malam tadi, pukul 1.30 pagi aku tido. 

Bukannya chatting ke gapo, tapi kemas rumah. Dah lama tak kemas rumah bebetul, tiba-tiba malam tadi dapat ilham lak. Cik Abe pun takde, keluar kerja dari Subuh, jadi takde lah orang nak bising suruh tido. Dia jenis yang rela tengok rumah bersepah dari tengok bini muka cencorot sambil mengemas. Auwww... sungguh suwit laki mak itu kann..

Antara yang mendapat kesan terhebat bila dikemas, adalah bilik mainan Cik Aiyu. Biasalah, bilik dia ni yang kena godek lebih-lebih sikit. Dah kata cik kak kita tu semua pun masuk mulut, jadi kalau boleh, tanak la dia makan cheese basi ke ape. Sakit perut kang, aku jugak yang susah.


Tengok, kemas aje kan.

:D

*motif puji hasil tangan sendiri?*



Tapi, tengahari tadi, dah rupa gini.



Apa salahku?????????



Banyak-banyak mainan, karpet ABC jugak jadi pilihan.

Stress aku sesorang tau. Kalau tau, malam tadi aku tido kul sablas. 


Muka culprit kita ini hari, sebelum pergi Victoria's Secret beli body mist segedabak. Selalu aku kena jeling-jeling paku dengan cashier kat situ, pasal mengosongkan rak body mist diorang. Pedulik! :P


Oh ya, Cik Aiyu berjaya lagi malam tadi. Alhamdulillah, dah 3 malam dia berjaya tido tanpa bangun nak menyusu. Ok, tipu. Dia ada bangun, tapi mak nye tak kasi susu. So kira tido straight jugak la tu kan? :P

Kepada yang confuse sudah, apa yang aku cuba nak train Cik Aiyu adalah, untuk tido sepanjang malam. Sebelum ni dia selalu terjaga, aku kasi susu. Sekarang ni nak latih supaya dia tido terus.

Macam mana nak buat?

Selalu Cik Aiyu tido dalam pukul 10 malam gitu. Sebelum tido, aku akan menyusukan dia. Agak-agak dia dah kenyang, letak dalam crib. Make sure time letak tu, dia masih sedar, bukan dah pengsan.

So kekadang dia akan guling-guling tido sendiri, kekadang dia akan melalak mintak keluar. Aku akan cakap good night, esok main lagi, pastu terus keluar. Biarkan dia menangis. Selalu tak lama, dalam seminit dua aje. Lepas tu dia akan tertido dah. Tapi masa first time buat gini, memang haru biru. Senak perut aku. Lebih 10 minit dia nangis. Time tu rasa nak angkat aje dia dari crib, tapi kalau angkat, memang dia takkan belajar. So kena keras hati sikit lah.

Bila dia terjaga tengah malam, dia akan merengek atau menangis. Cik Aiyu ni aku kira dah boleh cam jenis nangis dia. Kalau takat dia menangis biasa, biarkan aje. Kalau menangis tu macam bunyi takut ke, pergi check, tengok kot kot ade benda tak kena. Tapi biarkan dia dalam crib, jangan angkat keluar. Selalu nangis tu pun tak panjang, nanti dia tido sendiri. Pediatrician dia kata, berapa lama anak ko akan menangis adalah bergantung kepada betapa degilnya dia. So anakku ni tak le degil sangat, hehehe.. Aminnn....

Hope it helps for those who were asking about it. I am no professional, just sharing my experience k :)


20 comments:

sya_zazoo said... BALAS

hihi..budak2 mmg suke kapet abc tu.sebab boleh tarik2 & geget...huhu..anak ai dh 2 years masih nyot2..letak dlm cot.dia siap boleh panjat n keluar cot main atas katil kitorang..huhu..

blu4sky said... BALAS

salam mai,
budak2 mmg mcm tu.. gunakan air mata utk cairkan ibu bapa.. lakonan mantap you..

Amyz! said... BALAS

Haha. Nak blaja ABC la mak..

Kalo ai, bola bersepah2 satu rumah. -_-"

Duduk molek2 atas carseat. Ttp handal menyepah rumah. Hahahaha..

Thanks for sharing tips ni. Ni nak ajar Alam camne nak tido tanpa susu. Tp Alam bgn 2 x je skrg. Kira ok la dari dulu.. Haha.

Anonymous said... BALAS

SALAM, KAK MAI. TQVM COZ KONGSI PETUA UTK MGAJAR SI TECIK TIDO SENDIRI. HARAP2 BERJAYA LA WAWA NNTI =)

SO MAK AYAH KENE KERAS HATI SIKIT YERK UTK MDISIPLINKAN ANAK2 (^_^)
BAGUS2 !

WAWA PUTRAJAYA

Unaizah said... BALAS

Thanks for the tip. Walaupun anak dah 3 tp tak penah apply kekdah ni. So sejak 7 tahun lalu, each time anak bangun tengah malam memang bagi susu. Tido memang tak penah puas sejak ada anak hihihi... Insya Allah akan dicuba ke atas anak ketiga ni.

bonda dadif aka akish said... BALAS

whoaaa..kalo gtu bujang kuh jenis degil owh..kalo dah melalak...mmg tak hengat dunia....pastu selagi tak layan kehendak dia...selagi tuh nanges...jgn kate 10 menet...dekat 1/2 jam jugak...

adekah patot dibiarkan jugak ke yunk???

Sakura Rals said... BALAS

Dah lama nak buat cara macam ni untuk ajar rizqi tak bangun malam minum susu lagi. tapi ayahnya terlalu kesian dengan anak. takut anak laparlah, tak mahu anak melalak tengah malamlah :-( kena tunggu ayahnya pergi outstation setengah bulan nanti. nak train si kecik ni. harap2 berjayalah :-)

Nanak said... BALAS

pasal tu karpey ABC i letak dlm box terus..tak kuasa eh hati2 nak kemas..kekadang yg kecil2 tu dia masukkn dlm mulut..huhu..

baiknya cik aiyu..kmi dah try train Fredo hari tu tp dia ni jenis degil kot..nangis tak henti2..serius tak sampai hati..huhu..padahal selalu tgk nanny 911 pun buat mcm tu, ok je kan...

Lady of Leisure said... BALAS

lepas ni nak kene ambik banyak2 tips from u la dear hehe.. cik aiyu pun dah makin besar, makin aweks gitu, kene jaga bebetul anak dara ni nanti :D

Cikyan bini MrRuffey said... BALAS

tips yg amat berguna..thnk2 4 sharing..btw Cik Aiyu cute sgt

Anonymous said... BALAS

Ok ler tu. Lepas 2 minggu guarantee tidur sepanjang malam. Tahun depan Cik Aiyu dapat adik lagi..larikkkkkkkkk

Anggerik Berduri said... BALAS

earks.. rajin lah cik kak ngemas..syian cik mak tdo lambat.hmm

eh, raya ni xbalek Malaya ke?aharks boleh dtg open house..erk.hahahahaah

lyza said... BALAS

huhuhu..bkn aiyu yang setahun lebey gitu yang suka sepah2kan ABC karpet tu..ni anak aye yang 4 tahun ni pun masih suka sepahkan karpet ABC tu tau..

pu3natul said... BALAS

I tergelak baca comment Anony pasal Aiyu dapat adik..wakaka! Well, I won't be surprise nanti if she dapat adik lagi. Nak larikkk jugak!

Anyway, I think mmg kids suka nak menguji kesabaran mak2 dorang yang baru lepas mengemas. Contoh: IY has baskets of toys yang mmg keje mak dia kutip segala mak nenek toys tu masuk basket balik. And kalau dia nak SATU toy dia yg ada kat bottom of the basket..dia akan terlangkup the WHOLE basket to reach for it. Uwaaa!!! Mama dia meroyan.

Raisha Anuar aka Bonda Mia Laila said... BALAS

Assalam, kak huda..
Cik aiyu, bonda mia is back!
Orait, skang dh faham gi mn akk train aiyu..sha ni xdo crib la, klu nk train tido kt toto leh ke? Hikhik..Kira mia ok la kot, nangis pon manja2 gitu, cuma bila mendayu2 tu yg xtahan nk biorkan..hehe..
kak, mia pon suka ngunyah abc tu, dia dah pandai korek bulat2 huruf B, D,O etc..hrtu nasib papa dia prasan..ku dh cuak dh..kak, wish u hepi belated besday ya..

persimmon said... BALAS

nk bg tdo..senang jer..jgn bg die tidoq siang ari...gerenti die tdo awai..tp penat mak die..mau layan die..hal ni berlaku kat my doter..di nursery tu..tk mo tdo..sbb tk der armpit mamanya..so die p kaco org tidoq...

Madam Sooyaree said... BALAS

Sya Zazoo,
Waa.. cot letak sebelah katil ke? Terror dia panjat, ada bakat jadi spiderman ni! :P

Blu4sky,
Hahahah... harus lah kan jadi pelakon spektra. Tapi skang kita dah terror, dah tak jalan dahhh :P

Amyz,
Waaa.. hero suka main bola ke? Yang ni bola ada satu je, satu lagi dah hancus dia gigit, terus kena kuarantin, hihihi... Wah, ok le tu 2 kali, kita 5 kali hokay!

Wawa,
Yup dear, it won't be easy, that's for sure!

Unaizah,
Your kids semua kerap tak jaga malam? Itu lah kan, tido memang tak pernah cukup, hari-hari ngantuk saje! Good luck dear, let me know the outcome k :)

Bonda Dadif,
Hahahah... tak kot, dia manja ;) Memang lah diorang ni kan, kalau tak dapat apa dia nak, haru satu rumah! Ikut kata doktor biar aje, tapi tu terpulang kepada tuan punya telinga ye, hihihi

Sakura Rals,
Hihihih.. kita terbalik, kita yang kesian :P Takpe, tunggu pak dia outstation kan, insya allah...

Nanak,
Hahahah... kita ingat pun camtu, nak bungkus le. Tapi skang ni jadi absorber bawah slide tu, takut kot2 Cik Aiyu buat terjun tiruk pulak kang. Aiyu pun ada up and down, kekadang ok, kekadang.... :P

Lady of Leisure,
Eh, kita pun tak berapa pakar, still trial and error ;) Yup, kejap aje kan dia dah besar :D

Cikyan,
Thanks dear, really appreciate it :)

Anonymous,
Haruslah Cik Abe menjerit kan dengar statement tu, hahahaha....

Aqilah,
Wah open house, best nye!!! Kita rasa macam tak sempat je nak dapat green card sebelum raya ni :( Thanks for the invitation tau :D

Kak Lyza,
Hahaha.. Min Min still sepahkan karpet tu ke? Alahai Min Min, takpelah, baby kannn :P

Pu3natul,
Wahahaha.. makin laju la Cik Abe lari, hihih.. Dia kata kilang tutup kejap :P Itulah pasal kan, kids are meant to test our patience. Aiyu ni pun stress semacam bila tengok benda kemas, mesti dia nak sepah kan!

Raisha,
Kalau tido atas toto, takut panjang langkah dia tak? Takut ada yang kemas lemari kang, hihihi.. (kes kat rumah ni le) Itu le yang, Aiyu pun suka kunyah huruf2 ngan bulat2 kat huruf tu. Selain tu, dia juga suka kunyah telefon, kabel, Duplo dan segala macam benda!

Persimmon,
Yang ni tak jalan le dear, dia cam lagi susah tido malam kalau tak tido siang. Tido awal tu I tak kisah sangat, yang penting nyenyakkkk :D Selalu memang tido bawah ketiak ke? Auww.. best nye!

Hidayah said... BALAS

ada tak cik aiyu terbalik kan slide tuh? den tak tau nak train cmno, si shafiq asal bawak keluar slide ni mesti dia nak main terbalik...sampai last sekali kitorg sorok ah..takut dia buat lompat tinggi plak..

Konot said... BALAS

omaigod!!! really?? brapa lama nanges bergantung pada tahap kedegilan dia????

owhhhh noooooooo!!

kalau anak aku nanges sampai sejam kekdg tak berenti time dia ngamuk... apekah petandanya itewwwww

btw tahniah ye sbb berjaya mengeraskan hati... agaknyer aku ni lembut sgt hati tak bertempat tu pasal anak aku nanges melampau2..

Amyz! said... BALAS

Fuuhh.. Kalo 5x, pengsan mak esoknya. Tak gi keje la. Ahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...