Friday, July 22, 2011

Hari jadi siapakah hari ini?

Pengumuman.. pengumuman....

Maka dengan ini, adalah diisytiharkan bahawa hari jadi puan punya blog jatuh pada 23 Julai, waktu Malaysia dan waktu Amerika. 

Kepada mereka yang selalu lupa pada tarikh dan waktu, sila lihat penjuru kanan bahagian bawah screen memasing. 

Wah wah, hari ni lah 23 Julai!!!

Alhamdulillah, panjang umur ku untuk menyambut hari jadi ke 18 buat julung kalinya. :D

Sorang lagi yang aku tau besday hari ni, adalah Najib Tun Razak.

Haaa.. amik kau, orang-orang terpilih je lahir 23 Julai ni tau, hehehe..

Kalau ikut kalendar Islam, besday iolls adalah 1 Syawal

Amacam, ada berani mau lawan??? Spesel kan ahkakkk....

:8D <------ gambar kembang lobang idong. kembang bahagian bawah tak boleh dilukis, nanti kena tukar blog jadi 18SX pulak.

Anyway, siang tadi kami pergi 1 year check up Cik Aiyu. Member nak masuk 13 bulan dah, baru nak buat check up kan. Nak buat camne, pediatrician sini hot stuff. Lebih 10 klinik aku call, satu aje yang nak terima new patient. Yang lain semua sombong bonar terus reject. Mak aih, boleh pulak kan. Skang aku tau dah la nak suruh Aiyu belajar apa dah besar nanti. Jadi pediatrician k yang. Boleh mak ayah duduk rumah kutip hasil aje bulan-bulan.

Bila kecek-kecek dengan doktor, dia cakap semua ok. Lega hati mak bapak dengar. Risau jugak kan, kot kot ada apa yang tak kena. Cuma tang terjaga tengah malam tu le yang kureng. Doktor kata kalau dah baya Aiyu ni. terjaga tengah malam bukan pasal dia lapar, tapi pasal dia tak reti nak tido sendiri balik. Jadi dia kata kena tahan telinga sikit seminggu ni, lepas tu insya allah dia boleh tido sepanjang malam. Ok, tipu la kan doktor tu cakap insya allah, tapi sikit lebey kurang le ayat dia. 

Selain daripada sembang-sembang, Cik Aiyu juga mendapat 3 gigitan asmara daripada mek misi. Satu untuk HIB, satu untuk Hepatitis A, satu untuk Pneumococcal. Sini jadual berkala diorang lain sket. Tapi kalau nak gi sekolah kat sini, kena ikut jadual diorang. Cam BCG diorang tak kasi kat baby waktu lahir. Jenuh aku nak explain kat semorang, kenapa bahu kiri cik kak kita ada tanda.



Awek setia menunggu doktor yang lambat tiba.



Muka sebelum dicucuk dengan 3 jarum.


Muka selepas: Tiada. 

Mak nye tak sanggup nak amik gambar, auwww!

Kami plan nak mula biar Cik Aiyu tido tanpa menyusu tengah malam esok. Malam ni kasi manja-manja sket, member baru kena cucuk kan. Nasib baik tak panjang sendu nya waktu kena cucuk tadi. Melalak itu sudah pasti, tapi bila dukung, nyanyi lagu ABC sket, sampai huruf W dia dah berenti nangis. Lepas tu dalam kereta terus pengsan, Balik pun happy aje, takde pulak dia menangis tak pasal. Sebelum tido tadi pun siap buat bunyi kentut kat peha aku. Suka tul dia skang ni tau, tiup perut la, peha la, buat bunyi kentut, proootttt... Cik Abe le suka buat kat perut Cik Aiyu, skang anak dah ngikut. 

Wish us luck untuk cubaan tido tanpa susu tengah malam. Kalau nak wish happy birthday pun, ok gak. Eh, hehehe... (dasar tak tau malu :P)


37 comments:

Dora Natasha said... BALAS

happy birthday kak mai...

semoga dimurahkan rezeki n heppy2 selalu. kalo u 'kak mai' umur 18 ai umur 8 thn lah. hehehee...

geram tengok aiyu.so gojes!
:)

mama maman aka yana said... BALAS

happy berday mai.. :))

-ilyannur- said... BALAS

kak hepi bday yang ke 18 forever!

Hidayahsalleh said... BALAS

Happy Birthday mama Cik Aiyu.. :)

Hidayahsalleh said... BALAS

Happy Birthday mama Cik Aiyu.. :)

cicayanki said... BALAS

happy birthday madam sooyaree!!

Dinas Aldi said... BALAS

Happy birthdaaayyy yg ke 18!!! kihkih..

& syabas pada cik Aiyu kerana gagah berani tak nanges panjang2 lepas kena gigitan hubat, hehehe!

lyzaCR7 said... BALAS

cara kijam yang aye ajar arissa tk nyusu malam kan..ialah tiap kali dia bangun nak susu..aye sumbat air kosong..kijam + keji kan..:P tp mujarab gak..sb lepas smgu taraaaa.. takda lagi bangun malam..agaknya dia bengang kut..asik dpt air kosong je.. psiko anak..hehehe...

Niway..happy birthday my sweet sis.. hope u happy forever n ever dunia akhirat..:)

Ateh - happy birthday..kita orang sayang ateh rindu ateh..rindu aiyu gak...
@Arissa,Natasha,Yasmin@

Wahidah said... BALAS

happy bufday kak mai..

sweet 18??? :p

Hidayah said... BALAS

Happy birthday mommy aiyu..for aiyu good luck!
Huda, aiyu selalu bangun tgh mkn dlm kul berapa? Shafiq kalau tido dlm kul 11 mlm tu dlm kul 530 tu dia bangun mintak susu n tido balik, tp lately ni bangun nagis, suspected gigi nak tumbuh kot ek? Tp cubaan tido sendiri smpi skrg fail, siang je boleh sebab penat berlari kot..

lemongrass said... BALAS

Happy birthday Mak Cik Aiyu :-). Semoga sentiasa sweet 18 poreber! In 17 years time, bolehlah jalan2 dgn Cik Aiyu nampak mcm adik dgn kakak kan, hehehe.

sHieRa cAkAp said... BALAS

Happy 18th Bday!!!! Hahaha.. Sweet 18 ye??? Semoga panjang umur murah rezeki!!!

Nanak said... BALAS

heppy besday Fredo's MIL...ekekeke..moga pjg umur, sihat, dan muda selalu..salam kiss utk menantu i k..ehehee

CouLeur de Chiqu3 said... BALAS

okeehhh..18thn dah dapt aiyu...tahniah...kihkihh..anyway

HAPPY BIRTHDAY madam sooyaree...murah rezki,dipnjngkan umo..

smoga berjaya la cik aiyu ngn training malam ni yer...hehe

liemaopurut a.k.a ana said... BALAS

happy birthday madam sooyaree...

semoga murah rezeki,panjang umur dan semoga keluarga sentiasa di berkati olehNYA. AMINNNNN.

aiNz said... BALAS

selamat hari jadi tuan punya blog.
semoga murah rezeki, panjang umur dan slalu update blog! :)

Nota Cikgu Anum said... BALAS

hepi bday sis. tlg la buat ank lg:) ai x sabo nk tgk Aiyu versi boboi laks..

Niza said... BALAS

Happy Birthday to mama cik aiyu .

Moga panjang umur & dimurahkan rejeki

Erma Azman said... BALAS

Happy birthday huda! Semoga murah rezeki, sihat tubuh badan, dipanjang kan umur, Semoga diberi anak2 yang soleh dan solehah, dan kegembiraan sepanjang hayat. Have fun over there! Jom lah balik malaysia. Tengah musim doyan skang ni! Heheheheh;)

Unaizah said... BALAS

Happy birthday dear!!! May all your dreams come true.

ps: birthday kita sama bulan le...

Anonymous said... BALAS

happy birthday Huda. Semoga panjang umur, murah rezeki, bahagian hingga akhirat.

Pelik pulak dengor dr kat sana tak mo terima patient. kat sini, just walk in anytime, anywhere.

Azian

bonda dadif aka akish said... BALAS

beb..hepi belated besday,...wohooo daku pon sdg mengetest anak bujang tak yah bangun mlm utk susu..nmpak failed la beb....

tips sikit....

sri hati said... BALAS

lama x menjenguk kt cni..wah dh besar cik aiyu ye..comel bangat pic yg last tue..n x jupa jgk utk maknya..SELAMAT HARI LAHIR..semoga bahagia sokmo..

anumuchan said... BALAS

otanjoubi omedetou akak :)
terlewat pulak wish..heee~

btw sgt geram tgk gmbar last tu..rasa nak culik kejap ja..heee

Madam Sooyaree said... BALAS

Dora Natasha,
Terima kasih laling... amboi amboi... apa kes perasan 10 tahun mdua ni? Kita kan sebaya, hehehehe

Mama Yana,
Thanks dear!

Ilyannur,
Yeay, itu yang kita mahukan! Timasih!

Hidayahsalleh,
Thanks laling! Kiss kiss!

Cicayanki,
Thanks dear! Hope everything will go smooth with ur prep!

Dinas,
Hihihih.. kita kena la muda sokmo kan :P Itu lah dia, nasib baik drama tak panjang. Kalau tak, jatuh saham!

Norh,
Thanks dear :)

Kak Lyza,
Aminnn.. timasih semua :) Malam tadi berjaya, Aiyu bangun tengah malam kitorang buat derk aje. Tapi hasil, mak bapak tido sofa, haha

Wahidah,
Thanks yang! Eh, umur akak jangan kasitau orang k :P

Hidayah,
Aiyu selalu terjaga dalam 5 kali kot tengah malam! Haru kannn!!! Tapi memang dia menyusu, pas tu tido balik. Doktor cakap sebenarnya bukan pasal dia lapar, tapi pasal dia tak reti tido sendiri. So malam tadi kitorang cuba. Dia jaga, nangis gak, tapi dalam 5 minit pastu tido balik. Tak sabar nak tunggu dia tido terus sampai pagi, hehehe.. Siang pun fail, skang ni letak je dalam crib agak2 dia ngantuk. Lantak kau le, hehe

Lemongrass,
Hahahah... harus la kan, macam kak & Miss 12 :D Op koss... 18 selalu di jiwa, auw!

Nanak,
Auwww... thanks besan, hihihih

Couleur de Chique,
Hehehe.. kawen dulu umur 15 hokay :P Makasih dear, harap2 kekal la dia tido sampai pagi, aminnnn

Liemaopurut,
Thanks yang! Aminnnnnnn

Ainz,
Thanks laling, really appreciate it!

Nota Cikgu Anum,
Tq yang! Hehehe.. tang tu kena tanya Cik Abe ok, ikut dia sorang ni pun dah pening!

Niza,
Thanks laling!

Erma,
Huwaaa... meroyan mak! Nak doyan sebagai besday present leh tak? :D

Unaizah,
Thanks dear, b'day you berapa hb?

Kak Azian,
Sini aje kerek sket tamau terima patient, sebelum ni takde lak masalah. Banyak baby dari doktor kot, hehehe.. thanks! :D

Bonda Dadif,
Timasih yang. Biar aje tak di nangis? Aiyu nangis, tapi kami kena buat tak tau aje la. Doktor cakap buat aje gitu

Sri Hati,
Makasih laling!! Itulah, rindu ai kat you tau :)

Anum,
Arigato mister roberto! :P Culik jap, nanti ada reason akak nak ke Jepun. Dah la submit paper kat Cik Abe, tak pass lagi :P

Mick's Mama said... BALAS

Alles Gute zum Geburtstag! baru 18 tahun.. muda lagi! :D xxx

Mick's Mama said... BALAS

Mick pun kadang2 jaga tengah malam. he sometimes start to talk ... kalau dia tak nangis... I biarkan aja... After about half an hour tu.. dia tidur balik lah. Kalau dia nangis, I bagi dia teh. mana tahu.. dia haus ke... Cik Aiyu windu maknya tu... Good Luck yer.

Syera said... BALAS

hi, happy birthday to u! :)

Anonymous said... BALAS

salam kak mai..
wah pnjg nyer list yg wish bufday mummy aiyu neh..
wawa pn x mau miss la wish.. wlaupun agak lmbat yerk.
SELAMAT HARI LAHIR. SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI N HAPPY2 SOKMO WITH AIYU N DADDY. (^__^)

*kak mai.sj nok oyak neh, anok dr S.Muzafar(angkasawan) pn nm ISabella. SoPHea Isabella.. dpn amik nm anak wawa, blkng amik nm anak kak mai' =)

ANR said... BALAS

happy belated birthday Hot Mamma.. May Allah Bless You..InsyaAllah. hiks

eh, cik aiyu cute btol pkai spit rambut..terserlah keAIYUan nya.

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

hepi belated besday mak blog hehe..

aaaaa nk ajor ank tak mnom susu time nak tdo...tp failed lg..eh sma ke ngn tido tanpa susu tgh mlm? konpius gue..ahaha..sama la gak kan..hukk..

Poist-en Ivy said... BALAS

Happy Bday, Mama Aiyu.. semoga gumbira selalu.. Age is just a number.. :)

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

HAPPY BIRTHDAY MAI!!

Shue said... BALAS

Happy birthday, Madam Sooyaree!!
pjg umur & murah rezeki hendaknya..

jas imran said... BALAS

hepy besday emak cik aiyu.. moga sentiasa dilindungi Allah ye.. :D

KaMi said... BALAS

Happy Belated Birthday, suka melawat blog ini... :-)

nazayiena said... BALAS

Hepi besday utk mom Cik Aiyu.....

Cik Aiyu.....kiutnya muka menahan dah kena cucuk.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...