Monday, July 4, 2011

Popsicle or ice lolly dan ciuman misteri

Waktu panas-panas begini, apakah yang paling enak sekali untuk dimakan?

A. Cendol

B. Air batu campur

C. Aiskrim Malaysia

D. Nescafe ais



Huwwaaaaa..... nak semua!!!!



Semua pun sedap kan! Tapi mana pulak lah nak cari cendol kat sini? Air batu campur tu macam bisa dibikin, nanti aku nak cari ice shaver lah. Barulah home sweet home gitu kan.

Untuk si kecil, kita boleh kasi dia aiskrim Malaysia. Puas aku cari, tak jumpa pulak plastik aiskrim Malaysia cap king kong tu. Tapi jangan risau, acuan untuk popsicle (American panggil popsicle, British panggil ice lolly) banyak dijual di kedai-kedai berhampiran.

Memandangkan stok Milo ku sudah habis (tak sabar nak gi Asian market, borong Milo!), aku buatkan Cik Aiyu apple flavored popsicle. Bahan-bahan? Jus epal + air saje, hehehe... Kasi jus semata, berkerut muka cik kak kita tu kang, jadi kena cairkan sket dengan air.

Memandangkan hari ni Cik Abe tak kerja sempena 4th of July (besday Amerika), dia telah mengambil keputusan untuk mengemas garaj. Sebagai anak dan isteri yang sejati, kami turut amik bahagian dengan menonton Cik Abe mengemas sambil memakan aiskrim Malaysia yang diberi nafas Amerika. Nak tolong buat-buat tak reti, jadi kami duduk tepi.


Her first time with popsicle. 



Amik kau, sampai naik juling bijik mata.

Perasan tak baju Cik Aiyu ada warna merah tu? Itu bukan corak ok, itu adalah kesan ceri! Sekarang ni memang feveret dia lah buah ceri. Pantang nampak, mesti dia nak. Bila dah makan, bukan reti nak berhenti pulak tu. Orang takut dia sakit perut aje. Terpaksa kekadang divert to something milder like banana or apple. Ceri ni tau tau aje lah, warna pekat! Pakai bib pun tak lut, pasal yang di tangan dia tu haaa yang selalu kena kat baju. Kekadang siap buat lukisan di pintu lagi. T__T

What to do, lepas ni terpaksa lah aku berkawan baik dengan Cik Clorox.




Oh, sekarang ni saham Cik Aiyu dah turun singgit.

Muka dia dah bertanda, tak tau datang dari mana. Itu kami namakan, ciuman misteri.



Teruk, kan :(

Aku syak datang dari window blind. Pasal dia dapat tanda tu waktu dalam playroom dia. Semua benda kat situ boleh kata baby proof, blind tu aje yang macam ragu-ragu sket. Lagipun dia suka buka katup blind tu, agaknya kali ni sangkut kat muka.

Takpelah nak, kalau tak hilang gak, mak belikan bedak MAC, ok?



19 comments:

Anonymous said... BALAS

aisey, saham dah turun singgit..
tapi takpe, bajet hantaran mahal lagi, sebab nak kene pegi US nun nak masok minang =P

nur easy said... BALAS

beriya nampaknya dgn popsicle tu..:)

nazayiena said... BALAS

ciannya dgn cik Aiyu besar luka 2....nie waktu kena mesti thn sakit nie, xnangis ....

ANR said... BALAS

nk sikit lolly boleh????hahahaah xpe..hantaran krang tp masih ade $24999 lagi kan?hahahaha

farah said... BALAS

Choi siap nak belikan bedak MAC, ke ikut tona kulit mak nye x? Hehe. Sebenarnya, mak yang nak bedak MAC kan. Hehe. Memula ingat tadi tanda kat muka tu kesan ceri gak.

Mr. Asada said... BALAS

ya ampun.. mana la datangnya luka. cam membengkak je luka tu. aktif sangat nih..

musim panas nih, dapat makan ABC mmg super best lah..

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

baru nak tanya mana dtg kesan tu.. mcm kena cakar. ingat kot dia cakar sendirik..

tak pe la cik aiyu.. nampak ganas sket!! :p

Madam Sooyaree said... BALAS

@Honey Deawey
Hahaha... tolak harga tiket kapalterbang, tinggal berapa hengget aje nanti, hihihi

@nur easy
Memang beriya pun, duk pegang sampai lah yang last part tu jatuh tanah, hehe

@Keluargaku Syurgaku
Itulah, dia ni memang susah nak nangis kalau luka le ape. Tapi jangan time kita tak layan dia, memang mengiau!

@Anggerik Berduri
Aminnnn... boleh mak bapak buat beli Porsche, hahaahah

@farah
Mak nye skang muka macam permukaan bulan, waima pakai Simplysiti pun tak cover you, hahahaha.. Tak la, luka :(

@ASaDa RyutaRo
Memang bengkak la Asada, macam timbul sket. Makin merah bila tengok. Nasib baik dia tak garu, kalau tak lagi teruk kan. Eh, Egypt ada ABC ke? :D

@Konot
Dak aih, kuku dia selalu pendek. 2-3 hari sekali potong. Kalau tak mak nye yang kena cakar time menyusu, hehehe

bonda dadif aka akish said... BALAS

xpe...sikit aje calarnye tuh...

uih mak ai....maintenace tgi nih menantu..mac sesajo..

kekekkeke

marinahunny said... BALAS

dh mcm budak besar dh ...

blu4sky said... BALAS

haa tu dia cik aiyu mkn icecream tak hagak2.. tak ngilu ke gigi nan sebatang dua tu.. hehehe

Elin said... BALAS

ololo, so cute la cik aiyu...dengan muka penuh perasaan makan as krim amerika tu..hehe.

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

olo comel..kalo comel gitu yg turun singgit tu x mendatangkan masalah pn dear ^_^

*entri baru : Mangsa kebakaran..

Anonymous said... BALAS

mummy nak tepek bedak mac ! hadoi klakar kak mai neh..hehehe..xpe muka dah brtanda pn still cute miut LOL..=). mkn 'esteyim' dgn penuh kusyuk smpai juling.hahahaa..tapi tetap chomel okeh cik aiyu neh..(^_^)
wawa putrajaya

sHieRa cAkAp said... BALAS

Alahai.. Aku plak yg telan2 air liur tgk Cik Aiyu makan.. Ape ni.. Nak sikit!

Dinas Aldi said... BALAS

alamak, sedih tengok luka kat muka cik Aiyu tu..

tapi kawan pulun sakan popsicle tu, hahaha!

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said... BALAS

takpe..
tanda tu maksudnya cik aiyu kite ni cergas dan sihat..
hehe..move around..

sedapnye aiskrim..
dok teringin nak mkn ABC.
tapi tak dpt lagi..

Amyz! said... BALAS

Lama auntie tak komen. tapi auntie baca kat google reader je. sbb tak dpt online. huhu.

quick comment on past entries: bestnya sofa bed aiyu!! ahaha.

dah pandai makan eskem dah. begitu kusyuk makan nampaknya. cewah! ahaha.

parut blh hilang. pakai krim ape ntah kat iklan tu~ ahaha. ;-)

muahs kat aiyu. xoxoxo

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Tu baru make up MAC. Kalau dia mintak gelang berlian nanti camno? Hahaha

Marina,
Nampak macam big girl kan dia. Tapi kekadang cengeng jugak, haha

Blu4sky,
Sebatang dua kau cakap? 16 batang, hokay! :D Ice cream tu nipis, ada lubang kat tengah. So tak ngilu sangat bila gigit

Elin,
Hehehe.. thanks dear! :)

Tinta Kibod,
Auww... thankssss! :D

Wawa,
Biasalah, kalau kulit kurang sempurna, haruslah cover kannnn :P Jangan kadi cam maknye, walau Nurul Shukor yang touch up, tetap berbukit bukau muka!

Shiera,
Hahahaha... buat lah, esp rasa Milo. Sedap!!!!!

Dinas,
Dia kalau benda-benda yang gigit ni memang suka dia. Tu lah, kesian kan muka dia, harap2 tak melarat lah :(

Nur,
Hehehe.. aminnn... memang cergas, kekadang tak larat nak ikut! Eh, ABC sedappp kannn... Lelagi kalau jagung lebih, hehe

Amyz,
Nape auntie tak dapat online, internet jiwa kacau ke? Aiyu cakap thankkssssss :D Muah kat boipren balik, heheheheeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...