Sunday, July 3, 2011

Sofabed

You will never know how much crap you have, until the day you have to move.

T__T

Oh, yes.

Masa tengah sibuk cari rumah, salah satu kriteria yang kami pilih adalah, minimum 3 bilik. Bukan apa, kami duk berangan kot kot ada orang dari Malaysia nak datang berkunjung kannnnn.. senang lah bila ada bilik tamu. Selesa sikit, dari nak duduk hotel. Lagipun sini hotel selalu aje lah full. Nak kata tourist attraction, bukan. Ni semua pasal ramai oilfield workers yang datang sini on temporary base. So semua port dekat hotel. Kalau agak-agak nak booking last minute tu, kirim salam aje lah. Tido la kau dalam kereta, hehehe...

Soooo... rumah kami sekarang memang ada 3 bilik. Satu bilik kami, satu bilik Cik Aiyu (dia tak duduk pun situ lagi, crib masih dalam bilik kami), satu lagi bilik tamu. Tapi sekarang bilik tamu tu dah jadi bilik gitar Cik Abe. Jangan tak tau, Cik Abe tu cita-cita nak jadi rockstar, hahaha... Siap tanya dulu, kalau dia berhenti kerja nak jadi rockstar, aku sanggup tak? Hoih, jangan nak buat gila. Pantang bapak aku ber menantu ahli musik!

Bila dah semua miscellanous items pergi ke bilik tamu, maka bilik tamu dah jadi macam mini stor gitu. Tang mana nak masuk katilnya? Macam takde harapan la kan. Jadi kami bincang-bincang, sama ada pakai air mattress yang ada, atau kena beli sofa bed. Dah kata nafsu pompuan suka shopping, maka aku pun ajak Cik Abe beli sofa bed.

Masa kami di kedai perabot, kami duk pusing-pusing kedai tu, cari sofa bed. Tapi semua sofa aje. Bila salah satu customer representative approach, dia cakap hampir semua sofa di situ boleh convert jadi sofa bed, for extra $200 or so. Yang menariknya representative tu kasi statement,

"I make money based on commission, but honestly, I don't suggest you to go for sofa bed. It is very heavy, and the structure of the sofa will go bad after a few years because of bad support. Plus, it's not that comfortable anyway. I will opt for air mattress if I were you."

Hamikkk kaauuuu... statement berani mati tu!

Maka dengan itu, kami mengambil keputusan untuk tidak membeli sofa bed untuk bilik tamu. So sesiapa yang bakal datang nanti, tido atas air mattress ye :D

On the other hand......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kami telah membeli sofabed untuk bilik yang lagi satu.

Bilik permainan Cik Aiyu.

T__T

Ini bukan atas dasar nafsu serakah orang pompuan yang suka shopping, ini atas dasar kasih sayang sang bapa.



Sofa untuk waktu membaca.


Bed for afternoon nap.


It's just too darn cute! Kami jumpa masa jalan-jalan di Toy's R Us hari tu.

Cik Aiyu sengih-sengih sket, dapat sofabed. Kalau aku sengih-sengih sket, dapat "what's wrong with you?"



29 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

wa, skarang dah seSofa dgn cik BF la dia..awakaka comelnya sofa bed dia..nak boleh?hiks

Keluargaku Syurgaku said... BALAS

Alahai cutenya sofabed cik Aiyu,....but tgk cik Aiyu duduk membaca dan tido plk atas tu lglah nampak cute dgn orgnya b'tmbh geram nengoknya....aunty nak tumpang sekali boleh???

Konot said... BALAS

waaaaaaaaaa comel giler sofa bed cik aiyu!!! aunty tumpang tido boleh??

malin_purple said... BALAS

adeiii... cik aiyu ni..agak2 aunty malin tumpang sekaki muat tak. kaki je la kowt muattt

AliceKalut said... BALAS

Huda, ni yang best ada anak ni kan! pasni nak apa2 kalau agak2 susah nak dapat, suruh je cik Aiyu mintak dua. satu anak, satu mak. hahaha

AliceKalut said... BALAS
This comment has been removed by a blog administrator.
AliceKalut said... BALAS
This comment has been removed by a blog administrator.
bonda dadif aka akish said... BALAS

alamak...killer cute okey sofa bed dak aiyu neh.....

same cute dan dgn tuannye...

=)

NuR si CiKGu RiBeNa said... BALAS

cutenya sofabed dia..
teringin plak tengok sofabed cik aiyu ni...

Lin Ghazale said... BALAS

bapak fifi pon dah belikan dia sofa.bukan sofa bed la tapi.mak nya duduk atas lantai je.anak nya kene ade sofa.T___T.takot anak tak reti duduk sofa ke apa?

d.a.m.i.q.u.l.a said... BALAS

amboi2 aiyu seronot dh ade tempat landing bile penat main nanti hehe

sri hati said... BALAS

ololo..comeinya cik aiyu tido atas sofa bed dia..

Mama Kembar 3 said... BALAS

alahai.. mak nye yg ngidam, tp cik aiyu jugak yg dpt sofa bed yer hehehe. mmg very very cute laa sofa bed tu, bertambah cute bila cik aiyu tido situ :-)

farah said... BALAS

Posing tido tu sgt comels!!! Gigih mommy ambik gambar ye...hehe...sofa bed tu pun cantik. Haih sofa kecik pun ada skrg ye...kids nowadays, lucky sungguh :)

Dinas Aldi said... BALAS

Allah, comel sangat sofabed cik Aiyu tuuuuh!

tang part maknya dapat "what's wrong with you" masa sengih2 tu tak bleh tahan, kahkahkah!

Galeri Makanan said... BALAS

ayat yg last tu x tahan!kelakar gile...

Unaizah said... BALAS

Betul betul betul!! Time pindah la kita akan tahu betapa banyak barang yg kita dok simpan selama ni. Kekadang tu nearly half of the things are junk :p

Auntie Zura said... BALAS

comelness tengok kaki cik aiyu tergantung tengah baca buku tu...grrrr geram!

DeLancrettLurpak said... BALAS

kahkahkah! org jantan kannn, dgn anak, bukan main, ko kena sengih, tapi sengih dalam bilik tdo, confirm you'll have what you want, hehehe

アヌム ちゃん said... BALAS

comel sofabed cik aiyu.nak tumpang jugaklaa.heeee

an15 said... BALAS

sofabed kitorg kat cheras tu dah pakai dlm 3 years kot, skg dah x sedap nk duduk dah mcm salesman tu ckp.

muah2 ke cik aiyu :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Baca buku skang boleh duduk sebelah boipren kannn.. hihihi.. Awak pun tangkap cintan sama Elmo ke? Parah ni, hahaha

Nadhirah,
Boleh aje auntie, tapi sampai pinggang aje la sofa nye, hehehe

Konot,
Boleh aje, kalau datang nanti auntie Konot tido situ ok, hehe

Malin,
Eh, usahkan kaki, peha sebelah pun ok lagi! :D

Alice,
Hahaha.. tengah train dia la ni, "Daddy, I want diamond earrings please. Cushion cut, ok?"

Bonda Dadif,
Auww... thanks auntie!

Nur,
Comel kan, tu yang buat bapak nye terus tertarik, hehehe.. Rasanya kalau siapa pandai jahit mesti boleh buat, pasal dia span semata ;)

Lin,
Hahahah.. itu suruh anak beradab kot. Eh, bukan adab Jepun duduk atas lantai ke?

Dami,
Memang situ aje dia landing skang. Letak waktu siang dalam crib, macam kena cubit!

Mama Kembar 3,
Auwww... thanks mama! Kalau mama, berderet pulak sofa kang, hehe

Farah,
Yang time baca tu I snap, time tido bapaknya snap. Macam2 kan budak2 skang, kita yang lebih excited, hehe

Dinas,
Betul tak? Kalau sengih sorang2 pulak kang, orang kata gila atau ingat cinta lama, haha

Nisa,
Apa nak buat, zaman kentut wangi dah berlalu, hihi

Unaizah,
True! Tapi nak buang sayang kannn.. hahahaha

Lurpak,
Dari dulu aku nak Chanel GST, haram tak dilayan, hahaha

Anum,
Awak kecik aje kan, kompem muat!

Anis,
Kita dulu pun ada sofabed, gitu gak nasibnya. Ingatkan lepas 10 tahun, benda dah berubah. Sama aje la gitu, kan :( Muuuaahhh!

Anonymous said... BALAS

Assalamualaikum, cik aiyu isabellaaa n mummy nye n daddynye...
waahhh ni klu Mia laila tgk ni kes geram nih..habes dipanjatnye...cantek la kak..
lps akk kata beli kt toy's r us saya trs tny hubby dia ada nmpak x sofa gini sbb mlm b4 tu dia gi bwk doter dia..hihi..

Anonymous said... BALAS

salam kenal...
suka baca blog ni...baca kisah cik Aiyu...kisah mummy nya ....kadang2 tergelak sorang2 :)

cute nya la sofa bed dia tu...sama cute dgn tuan nya...

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Mia,
Ada jumpa tak sofa gini? Kalau ada beli tau, berbaloi2 :P

Anonymous,
Salam dear, thanks for dropping by :) Really appreciate it :))))

NunsNajib said... BALAS

Wah! Sesame street! sesuai la dengan cik aiyu yang suka elmo tu! hehe :DD

Hidayah said... BALAS

Bestnye sofabed elmo cik aiyu..kirim satu utk shafiq boleh :)

Anonymous said... BALAS

Papa mia kata xda kt toyseres kecik mcm kt alamanda tu..kena survey kt toyseres besau..hihi..nk carik yg jojo circus..

Wahidah said... BALAS

sofabed cik aiyu sgt cute...leh tak cik wai pinjam wat tmpt landing bace buku..agak2 kaki berjuntai tk sbb tk muat...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...