Saturday, July 2, 2011

Storytime at Barnes & Noble

Siapa suka baca buku?

Aku rasa, rata-rata pembaca blog adalah peminat buku jugak kan. Bukan apa, blog pun adalah ala-ala buku jugak. Kalau blog peribadi, macam baca diari orang kan, hehehe.. Kekadang ada blog yang vogeh the vass, siap ada gaduh-gaduh lagi. Tapi iolls tak cukup pemes lagi, jadi takde hal la aku nak gaduh dengan orang. Cuma blog ni kekadang bahasa nye boleh membuatkan cikgu Bahasa Malaysia anda tarik rambut yang tak gatal. Blog perosak bahasa, muahaha... Antara nya blog ni la kannnn... :P

Anyway, sejak ada internet, rasanya kita semua dah kurang baca buku. Selain daripada harga buku yang boleh jadi mahal terlampau, semua fakta yang kita ingin cari dari buku boleh didapati daripada internet. Maklumat di hujung jari gitu. Kalau dulu-dulu ensiklopedia jadi bahan rujukan, sekarang ni jadi penyendal pintu aje kot. Wikipedia jugak yang menjadi pojaaannnn.....

Komputer pulak makin lama makin kecik. Daripada komputer kotak ke laptop, daripada laptop ke iPad. Belum lagi dengan smartphone.

Selain daripada tu, ada juga buku internet, macam Kindle yang orang Ostolia dapat sebagai besday present tu :P. Which I find it really awesome! Bayangkan kalau diorang apply e-book concept for kids in school, semua budak-budak dah tak payah usung bag yang sarat dengan buku (pernah tengok tak budak darjah 1 bawak bag sekolah? adalah sangat kejam!) hari-hari ke sekolah. Semua datang lenggang kangkung usung handbag je kot, hehehe... Lepas tu, semua buku dari Darjah 1 ke Darjah 6 boleh disimpan dalam e-book tu, siap dengan buku rujukan lagi. Pokok-pokok pun makin kurang ditebang, tokeh print buku pulak bakal kena cari bisnes baru, hehehe...

Nevertheless, it is still nice to have real books at home. Something to flip, to write on, to CHEW on. Ehh... chewww??? (kes Cik Aiyu la kan, hehe)

Kalau di Malaysia ada MPH, di USA ada Barnes & Noble. Untuk cawangan Midland, dekat sangat dengan rumah kami, dalam 2 minit driving.

Aku memang suka pergi B&N ni. Macam-macam ada! Starbucks pun ada, hehe... Dan yang paling penting, ada B&N Junior section. Banyak buku untuk bebudak, dari umur 0 sampai lah 12 tahun. Setiap pagi Sabtu & Rabu, ada storytime session.

Pagi tadi, kami pergi skodeng.


Hari ni, ada cerita pasal Kansas yang sedih. Aku pun tak paham sangat. Tu lah, siapa suruh datang lambat.


Cik Aiyu yang menghayati.


Pose skeettt.... Skang ni aku pakaikan dia klip rambut. Sakit mata tengok rambut depan dia yang makin panjang tu. Nak potong Cik Abe tak kasi, suruh simpan buat pekasam. Nak anak selit rambut tepi telinga kata nye. 


Lepas storytime, ada coloring session. Time ni kitorang cabut le. Kang kalau kasi Cik Aiyu pegang crayon, ada yang jadi crayon kontot.


Antara kanak-kanak dan ibu bapa yang turut serta.

Satu benda yang aku suka dengan USA ni, adalah diorang lebih accommodate untuk semua pengguna. Bayi, warga tua, orang kurang upaya, semua diorang consider. Macam kedai buku, diorang ada section khas untuk kanak-kanak, dan diorang tak kisah kalau anak kau tarik-tarik buku buat sepah. Nama pun budak kan. Aku rasa dari situ diorang akan tanam sifat suka membaca. Dan sesi macam storytime ni membuatkan budak-budak lagi nak dekatkan diri dengan buku. Macam kat Malaysia, kita selalu rasa takut-takut nak pegang pasal 'once you broke it, considered sold'. Jadi budak-budak cepat rasa takut.

To all the parents out there, how do you develop your little one's interest?



15 comments:

lemongrass said... BALAS

The KINDLE is mine now, muahahahahaha.....
Baru aje dpt Kindle, satu dunia tau, hikhikhik....
School kids kat OZ (in most schools anyway) ni kena spend time reading every nite sebab they have a sheet to tick lepas they do their nightly reading and then when they get to school the next day, they have to tick another sheet in the classroom to say that they've read.
My girls love to read but ada jugak masa2 when they dont feel like reading at all and cuma main aje :-).

Imparfait Saint said... BALAS

Maiqel I start lagi but we do read at him malam2. but bestlah the bookshop kat US. Hmm...should i further my studies kat US ker???

SurayaCoghlan said... BALAS

we do the usual bedtime story every night..tapi si madina lebih gemar makan buku dari baca buku..adeh....

Lin Ghazale said... BALAS

jepun mcm takde.kalau ada pon probabiity adalah tinggi dalam bahasa jepun. mak nak bawak pon takot. haha. mak tak pahammmmmm.

Syima Syaz said... BALAS

itu lah malaysia...tak payah pegi jauh, dalam rumah pun dah mcm tu.bila anak lari 'hey jgn lari nanti jatuh'...habis kalau dia tak jatuh mcm mana dia nak rasa sakit?
i prefer biarkan je budak2 dengan dunia dia.bila dia main sorang2, biar je...tapi jeling2 lah sikit kan.

wah mcm ada experience jadi ibu!hehe

bonda dadif aka akish said... BALAS

indahnye kalo kat mesia pon ade camnih....

manyak syiok dak aiyu....

=)

Anonymous said... BALAS

Kat Malaysia pun ada. Tapi kena join jadi member baru tak banyak songeh. MPH club la.

Library in Kemaman,Terengganu do have this kind of facility 19 years ago. I used to take my two children there alternate days.

When they grow up, they prefer to read the books on their bed.. even
till now.

Now my sweet 17 just down whatever available free e-books. if I am not mistaken, she has around 200 e books with her. She even stopped asking me to buy books late because she has to many to read.

Azian

Madam Sooyaree said... BALAS

Lemongrass,
Hahahah... gelak evil sungguh tu! Alhamdulillah both Misses like to read. Tau tau aje lah zaman skang, susah nak cari dah kids that love to read. Main game ramai! :P

Jas,
US is nice in certain ways, yang tak best pun banyak jugak, hehehe... Eh, MPH pun ada buat tak silap, better check it out

Sue,
Hahahah.. ada kawan la Aiyu. I baru beli buku kat dia, kasi dia pegang time beratur nak bayar, masa kat check out counter dah tak cukup sifat!

Lin,
Hahahaha.. terpaksa la mak jadi story teller tak?

Syima,
Wah wah... macam dah bersedia je dia ni? ;)

Bonda Dadif,
Ada tak silap di MPH, boleh cuba check ;)

Kak Azian,
Wow, 200!!! Kita skang nak baca satu pun tak lepas, baru duk syiok ada orang datang mengendeng :P Bertuah kak dapat anak cam tu :)

Konot said... BALAS

you are right lah..harga buku mmg terlampau skang. asal angkat buku bebudak yg cantik sket je rege mcm omaigod lah kan.. kalau baca and simpan bebetul tak per. ni kang lepas 2-3 hari kang hilang.. huihh.. tak dapekk..

-mak kedekut-

Anonymous said... BALAS

Cik aiyu..rambut makin terserlah keblondean..:)

shuhada said... BALAS

hai all,

kalau baby umur 7 bulan..mcm mana nak develop interest dia ke arah suka baca buku erk..?

setakat ni i bacakan dia buku alphabet yang saiz kecik gemuk tu..then ada 1 buku besar tapi comel sangat buku tu pasal transportation n pekerjaan..then ada 'buku dalam buku' pasal numbers...

rasa2nya membantu tak..ke over..hahahha..i kalau pegi kedai buku...nampak buku comel2 grab aje..tak tau sesuai ke tak..hahahha...

Madam Sooyaree said... BALAS

Konot,
Kalau tak hilang, kena makan, hahaha.. Sib baik la sini buku bebudak bawah USD10. Kalau tak, ahkak tak sanggup jugak!

Anonymous,
Hahah.. baru perasan lepas baca komen you. Lighting kot ;)

Shuhada,
Ok lah tu ;) Kita pun tak pandai sangat, tapi memang kalau boleh bacakan Cik Aiyu 2-3 buku sehari. Pastu kasi dia main-main dengan buku tu, kasi feel sket :) Kalau rajin, cari yang ada puppet, budak2 suka puppet gak :D

ctm.zainal said... BALAS

I nampak handbag baik punya berserta initials cik aiyu... hamboi!! hamboi!! heheh...

Madam Sooyaree said... BALAS

CTM,
Senang tulis nama kat bag, takde orang nak curik, hehehe

Bimbo said... BALAS

Salam kenal. my name is sha..my nickname is Bim. hehe. 1st time harini terbaca ur blog, and terus melekat dari 1st entry smpai ke entry ni. (akan sambung lagi esok)..

anyway, my girl, Daniya is 16months old. masa dia few months pun dah start beli kan dia buku nursery rhymes..mmg dia akan makan2 dulu, but bila dah lama2, ia jd minat nak selak2.

skang dia ada more than 10books, ABC, 123, things at home, animals..dan nampaknya sangat minat dgn buku tu sbb bila bangun tido je 1st thing dia carik adalah buku dia. hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...