Thursday, June 30, 2011

Video Thursday - Membaca jambatan ilmu

Aci tak, kalau nak buat video Thursday?

Nak buat Wordless Wednesday tak terbuat-buat. Susah kalau orang suka menceceh ni, tak dan nak letak gambar saje. 

Jadi skang ni kita nak poyo poyo buat segmen baru lah, boleh? 

Ahhhh.. kalau takleh gak, aku nak buat jugak, huahahahaha...

Dan sebagai mukadimah, kita mulakan dengan video membaca jambatan ilmu :D

video

Ini hadiah yang Cik Aiyu terima dari Grandma. Suka betul dia dengan buku ni, kekadang dalam restoran pun dia layan. Atas setiap page tu ada lirik untuk setiap nursery rhyme yang keluar. Yang mahal Cik Aiyu siap point lagi wording atas buku tu. Tak tau lah kalau dia boleh bezakan perkataan dari gambar. Tapi gaya macam tu lah. Tak pun dia eksyen eksyen aje, anakku ni kan drama queen kekdahnya, hehehe...

P/S: Perasan tak interior kereta itu adalah lain? *wink wink*



11 comments:

Anonymous said... BALAS

Huda, teruskan usaha murni supaya anakmu akan menjadi ulat buku mcm anak-anakku. Siap la ko nanti kena beli buku RM300-400 SEBULAN.

tapi zaman sekarang dah ada e-book, e-reader lah. Cam orang kat Perth, Ostolia dapat hadiah hari lahir dia tu. Best kan? Punyalah canggih, sampai ahkak tak tahu apekebende dah. Buku Tak yahg beli kat kedai, semuanya online, tekan yes or no.

Azian

Galeri Makanan said... BALAS

Hebat lah Cik Aiyu..da pandai bace ade bunyi2 syuhhshisyushi lg.
I sokong 100% post video on Thursday!

Kereta baru yek? heee =)

ati_emylia said... BALAS

happy belated birthday aiyu..... mcm speaking jerman pun ade jugak hehehe...

emy

farah said... BALAS

Nak kata tint baru, aritu dah post psl tint baru kan. Ke kete baru lak?? Dapat gak BMW kehendak hati eh? Hehe...

Pandai sgt cik Aiyu tu ye skrg ni, comels!

Dinas Aldi said... BALAS

interior kereta adalah lain? tukar kereta lagi kaa?

Wahidah said... BALAS

alahai cik aiyu rajin membace dh yea..bgs2.....keep it up..hehehe

bee said... BALAS

comel sungguh ank akak ni. tringin nk cubit2 pp nyer..hehe

Mick's Mama said... BALAS

alahai comeynyaaa! teringat i kat mick. dia pun suka baca buku cam tuh :D

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Azian,
Itu lah pasal kannn.. orang Ostolia yang lahir American Day dapat hadiah Kindle. Tah2 zaman Cik Aiyu besar nanti, baca buku atas tapak tangan je kot?

Galeri Makanan,
Yeay, ada orang sokong. Thanks dear! Ehh.. kereta itu adalah serprais...

Emy,
Thanks dear! Kot kot nanti boipren orang Jerman kot?

Farah,
BMW? Kena jual bulu dulu la kot, hihihi... Beli yang biasa2 aje :)

Dinas,
Takdelah tukar, beli untuk mem sahab pulak :D

Ida,
Thanks dear, harap2 gitu lah sampai besar kan

Bee,
Thanks yang! Cubit boleh, takut nanti dia gigit kot?

Az,
Sometimes I wonder what's going on through their mind kan?

nur easy said... BALAS

bagusnya.. suka mbaca budak ni ;)

Anonymous said... BALAS

as'salam huda... nape tak leh play video ni...? tak dapat gk cik aiyu kita membaca... huhu
- sarah2605-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...