Monday, July 18, 2011

Sesi terjah rumah blogger Malaysia di Amerika

Tarik napasss....

Hembus napasss.....

*sambil buat aksi yoga bermeditasi jap*

Penat.



Haaa.. skang ni baru le pree sket. Pree ape nye, takat tutup mata tengok rumah bersepah. Tapi takpe, blog punya pasal, I rela you, hihihi...

Sebenarnya, hari tu kami pergi cuti-cuti Amerika di Frisco, Texas. Bukan Dallas. Sukati aje kan tembak.

Frisco is about 30 minutes north of Dallas. Yang penting, Ikea di situ, hihihi... Dah kata hajat hati adalah untuk shopping perabot, haruslah duduk dekat dengan kedai kan. Bukan Midland takde kedai perabot, tapi masya allahh.. ente tak berkenan. Sini banyak perabot yang sesuai untuk banglo 6 bilik, ala-ala rumah Kak Pah gitu. Jenis kayu tinggi, siap berukir lagi. Kang habuk celah-celah ukir tu siapa yang nak lap??? Hakuuu jugak.... Rege toksah cerita lah, nasib baik injap jantung aku kuat. Kalau tak, dah lama kena hantar spital. Ade ke patut, meja makan 6 kerusi rege USD 1,500++? Cuba kali dengan 3.05, tak ke RM 4,500 ++? Nampak gaya, haruslah beli pinggan bersalut emas lepas ni, baru setaraf dengan meja makan Made in Thailand ni ha.

Anyway, hari Khamis lepas kami bertolak jam 12 tengah hari. Dalam pukul 7 malam baru sampai Frisco. Patut 5 jam aje, tapi biasalah, Cik Aiyu kedondong tu banyak ragam dalam kereta. Awal-awal ok, tapi bila time dia dah boring, dengar lah rintihan hati dia. DVD player lak tah mana haku campak hari tu, terpaksa la mak nye pulak yang jadi DVD. Kejap menyanyi, kejap main sorok-sorok. Kesian Cik Abe kena tahan telinga bernanah dengar bini karaoke sama anak.

Sampai aje Frisco, terus check in bilik.


Bilik boleh nampak swimming pool. Sesuai untuk acara skodeng orang secara berjemaah.


Seperti biasa, kalau sampai aje hotel, aku mesti check bilik air dulu. Kalau hotel best mana pun, bilik air so so, aku kureng. Yang ni pass. Air pun laju aje, boleh feeling feeling time mandi.


Cik Aiyu lak check katil. Main campak-campak dengan bapak.


Lepas membuang apa yang patut, kami terus terjah rumah Kak Tek. Janji pukul 7, tapi biasalah, tak Melayu kalau punctual kan.


Masa nak jumpa tu, berdebar-debar gak rasa hati. Sebenarnya aku jarang main terjah je rumah orang gini. Tapi entah kenapa kali ni terbuka hati nak pergi jumpa orang Malaysia. Selalu sombong bonar, tanak campur orang. Tapi itu lah, sejak ada Cik Aiyu ni, rasa aku makin rajin bercampur dengan orang. Lagi-lagi kalau dapat jumpa orang Malaysia, lagi rasa dekat dengan rumah. Walau tak la dekat mana pun, 7 jam perjalanan, hihihi...

Sampai-sampai aje, Kak Tek & hubby jemput kami depan rumah. Very the peramah one, like this! Dah la datang tangan kosong, pas tu suruh orang masak makan malam lak tu. Hahahah... very the tak beradab one. Sorry haaa Kak Tek, next time kita bawak dulang hantaran meminang Cik Mat :P


Cik Aiyu sampai rumah orang, terus buat konsert Akademi Fantasia. Berdiri atas meja orang. Oiiit, why la you drop my water face! Nasib baik ada Syasya yang rajin melayan. Kalau tak, abis la rumah Kak Tek dikerjakan.

Dalam masa Cik Aiyu bikin konsert, ada orang duk perati aje.


Keh keh keh, Cik Mat anak bongsu Kak Tek takut kat Cik Aiyu. Itulah kamu Aiyu, mulut bising sangat, sampai takut anak bujang orang kat awak.

Tapi dalam takut-takut tu, sempat gak usha. Cik Mat, jeling-jeling paku, jeling-jeling nak kat haku ke? :P


Para bapa mithali.


Dan gambar paling penting untuk event itu...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kompem aaa gambar kami.

:D


Cisss... nampak aku besar, walau pakai baju warna hitam.

Kepada Kak Tek, terima kasih la susah-susah sudi terima kami sekeluarga datang melawat. Sedap sungguh makan malam tu, rasa macam kat Malaysia! Pastu agak-agak kalau nak ke Allen Premium Outlet, sila kasitau  saya pasal nak kirim seluar jeans yang sudah salah beli, hehehehe...




18 comments:

mama maman said... BALAS

bestnyer jejalan... cuci2 mata eks cik aiyu... dpt jumpa pakwe ye...:)

Anggerik Berduri said... BALAS

perh..gile best. I pun suke pgi Ikea.. sangat Muda Mudi perabot they all.hahahaha

Ehem, cik aiyu bile nk balik Malaysia? nk buat concert sama akakkkkkkkkkkkkk

hahahaha

farah said... BALAS

Haha cik Aiyu dah macam menari gelek gelek atas meja tu. Kiut! X sabar nak tgk ur loots! Eh ada buat entry kan nnt...hehe...

Konot said... BALAS

tang mana yang besarnya hang tu?? gorjes jekkk aku tgk.. :) sungguh!!

Shue said... BALAS

Wow! gorgeous nya emak cik Aiyu kedondong neh. Sesekali ader tepek gamba kan.
oooo..itu la rupe Ahkakbatik or Kak Tek tu ye. Sweet..

Nota Cikgu Anum said... BALAS

aduyai,, ai rindu same Cik Aiyu. sgt menarik kn kalo jumpe Malaysian kt tmpt org wpon secara saintifiknye kalo org yg same jumpe kt mesia, aku buat x heran jek :)

Keluargaku Syurgaku said... BALAS

Camne ni Cik Aiyu, cik Mat takut ngan Cik Aiyu,hansem bah cik Mat 2....
Mom Cik Aiyu:seronoklah ada geng seMalaysia di sana wlpn 7 jam pjlnn jauhnya....

TopsyTurvyMum said... BALAS

Aku pun suka aktiviti terjah rumah org camni hekhekhek!

Ko kurus daaaa!!

Wahidah said... BALAS

alahai mn de besar..okay jerla kak...:)

Unaizah said... BALAS

Masa study kat US dulu memang selalu main terjah-terjah rumah org Malaysia. Tak kisah la rumah sesama students ke, rumah famili ke, rumah pegawai Malaysian Student Dept ke, janji rumah org Malaysia. If destinasi percutian ada rumah budak Malaysia yg kenal, confirm lepak rumah tu. Yg tak kenal pun, tebalkan muka tumpang tidur gak. Tp bila org dtg tempat i lak, layanan sama cam gitu gak. Kenal tak kenal asal satu negara, blh aje kasi tumpang...siap masak-masak & bawak jejalan kekadang tu. Semangat kenegaraan tu lebih sikit bila jumpa sesama Malaysia ni.

Dinas Aldi said... BALAS

amboi, dah ada orang usha cik Aiyu tuuhh, kihkihkih

Mick's Mama said... BALAS

Huda. Berseri seri muka you! Apakah rahsianya????

Amy Z! said... BALAS

Haha. Buat mcm umah sendiri je cik Aiyu.

Samala. Kalo check in mana2 mesti check toilet. (Dan katil jugeee.. Haha)

ahkakbatik said... BALAS

hadoi! apesai gambo hang siap lentik badan? tak haci betui!!!
apapun 3 malam le kaktek tido tersengih sebab shue cakap kaktek sweet...ekeke....

CouLeur de Chiqu3 said... BALAS

wahh..sudah pandai bikin small concert ye sikenit tu,,sakan sampai anak teruna org takut..hahah..


*pergh jauh gak jln2..maklumlah US besau ye dak...

PatinPasta said... BALAS

Mai,
Hehe! Cik Aiyu memang ada aura sungguh.. nampak anak teruna orang tu jeling dari atas sofa je ye? :D

Part aksi atas meja yang tak tahan tu. Hehe!

Psst... akhirnya, inilah Kak Tek yang glamer itu ye? Very the glamorous gitu. Hehe! Next time Mai ke sana, bulehlah snap lagi gambo orang tu ye :D

ahkakbatik said... BALAS

pssstt aida... muka berlemoih berkilat tu bukan kaktek... tu bibik dia...

Madam Sooyaree said... BALAS

Mama Yana,
Pakwe ape nye, pakwe pun lari jumpa Cik Aiyu, hihihi

Aqilah,
Kannn.. kalau kat PJ dekat aje rumah dengan Ikea. Kat Amerika.. mak aih! Cik Aiyu pun tak tau ni bila balik, tgh tunggu kad hijau amerika yang tak nampak bayang ni

Farah,
Nasib baik tak pecah meja kaca orang kan, hehehe.. Ehh.. takde entry saje pasal barang kot. Bukan banyak sangat mana beli :)

Konot,
Oh ye ke? Auwww... terharu iolls menjadi gorjes di mata anda, hihih

Nota Cikgu Anum,
Hahahah... itu la pasal kan. Kalau kat tempat sendiri, sombong bonar!

Ina,
Hensem kan anak bujang orang tu :D Mak dah berkenan, tuan punya badan pulak yang awal2 dah reject Cik aiyu :P

TTM,
Hahahha... banyak dah rumah kau terjah? Eh, kurus ke? Iolls 55 kg noks!

Wahidah,
Auww, thanks yang! :D

Unaizah,
Best kan bila jumpa fellow Malaysians, rasa gembira tak terkata. I sebelum ni jarang, sejak ada Cik Aiyu ni semangat lebey sket :D

Dinas,
Nak dekat tak berani, usha dari jauh je la :P

Az,
Hahaha.. rahsia nya adalah Noise Reduction dari Photoscape! :P

Amyz,
Kalau toilet tu cantik, rasa gembira kan, hahaha.. Kita paling kureng kalau sink kat luar toilet, tak best!

Kak Tek,
Kan ari tu dah janji, nak lentik badan sambil tahan napas! Tu sengih macam tersekat aje tu, hehehe

Couleur de Chique,
Kalau kat US, 5 jam tu dekat aje, hehehe... Kalau 2 hari 2 malam baru jauh, hahahaha

Patin,
Alamak, Kak Tek bikin rahsia gambar sendiri ke sebelum ni? Auwww... sorry Kak Tek! Itu le Cik Aiyu, rumah orang ke rumah sendiri, tetap la nak memanjat!

Kak Tek,
Hahahah.. bibik le sangat kannn... bibik Cik Mat kot? :P Macam saya bibik merangkap drebar Cik Aiyu ni ha, penat kekadang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...