Monday, August 1, 2011

Aiyu's 1st dentist visit

Hari tu masa pergi jumpa pediatrician kan, kami adalah berbincang pasal penjagaan gigi Cik Aiyu. Bukan apa, takut nanti kalau jaga tak betul, hitam pulak gigi anak mak. Kang jatuh saham sebanyak USD3 kang. Hari tu dah turun saham USD1, bila muka bertanda kena bucu mana tah. Tolak sana tolak sini, macam mana mak bapak nak beli Porsche ni? 

Tapi, ada ke dentist nak terima budak umur setahun ni? Sat gi kalau dia tanak bukak mulut camne?

Pediatrician Cik Aiyu cakap, ada, dentist gini diorang panggil pediatric dentist. Ooo.. baru ku tahu. Tu la, siapa suruh berangan time kelas Biologi dulu kan. Pediatrician Cik Aiyu pun rekemen satu doktor gigi ni. Cantek lah, tak payah nak google sana sini. 

Bila aku call minggu lepas, receptionist cakap boleh datang hari ni. Wah, mudah nya! Tak macam tunggu nak jumpa pediatrician, bercinta! Mungkin pasal orang jumpa dentist 6 bulan sekali aje kot. Tapi bukan aku le, pasal aku jumpa 6 tahun sekali tak tentu lagi, hehehe.. Tunggu ada hal baru pergi. Dentist and me, erm, takpelahhh...

Jadi, inilah tempatnya. Children's Dental Center of Midland.


Nak jadi cerita, aku hampir terlupa appointment hari ni. Pagi tadi lepas swimming class (iye, hari pertama puasa dah kena dera dengan anak!), Cik Aiyu tido sampai pukul 1.30 tengahari. Bila dah bangun, menyusu semua, seperti biasa dia akan tersengih ala kerang busuk. Aku pun duk belek la gigi dia, dan tiba-tiba..

"Homaigod, dentist appointment pukul 2 la!"

Terus aku berdesup bawak keta, sambil update Cik Abe pasal appointment. Bila sampai di alamat klinik yang aku jumpa di google, boleh pulak kan ada signboard "We've moved to Greenbriar". Terpaksa le aku call klinik, cakap kitorang akan sampai lewat. Takat 10 minit tu ok lagi le kot, ini kalau dah pergi salah alamat, confirm la lambat setengah jam gitu.

Memang betul jangkaan, lambat setengah jam. Nasib baik tak kena jeling-jeling paku dengan receptionist.

Sambil menunggu, Cik Aiyu attack Lego station diorang.


Mak bapak tersandar kelaparan. Lambatnya nak tunggu 8.45 malam! Nasib baik dah pindah ke selatan, kalau rumah lama berbuka jam 9.32 malam!

Tak lama lepas tu, misi panggil masuk. Eh, hensem gak doktor gigi tu, hihihi.. Kitorang macam ada sedikit pelik, camne lah diorang nak check gigi Cik Aiyu ni kan. Selalu kalau nak berus pun dia tak kasi, ni pulak nak check lelama. Aku bayangkan diorang akan strap Cik Aiyu pada kerusi, macam diorang strap orang gila dalam tv tu, hahaha.. Kitorang tanya dia, banyak ke budak-budak baya ni yang datang jumpa dia. Doktor tu cakap, yang umur 6 bulan pun ade. Ok, kira tak la paranoid mana kitorang ni kan.

Bila dah sedia, aku kena pangku Cik Aiyu, dengan dia mengadap aku. Lepas tu doktor hensem datang dekat, dia pun duduk atas kerusi. Dia suruh aku baringkan Cik Aiyu dari pinggang ke kepala atas peha dia. Sambil dia check, tangan Cik Aiyu aku kena pegang, supaya dia tak meronta.

Anakku camne?

Eh eh eh... of course sama dengan mak nye. Terus menangis macam kena dera! Doktor tu sapu ape tah atas gigi Cik Aiyu. Dia ada kasitau, tapi aku lupa. Memula krim warna biru, pastu dia lap lap, letak pulak krim warna putih. Pastu ada cucuk-cucuk sikit pakai besi. Seperti yang aku cakap tadi, aku ni paling tak gemar dentist, jadi nak belajar nama alat-alat di dentist tu, idok le.

Doktor cakap, gigi Cik Aiyu sihat. Takde kaviti. Tak sia-sia belikan dia berus gigi letrik.

Lepas settle semua, diorang kasi itik plastik seekor, sticker "good patient" satu, dengan berus gigi bentuk gunting. Apa kaitan gunting dengan gigi? Aku pun tak tau. Orang kasi, kita terima aje lah :D


Muka awek lepas operasi pembersihan.


Sampai dalam kereta dia sibuk dengan berus gigi gunting dia. 

Agak-agak 6 bulan kemudian, dia nangis gitu lagi tak? :D




16 comments:

Anonymous said... BALAS

Selamat berpuasa Huda N Che Abe.

Canggih manggih orang Amerika. Setahun dah pegi jumpa dentist. Ahkak tak kisah sbb ahkak jenis cam ko juga. Semua ikut schedule. Tapi ada juga subversif yg menghasut tak payah ikut sangatlah. buat perabih duit je.

Tak sanggup ai nengok anak gigi hitam. Sanggup tak makan aiskerim/gula-gula kerana takut akan terjebak. Dah terjebak suka benda gitu..nanti masalah besor.

Azian

Anggerik Berduri said... BALAS

bestnya ade toothbrush bentuk gunting..nak boleh x?????????hehehe kat sini dpt brus gigi elok sikit pun dah kira bersyukur wei..hahaha

:|:TintaKibod:|: said... BALAS

masa anak umur setahun pernah pergi dentist private..
tu pun maknya nk cuci gigi..bwk anak sekali..
pastu doktor tu cam pelik2...macam tak tau nak layan patient kecik ni camana...pastu baru dia ckp..
"bagusnya kecik2 dah anta cek gigi"

hoh ye lah mak paknya bukan ada pengalaman lg kan..tu nak tnya doktor..dah dia pun cam pelik..agaknya kat malaysia ni takde orang anta anak cek gigi umur setahun kot haha...*statement kejam..abaikan eh..

lepas tu mak paknya attack la doktor suh citer penjagaan gigi budak camana..haa pueh hati...

*huhhh nak la beros gigi cam gunting tuh!! hahaha...

liemaopurut said... BALAS

sELAMAT bERPUasa madam sooyaree..

bagus la, cik aiyu kecik2 lagi dah d beri penjagaan gigi. Kita yang besar ni, tunggu sakit gigi baru kelam kabut nak jumpe dentist hikhikhik....

umie said... BALAS

comelnyer cik aiyu...

Ryn said... BALAS

salam kenal..

maybe berus gigi cam gunting senang nak soh baby grip kot..

Selamat Berpuasa.

bonda dadif aka akish said... BALAS

hai2......rope gunting pon boleh kan nak..asal beros gg tuh...

Konot said... BALAS

lepas dah jumpa dentist boleh up sket saham USD15.. teheh.. boleh mak bapak beli porsche..:p

farah said... BALAS

Gigih mummy Cik Aiyu hntar gi dentist, baguslah xde la nnt dah besar2 takut gi dentist cam mummy kan...hehe...
Cecite sket bila kala dapat tgk baby hisap gunting klau x berus gigi gunting tu...kreatip betul la...haha...

FaznFaz said... BALAS

tehehhehe.... merasa laaa ko pose time summer.... hehehheheh!!!! bawak sabar banyak2 heh???

Nanak said... BALAS

selamat bpuasa besan :)
wah, bagusnya kecik2 dah jmp dentist..nanti i nak g jmp dentist bawa Fredo buat check-up sekali la..harap2 doc terima tp takut pulak klu doc tu stress sbb patient kecik tanak bukak mulut..haha..

sri hati said... BALAS

bagusnya cik aiyu..kecik2 dh belajar jupe dentist..nnti dh besar senang ..xde nk mengelat xnk g skolah takut dr gigi hehehe..

ahkakbatik said... BALAS

cik mat tak pernah pi dentist... anak jantan gigi putih berseri tak macho lah aiyu kan ...kannn..... kannnnnnnn....

Dinas Aldi said... BALAS

janji gigi sihat & kuat, nangis sikit pun takpa kan cik Aiyu! good girl!

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Azian,

Terima kasih, samalah pada kak, pergi bazaar Ramadan jangan lupa kat saya, hehe.. Hihihih.. anak kita tak minat pulak makan ice cream. Agaknya tak sanggup nak jadi mak bapak, yang mesti pekena aiskrim sebelum tido. Mana tak naik badan!

Aqilah,
Takat kita ni, boleh gosok gigi depan je kot, hahaha.. Itu berus gigi murahan kot, bentuk je yang menarik :P

Tinta Kibod,
Hehehe.. orang Malaysia ramai takut dentist kot! Contohnya saya, hehehe.. Susah nak belek gigi budak kecik ni, kena berlawan dengan dia baru ok!

Liemaopurut,
Thnaks laling! Sama lah pada awak juga tau :) Hehehe.. what to do. Kalau dentist tu chef ok la kan, best aje nak jumpa selalu :P

Umie,
Thanks dear :)

Ryn,
Salam perkenalan. terima kasih sudi singgah blog kita :). Mungkin la kan, besar permukaan nak pegang. Tapi susah nak masuk sampai belakang!

Bonda Dadif,
Itu lah, asal beruss... Berus gigi Aiyu ni misteri sket, selalu nau hilang!

Konot,
Huk aloh, tak balik modal beb, jumpa dentist dah USD57! :P

Farah,
Hahaha.. betul betul, kalau tak, memang takkan la baby dapat pegang gunting, nehi!

Eila,
Dulu ada jugak aku puasa time summer kat Canada, tapi time tu takde anak nak disusukan, pastu aku kat sana 10 hari je kot. Ini sebulan! Sebelum ni kalau puasa je aku lari balik Malaysia, hehehe

Nanak,
Thanks laling! Hahahah.. nanti doktor tu akan paksa, mesti ada bahagian tangan doktor tu macam kena gigit, nak tahan bukak mulut punya pasal. Nasib dentist kan, hihihih

Sri Hati,
Tak tau gak Sri, ada benda yang kita buat hari-hari pun, diorang tak suka jugak! :P

Kak Tek,
Hihihi.. betul betul, sambil tu muka pun takleh licin sangat tau Cik Mat! :P

Dinas,
Betul tu, nangis pun kejap aje, bila dah keluar senyap dah. Takut bila umur 2-3 tahun nanti yang panjang cerita nya :P

Amy Z! said... BALAS

kecik2 dah antar gi dentist. bagus ok. nanti dah besar takde la takut dengan dentist. pelik kenapa org mesti takut ngan dentist. hihi.

selamat berpuasa nurul dan cik abe.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...