Tuesday, August 2, 2011

Hari santai

Laporan menu 1 Ramadan:- 


Ayam panggang terkangkang. 

Aku makan dengan nasi ayam, Cik Abe makan dengan roti. Lantak, asal ayam tu jalan sudah.

Semalam adalah hari yang agak mencabar untuk aku. Mungkin pasal tak sahur kot. Tu la, padan muka sendiri. Dari pagi dah mula sakit kepala, bila lepas berbuka aje, terus sakit kepala tu berganda-ganda. Nak makan ubat, aku cam malas sket pasal still menyusukan Cik Aiyu, jadi aku baring je la. Pas tu minum banyak air kosong. Alhamdulillah bila dah bawak ke tengah malam, sakit kepala berkurangan. Pagi tadi pun semangat sikit, bangun sahur. Bantai nasi ayam lagi, hehehe... Kalau tak habis nanti, membazir kan? :D

Hari ni, si kecik takde kelas swimming. Lega sket aku. Penat jugak kelas swimming dia tu, banyak tenaga nak pakai, pasal cik kak kita tu semangat semacam bila dalam air. Letih aku nak melawan arus. 

Jadi hari ni, kitorang guling-guling tengok tv aje.


Ooh.. yang belah kanan Cik Aiyu tu, boipren baru. Boleh menyanyi lagu ABC. Lembut dan kecik sket dari Tickle Me Elmo. Selalu kalau nak Tickle Me Elmo tu bergetar, Cik Aiyu kasi kat aku. Dah satu hal pulak nak tekan Elmo tu sampai 3 kali, kasi di bergetar. Pastu sekali tak cukup, berkali-kali nanti dia duduk kat kaki aku mintak getarkan Elmo dia.

T__T

Walau ada boipren baru, boipren lama tak tinggal. Kena adil dan saksama, bawak dua-dua tengok tv.


Kusyuk.


Oops, sorry, kantoi tak puasa, hehehe..


Double sorry! Siapa yang ada anak bujang, sila tutup mata anak memasing hokay. Ini namanya kegembiraan terlampau, sengih sambil terkangkang. Sama macam ayam malam tadi. Nasib baik pakai spenda. 


Makan balik.


Flash lagi!


Gamaknya ni time berita kot, hihihi... 

Macam mana dengan kekawan yang lain, puasa ok tak? :)




22 comments:

bonda dadif aka akish said... BALAS

haishh cik aiyu neh....nape la kamoo neh comey bebenor....geram btol autie...neh yg rase nk bby gal cpt2....

=)

Konot said... BALAS

haishhh aiyu! jangan kangkang2.. kang turun lagik saham USD10! :)

so mai, cemaner, penat tak posa & breastfeed? aku dah pencen.. last 3 years posa and breastfeed + pump! *pengsan*

Farah Zazreen said... BALAS

cik aiyu yg comey...........x pose ye..........sama la ngan kak ayra....bile tny pose x???? bkn main jawab pose......lepas tu mintak nenen..........hehehe

Anggerik Berduri said... BALAS

wah.. dh ade 2 BF lah now..hmm bersatu pun di sofa yg ade gmbar BF..hiks

ee suka tau kangkang² gitu.. auuwwww hahahahah

Niza said... BALAS

Cik Aiyu bila senyum mcm mamanya...hehe

Dok sopan2 ek cik aiyu jd gadis melayu terakhir .

TopsyTurvyMum said... BALAS

Ayam tu khusyuk sujud solat terawikh ko panggangkan dia..haha

CIk Aiyu, Amjah pun belom posa:)

farah said... BALAS

Memang santai tul cik Aiyu posing haha suka aunty tgk lagi2 kat atas sofa kecik tu...haha geram2...
Selamat Berpuasa to u there, hopefully x terliur la kan setakat cik Aiyu makan biskut tu...hehehe...

NuR si CiKGu RiBeNa said... BALAS

sopannya gamba yg last tu
mcm anak dara sunti melayu terakhir..hehe

Nota Cikgu Anum said... BALAS

lahaiii..feminin nyer kelip ketip sepit rambut cenggitu..

HoneyDear said... BALAS

manis dah anak dara dia,
senyum lawo!
gigi dah penuh~

Amy Z! said... BALAS

waaa.. ayam look sedap.. ceh bila lapar ni, semua pun nampak sedap. ahaha.

takpe. esok kita publish gambar lauk pasar ramadhan pulak. hahaha.

ekeke.. Aiyuuu... excited tengok tv. sampai ternaik-naik kaki. hahaha.

Takpelah. mama Alam maafkan sebab belum akil baligh lagi. ahaha.

Yours Truly said... BALAS

nurul, your ayam marvelous looking heheee...hugs to cik aiyu!

shuhada said... BALAS

hahhaha...terkangkang2 tengok tv..hahhaha...kelakar 10x

アヌム ちゃん said... BALAS

comel nye elmo die..nak pinjam boleh? heeee

selamat berpuasa kak :)

penatnya puasa hari ni.huhu

Anonymous said... BALAS

wahhhhh ayam golekssss..windu kat ayam goleks my mum( parent wawa niaga ayam golek 11thn dh) tp ayam kita org trkepit x trkankang..hehehe..
time posa neh ayam golek lariss jerk kt mlaysia neh..hehehe
pic cik aiyu yg last pling so sweetttt...hehehe..

Nanak said... BALAS

sebaik Fredo tgh tido...haha..gmbr last tu mcm kesian..mak tak topup biskut ke?hihihi

ctm.zainal said... BALAS

muka bahagia tgk cite ape tu, cik aiyu?? amboi2.. sampai flashing2.. sesuai la.. :P

Wahidah said... BALAS

cik aiyu nak bawa larik cik aiyu ne bole dak..geramlaaa

ayang said... BALAS

Apa yang dapat di lihat, cik aiyu bila suka tahap gaban tu mesti sampai pegang2 kaki.. Paparazi lak, pilih port baik punya... hehehehe

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

wah..tak berenggang dengan bf yer :) macam2 aksi tengok tv..hehehe

Nisa Ali said... BALAS

Best la Cik Aiyu ade 2 bf..Pinjam 1 blh?

Madam Sooyaree said... BALAS

Bonda Dadif,
Hehehe.. haruslah auntie beranak lagi, hehehe

Konot,
Penat tak penat la.. sib baik aku tak keje. Bila penat landing, hehehe

Farah,
Hahahah... ni tak reti menjawab lagi, menceceh pakar!

Aqilah,
Hehehe.. cinta hati di mana-mana kannnn :P

Niza,
Auww.. thanks laling! Suka tau, hehehe

TTM,
Hahahah... aku memilih sket, nak ari ayam pun, ayam yang alim :D

Farah,
Hehehe.. biskut tu tak sangat, tapi bila buatkan dia grilled cheese sandwich, iman tergodaaaa

Nur,
Hihihi.. satu aje, yang lagi 2 tu terkangkang! :P

Nota Cikgu Anum,
Rambut depan dah masuk mata. Pak nye tak kasi potong, tu sepit je memanjang skang

HoneyDear,
Thanks dear :) Gigi dah 16, nak buat camne

Amyz,
Hahaha.. best la korang, ada pasar ramadan. Sini orang siap makan eskrem tengahari, hihihi..

Yours Truly,
Thanks kak! Nanti saya gomol Cik Aiyu, k!

Shuhada,
Penuh perasaan I tell you, what to do

Anum,
Kenapa penat semalam laling? Tak sahur kot?

Wawa,
Best nye mak berniaga ayam golek, hari2 leh makan! Kita skang teringin ayam percik mak kita, hihihi

Nanak,
Gambar last tu diorang dah habis nyanyi2 kot. Dia selalu syok time lagu je :P

CTM,
Apa lagi, Elmo's World la kak CTM!

Ida,
Nak pinjam boleh, takut ada yang pulang awal kang, hihihi

Ayang,
Hahahah.. ya betuulll!! 10 markah! Paparazi tak sangka dia nak kangkang, tapi dah alang2 kann :P

Elissmie,
Biasalah dia, time nak dekat dua-dua dia heret. Kalau tak dua-dua dia tinggalkan merata!

Nisa,
Boleh aje, tapi kena datang sini le :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...