Friday, August 19, 2011

Ber picnic bersama si kecil

Oh tidak, minggu depan bebudak dah mula sekolah.

T__T

Stress macam anak aku yang sekolah kan. 

Bukan apa, belakang rumah kitorang ni sekolah. Junior High School. Bak kata Cik Abe, zaman sekolah paling tak elok, pasal time ni le bebudak rasa diorang la yang maha tahu segalanya, pastu nak eksyen tak tentu pasal. Echeh, pengalaman diri sendiri le tu kot, haha. 

Aiseyman, lepas ni kena lah bawak kereta pelan pelan bila nak sampai rumah. Sini kalau waktu sekolah, kena slow down to 20 mph di kawasan sekolah. Kalau tak, 35 mph pun ok. Benda-benda camni kalau kat Malaysia, mampuih pi la, kekadang ikut, kekadang tak kan. Tapi kat sini jangan buat main, tau tau aje ade polis menunggu kang. Sama la dengan Stop sign. Sila stop. Kalau tak, dapat surat chenta nanti. Nak kenyit-kenyit mata tak berani, iolls kan Prisoner of Azkaban skang, hehehe...

Tadi kami pi mall, nak beli barang Victoria's Secret orang lagi. Mak aihh... punya lah ramai manusia! Rupanya hari ni sampai Ahad adalah tax free day untuk barang-barang keperluan sekolah. Texas tax rate is 8.25%, jadi memang dapat jimat banyak la kan. Ramai aku tengok pergi shopping baju. Time ni la rasa best sekolah kat Malaysia, tak yah pening-pening nak fikir esok pakai baju apa. 2 pasang baju tu le pakai dari bulan Januari bawak ke Disember. Kasut sepasang aje, hujung minggu kapur. Basuh tak tentu, malasss... hahahahah...

Memandangkan cik kak kita hari ni baik hati tak meronta mintak turun stroller, aku pun ajak la dia picnic petang tadi. Bukan jauh mana pun, depan rumah aje, hehe. Pasalnye nak kasi dia makan popsicle, kalau kasi dalam rumah, sendiri faham la. Sendiri yang penat mop kang. Jadi kitorang pun duduk kat luar, sambil skodeng orang yang baru balik keje.


Lapik kotak-kotak merah putih takde, jadi pakai towel merah aje. Aci tak?


Keh keh keh... mak pemalas, buat popsicle jus epal aje. Masam le tu, hehehe... Nak rasa takleh, pose!


Masam pun, masam lah....


Cik Aiyu buat refleksologi di luar. Nasib baik Cik Abe dah siap-siap potong rumput sebelum dia pergi. Nak harap kat haku, memang takde harapan lah. Hey jiran sebelah, tengok lah rumput ku... Hijau kannnn????

Hari tu kutuk ye, rumput kita bisa bikin kambing tercekik. Tengok, skang dah mesra alam dah. Kambing makan rasa macam ulam dah.

Nak tau tak rahsianya???

?

?

?


Ni haaa..... Itulah dia sprinkler nye. Dua hari seminggu kitorang pasang selama 20 minit, nak kasi rumput minum. Tunggu la kau bil air bulan ni, tidakkk!!!!


9 comments:

farah said... BALAS

Alololo cam syok je tgk cik Aiyu berpiknik dpn rumah, even menu popsicle & air kotak je. Hehe. Sungguh summery rasanya. Kat Mesia nak piknik dpn rmh alamat kejap krg dpt sunburn la plk kan :) I pun gembira dgr arini sale, nsb baik online xde sale jgk...hehe...

P/S: While tgk entry ni, si Fatehah ada dpn laptop dgn I. She called cik Aiyu "baby" and siap kissed screen laptop mana ada gmbr cik Aiyu. Haih anak (^_^)

Anonymous said... BALAS

Berpiknik? Alahai napa tak pakai polkadot bikini. Sambil piknik kan boleh berjemuran. Oh! baru tingat chek aiyu orang m'sia. dia tak berjemur. hihihi.

Azian

Dinas Aldi said... BALAS

Comel sungguh muka hisap popsicle masam tuh, kahkah!

Amyz! said... BALAS

Mak Aiyu tak join soping baju sekali? Tax free tuu.. Hihi.

Kalau cuaca baik ptg2, mmg best berpiknik dpn rumah. Kat sini, kalau ptg tak panas sgt, mmg bwk Alam jalan naik tricycle keliling taman. Tp yg malasnya kena ganggu dgn anjing. Nak jalan pun susah. Kesian Alam asik terkurung je dlm rumah. Huhu.

Aik. Terpanjang plak komen. Haha. Sorry laling. Haha.

Nota Cikgu Anum said... BALAS

ni ai rase mcm nk runtuh jer pagar umah ni. x mesra jiran kn. tgk cik aiyu leh main2 dari laman ke laman :)

Syima Syaz said... BALAS

makin galak dah dia....
napa tak join shopping? lemas ek? kat sini pun blh tahan lah...sib baik org kita, kalau cha.ya mmg...dush dush!

Nanak said... BALAS

hbs ke mkn popsicle tu sayang? pejam celik cik kak tu dah main basikal kat laman..

p/s
Fredo belum ada bakal adik lg dear...hihi..kasi dia besar sikit tp klu 'ter' terima dgn hati tbuka..bukan takde bapa pun..hahaha

Madam Sooyaree said... BALAS

Farah,
Itu bukan air kotak, Goldfish crackers, hehe. Sini pun kalau takde pokok jiran, memang burn! Itu tunggu matahari terlindung, baru keluar rumah. Haahahaha... baby yeee Fatehah... awak tu apa? :P

Kak Azian,
Yellow polkadot bikini takde, pakai yellow and white ok le kot, hehe. Cik Aiyu tu memang suka bojel, jangan buat main. Skang ni berperang nak sarung diaper dia!

Dinas,
Lenkali kita buat asamboi la pulak kan, hehe

Amyz,
Tak dan nak shopping, anak dara tak suka shopping! Eh, boleh eh naik tricycle. Kita takut yang ni bikin terjun tiruk pulak kang. Rumah sebelah ni pun ada anjing tak pandai. Dah lama kita duduk sini, masih nak menyalak T__T

Nota Cikgu Anum,
Hehehe.. sini mmg stail takde pagar. Cuma kita kena jaga gak, jiran sebelah kekadang anjing dia berak depan rumah. Sungguh tak elok

Syima,
Hehehe... takleh la yang. Ada orang tu dah pandai protes tak suka shopping!

Nanak,
Habis tau, jangan buat main! Hahahah... betul betul, Fredo senior kan ada :P

ahkakbatik said... BALAS

cinonet je sprinkler!!.... macam release coughing at the stairs je...(melepaskan batuk di tangga daa....ekekeeee....)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...