Pagi tadi, kami ke airport.
Hantar Cik Abe ke Denmark. Eh, idok le kami pun sampai Denmark. Kami sampai aiport aje, Cik Abe le yang sampai Denmark nanti. Ada kursus kat sana. Cer teka, kursus tu sampai bila?
?
?
?
?
?
2 September.
Eh, bukan hari raya Aidilfitri 30 Ogos ke???
?
?
?
Memang le...
Nampaknya, raya berdua je la aku ngan Cik Aiyu. Dah la pes taim beraya di Amerika ni, cisss... Tu la, dulu eksyen sangat. Pantang bulan puasa, terus lari balik Malaysia. Skang ni, padan muka kau. Semua pasal USCIS haprak yang tak reti reti nak siapkan green card aku. What to do. Terimalah dengan hati terbuka...
Ingat lagi dulu, pes taim raya sesorang kat oversea. Tapi time tu aku kat Kuwait, so still bahang raya tu terasa. Negara Islam kan. Dah semangat-semangat plan nak raya kat embassy, tup tup malam raya kena keluar kerja. Hamik kau, beraya la kau kat rig. Nasib baik time tu ada satu Egyptian crew, datang bawak baklava kasi kat kitorang. Tahun ni, agak-agak ada orang datang nak kasi kuih raya tak? Hahah.. kalau susah-susah, nanti aku beli red velvet cake kat Starbucks lah. Yang tu layan gak, hehe...
Masa kat aiport tadi, aku sempat skodeng orang yang beratur depan Cik Abe. Gang ya auw auw, tengok betis pun tau. Licin you! Yang aku pelik, awat la dia bawak sepasang kasut kat luar bag. Takut kemek kah? Nak kasi pengudaraan kah?
Rupanya ada orang tu nak travel in style. Selamba badak dia aje, jalan pergi tong sampah jap, pastu buang kasut yang dia pakai tadi. Dengan stokin pun dia buang sekali. Nak kata kasut tu tak elok, nampak macam elok lagi. Lantak le, asal bukan dia buang kasut aku sudah.
Sementara mak skodeng orang, anak tersandar di stroller. Tadi dalam kereta dia tido, jadi cas bateri jap.
Selepas sedar diri, member pun meronta nak turun. Apa lagi, nak tawaf kawasan le tu. Yang bapak nak pergi kan, layan lah anak nye jalan-jalan dalam airport.
Sebelum daddy pergi....
Cik Abe risau, nanti time dia kat Denmark ni Cik Aiyu mula bercakap. Dulu masa mula berjalan pun, dia kat Midland kan. Time tu kami di ND lagi. Bukanlah risau, jeles sebenarnya. Tak dapat tengok perkembangan anak depan mata.
Macam hari ni, Cik Aiyu mula minum susu putih lebih dari se sedut. Kami dah jumpa trick, dia nak minum susu dari cawan orang besar. Sippy cup dia tak layan dah. Tapi kang kalau aku kasi cawan betul, agak-agak banyak masuk perut ke, atau banyak yang tumpah ke lantai?
Immediate solution:
Kasi cawan Starbucks mak. Straw takleh nak cabut, memang elok sangat le tu. Nanti esok-esok kita cari cawan baru k laling.
21 comments:
alololo siannyer raya berdua jer. sib baik dah biasa raya diperantauan.. kalau ai? konfem meraung!!
cik aiyu yang comel.. tunggu daddy balik la baru cakap.. siannn daddy dia...
nampak muka aiyu sugul masa ngan daddy ... sedih sgt kut
xoxoxo,
elen
huda, best nya dapat bg anak minum fresh milk. erma nak sangat aariz minum tapi susah sangat nak masuk mulut. macam macam trick buat tapi dia tak nak.btw, tak best nya raya sensorang.dah la perantauan. feel raya takde kan.
Owh shahdu nyer nanti mummy cik aiyu.. raya berduaan aje . Kalau dengar lagu raya cam dendang perantau , dari jauh ku pohon maaf, ku pohon restu ayah bonda, sepasang kurung biru, pulanglah, setitis cahaya di aidilfitri, musafir di aidilfitri lagi la sedey bangat.
amboi gigih cik aiyu minum susu..besau cup dr mulut :p
alamak!! raya berdua aje ker?den yang baca lak terlebih sedih. Rasanya kalo den la duk situasi sooyaree...mau meraung 48 jam x henti2(ober la plak eh.
akhirnyeeeee...dapat jugak nak bg cik aiyu kite minum fresh milk.tahniah..tahniah...eh!!nak tahniah kat emaknya ker anaknya?? ekekekeke
cik aiyu jangan sedih ok daddy takde...kak.kasut peltaling street kot..kekekeke :P nanti ajak ler cik aiyu buat ketupat sesama..ekeke :P berperang2 pulak ngan dier nak siapakan ketupat sebijik kan..hahha :P
selamat hari raya kak..jangan sendu2...:P kalo cik aiyu boring meh kawan ngan Awan Nano..hehe
amboi.. kecik² sh pndai mnum starbuck.. erk sdapnya kalau dpt frap pepanas gini.. gulp
Huu.. Mesti sayu di Aidilfitri.. Uhuhu. Sabo je la..
Kalo marah sgt, kita bakor USCIS tu. Kita bakor..
Takpe. Sbb kat oversea takdela terasa sgt. Cuma jgn baca blog2 org yg post gambar ketupat, rendang, lemang tu tau.. Haha.
Kan? Budak2 ni kdg tak mau minum kat sippy cup dia. Nak minum kat cawan biasa. Wpun air tu byk tumpah ke lantai T_T *mak nangis sambil lap lantai* haha.
siannya ko..... ko gi laaa lepak ngan gang malaysia kat sana, takder laaa sunyi sangat!!!! (kalau ada....) hheheh!!!! ko nak aku pos apa-apa tak??? kuih raya ke, serunding ke???
uish mak xleh bayang raye d perantauan sorg2. mesti mak meraung. ni nak balik kg 2 jam jer pon, dah dekat setengah taun plan :)
raya berdua..alahai kesiannya. nape tak ikut hubby ? :)
ala...ciannnn raye ber2 aje....aduhaiiii....tegar sgh hati muh huda....
sabo ya aiyu.....
muah2 sket utk aiyu...
=)
Sedihnya I dgr korang beranak beraya ber-2 je...tabahkan hati ye Nurul & cik Aiyu. Raya sebulan ada baki lagi utk beraya bersama suami & dedi. Masak ketupat/rendang pun tunggu lps 2hb tau...hehe...
**klau nak kuih raya, bgtau je. Insya-Allah, bisa dipos *winks*
alaa ciannya raya berdua je. Takpa nnt daddy balik cik aiyu bawak daddy beraya umah jiran jiran.. walaupun jiran tak raya hehehe
takpe..kejap je tu..:)
ala la la la...cedihnya muka dia.. muka mummy mesti lg sedeykan.. kita orang kt sini pun sedey gak sambil makan ketupat n rendang mak serta biskut2 raya masa raya nnt...keji kan..hehehe...
ai nak kirim snow globe dari denmark seketul dua pls..medium size..TQ laling..bisakah che abe mu belikan..:P
Takpa, sekurang2nya ada gak cik Aiyu buat teman masa raya ni, lebih baik dari raya sensorang :)
Comel sungguh mulut cik Aiyu dok menyedut susu tu, nampak pulun sakan tuh, kahkahkah!
kompem me ikut... kalau stephan pi kursus ke apa :) no way nak tinggal sesorang......... harap bersabarlah beraya berdua aje.. atau pi lah rumah malaysian yg dtg rumah narif hari tu.. atleast terhibur gak.
Konot,
Mana ada biasa laling, selalu raya wa balik Malaysia, heheeh.. Takpelah, ok kot. Insya allah...
Elen,
Tampak aje, pas tu umpan ngan biskut teddy bear, terus girang
Erma,
Dia ni ikut mood jugak nak minum susu, tapi I duk sua everyday, lelama dia boring kot. Yup, raya takde feel, puasa pun tak feel sangat. Takpelah, nak buat camne kan :)
Niza,
Hehehe.. lagi musafir di aidilfitri itu memang sedey ok! Haruslah layan youtube aje raya nanti :P
Blu4sky,
Hahaha.. lebih cup dari badan kan! Orang tamak memang gitu
Liemaopurut,
Takpe lah, takde rezeki tahun ni nak balik. Tahniah pada anak kot, pasal cas dah dewasa sket aa, haha
Ayuraza,
Buat ketupat? Haku pun tak reti, hahaha... Insya allah tak sendu laling. Eh, sudikah Awan Nano berkawan dengan Cik Aiyu?
Aqilah,
Haaa.. beli yang java chip hokay. boleh main gigit2, auww!
Amyz,
Bakor kang, dia campak haku keluar, haku terbakor, hahaha... Alam ok tak minum susu? Ke still bf full lagi?
Eila,
Malaysian ada, tapi 2 hours away. Nak drive ngan Aiyu ni, alahai.. takut ada drama atas jalan. Eh takpe la beb, sini makanan susah la nak bawak masuk :(
Nota Cikgu Anum,
Hahaha.. orang Melaka ke ni? :D
Elissmie,
Tak boleh keluar US la dear, kalau tak dah lama punch card balik Malaysia, haha
Bonda Dadif,
Auww.. thanks dear, really appreciate it :)
Farah,
Hehehe.. gamaknye gitu le kan. Nasib baik Lissa kasi nasi impit, kalau tak ade yang kena DIY kang :P
Mama Kembar 3,
Jiran sini tak happening, takde rumah terbuka! :D
Nanak,
Itu la kan, I tak sabar nak balik Malaysia ni sebenarnya
Kak Lyza,
Hek eleh... ayat bakor tu. Snow globe tu takut di reject le Kak Lyza, Cik Abe bawak beg kecik aje. Tau2 aje la kan dia, datang Malaysia pun boleh lenggang kangkung
Dinas,
True, kalau sesorang lagi la kann.. Ni nak ajar Cik Aiyu mintak maap ngan mak dia ni, hihihi...
Chibi,
I takleh keluar US, or else memang ikut, tak pun balik Malaysia. Tu yang boring, kalau nak travel pun, within US (sib biak US besar, hehe)
Nurul, ok la minum susu dlm cawan. Tak dpt nak full bf lagi. Produksi menurun. Huhu. Tp sekali ambik je sehari weekdays dlm 4oz je. Weekend, melekat ko.. Lembik mak dia. Haha.
Post a Comment