Tuesday, August 30, 2011

How did you celebrate your raya?

Selamat hari raya semua! (kecuali orang Ostolia, hehehe)

Hewah hewah... korang ni melampau tau. Haku bukak FB malam tadi, tengok memasing dah upload gambar raya bersama keluarga terchenta. Ramai yang sedondon lak tu. Lagi best semua upload gambar sebelum jam 12 tengahari, very the pantas. Terima kasih kepada teknologi zaman skang, tidak perlu lagi mencuci gambar, letak dalam sampul surat, dan pos pada keluarga terdekat. Koman koman mau seminggu lepas raya baru sampai. Tu pun kalau posmen tak cuti lama.

Teknologi juga membantu kami yang jauh beraya bersama keluarga di Malaysia.


Tengok tu, anakku ber Skype dengan sepupu dan mokcik pokcik nye. Meriah betul, macam-macam aksi dan bunyi keluar di skrin, nak attract attention Aiyu punya pasal. Sempena raya ni, 2 round kami Skyping. Malam tadi dah ada conference, sempena pagi raya di Malaysia. Pagi ni video conference lagi. 

Walau kami di US, nak jugak lah terasa hari raya kan. 

Sebagai contoh, menu raya kenalah ada. Gigih aku masak rendang daging semalam, nasib baik jadi. Tu yang kena upload, hahaha...


Kak Tek tak puas hati, mana aku dapat kerisik. Baru tipon ucap selamat hari raya, maaf zahir batin, dia tuduh haku pakai rendang instant. Ehh kak, see the leg la hokay :P Ini semua patut terima kasih pada Melissa & Imran, pasal diorang la yang gigih provide kerisik, nasik impit masa datang berbuka hari tu. Harap kat aku, mana la nak ingat beli tu semua. Kata dah bajet nak balik Malaysia time raya kan. 

Kad raya gantung-gantung pun ada tau.....


Cuma yang ni tak yah gantung, boleh berdiri you! Ini pulak terima kasih pada CTM, hantar kad raya kat kami. Thanks laling, me likey! Letak tepi tv lagi, supaya boleh tengok selalu, hehehe...

Cik kak kita seperti biasa, lepas tengok tv sedas dua, mula dengan aktiviti membaca. Alaa... sini bukan ada rancangan Sampaikan Aidilfitri pun. Sah sah pepagi tengok kartun aje.


Tapi lelama tu tengok dia makin tak keruan. What happened la dey?


Rupa-rupanya member nak kaki. Cabut kain baju kurung baru gembira sikit. Kain kurung ni agak panjang, walau baju sendat di perut. Aku bajet tukang jahit ni anaknye ala-ala Gisele Bundchen, pasal kain Cik Aiyu kena tarik sampai bawah ketiak, baru ok. Nak alter, mak nye kelas jahitan fail. Takat butang tercabut tu reti le, tapi kalau dah part nak pendekkan kain, wa surrender.


Lepas tercabut kain, baru la selesa nak buat aktiviti kannn...


Toksah cakap anak, mak nye pun sama. Skang ni pun tinggal baju kurung aje, kain kurung wa campak tepi. 



Oh, sebelum terlupa...

Selamat menyambut hari kemerdekaan dari kami sekeluarga dan Kimora Lee Simmons!

Ehhh... apa kes? Kimora?


Yup, it's true! :D





13 comments:

June said... BALAS

kimora pun pandai ckp melayu hahaha... lawak btl

farah said... BALAS

Alololo laling cik Aiyu comelnyerrr berbaju kurung :) Mmg ayu sekali, mesti bakal2 PIL x senang duduk tgk...hehehe...wlaupun separuh jln dah cekci tp aunty applauded your effort ye :)
Si Fatehah 2 days before Raya ni demam la plk tp ttp aktif mcm biasa cuma kesian mommy la x blh jalan raya sgt...huhu...btw semorang kat rmh I pagi ni pakat2 menggunakan toilet secara berjemaah sbb smlm perut memasing dah shocked, masuk trlebih makanan. Arini jln2 raya terpaksa beringat...hehe...
Have a happy 2nd day Raya Nurul!(eh ada ke??)

Dinas Aldi said... BALAS

Bab baju kurung tak berkain tu memang konpem adalah pesen yg paling selesa, kahkahkah!

Selamat hari raya & maaf zahir batin, Huda!

Madam Sooyaree said... BALAS

June,
Hahaha.. dia Google kot. Tapi prihatin jugak la kan dia ;)

Farah,
Mana gmabar Fatehah? Bak sini la sekeping dua :D Aiyoo.. kesian korang sakit perut berjemaah. Kita hari ni dari breakfast bawak ke supper tibai rendang. Dah habis dah 1 lb, makan sorang. Santan setin, hadoi!

Dinas,
Kannn... zaman sekolah dulu pun selalu buat hal gitu, hahaha.. Tapi baju kurung sekolah makin lama makin nipis, auwww!

syarqiah75 said... BALAS

salam aidilfitri...:) kim salam kat cik aiyu yg come lotee tuhh..:))

Nazayiena said... BALAS

hai cik aiyu hari raya x hbs lg kain dah campak tepi.....serupalah dgn anak aunty kat sini....

Nazayiena said... BALAS

hai cik aiyu hari raya x hbs lg kain dah campak tepi.....serupalah dgn anak aunty kat sini....

Min said... BALAS

selamat hari raya huda, aiyu and cik abe :) pasal kimora's tweet tu, i've seen a few similar ones from her mentioning malaysia and cakap melayu. apa relation dia ngan malaysia ek?

ctm.zainal said... BALAS

I am so happy the card reached you in time.. Ingatkan seminggu dah raya baru nak sampai... hehe.

ahkakbatik said... BALAS

laaaa si Lisa Imran tu ghopernya... depa mai Dallas beraya... awat depa tak pi kg tgh? awat?!! awat!!!!???.... depa tau kalau depa pi, depa yg kena masak kot... muaahahaaa... gelak laksa tak abeh lagi...

Madam Sooyaree said... BALAS

Syarqiah,
Salam aidilfitri pada awak juga :) Insya allah.. :)))

Ina,
Hahahah... mak nye kain maintain tak? :D

Min,
Selamat hari raya to u too :) Tak tau la, kot kot dia dulu duk Malaysia kot? Nak kata belajar, jarang org belajar BM, selalu bahasa Indonesia

CTM,
Hehehe.. don't under estimate Pos Malaysia! :P

Kak Tek,
Iye le, Lisa mana lagi :P Kak, kalau saya takde anak pun, 2 minggu sekali saya pi Dallas tu. Midland apa ada :D Takpe, saya tunggu green card aje ni, pastu ca alip but!

Shue said... BALAS

Selamat Hari raya utk Madam Sooyaree & Incik Abe serta Cik Aiyu~

Konot said... BALAS

selamat hari raya aiyu and mai aiyu!

bukan kata uolls jer yang campak kain baju kurung, kitorang ni pun kalau tak sebab pegi beraya memang dah salin tshirt dgn suar dah!!

panasssss!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...