Thursday, August 11, 2011

Perasaan anda apabila digelakkan....

Negara omputeh ni kan, banyak betul cengkadak tau.

Macam hari ni, entah berapa jam tah Cik Abe bertapa di DMV, nak pass car inspection. Jangan tak tau, kat Texas ni kereta kita kena check tiap-tiap tahun. Jadi nye kat kereta ada 2 sticker, satu road tax, satu lagi car inspection. Kimsalam la kalau ada hajat nak bikin kereta overdose, pasal tiap-tiap tahun mesti sangkut punya, hehehe.. Pastu lesen kereta lak ikut negeri. Lain negeri, lain lesen. Wajib tukar lak tu. Dalam duk canggih manggih ni, tau tak berapa lama diorang amik nak renew lesen? 2-3 minggu kau! Cepat lagi JPJ tak?

Masa Cik Abe di DMV, aku ngan Cik Aiyu kemas la rumah sket-sket. Erm, aku yang kemas kot, Cik Aiyu un-kemas kan. Nak jadi cerita, terjumpa pulak skipping rope dalam lemari kami. Lemari bilik kami ni ala walk in closet, tapi idok le besar macam lemari Carrie Bradshaw. Cukup la untuk tembus dari bilik air ke bilik tido gitu.

Aku dulu rajin gak skipping ni. Skipping is one of the most effective exercise tau, jangan buat main. Tapi kau kena skip dua kaki serentak le, bukan macam main getah gitu. Nampak senang kan, cuba kau skip 50 kali terus menerus? Kompem semput! At least untuk aku le, hehehe... Anyway, since dah terjumpa, aku pun cuba la lompat...

Tiba-tiba aku dengar suara sumbang dari atas katil gelakkan aku.

T__T


Cissss.... sampai hati Aiyu!

Mementang la mak kau jarang exercise, sekali exercise kena gelak ngan anak. Makin aku cuba, makin kuat gelak nye. Bertuah punya budak. Terus patah semangat nak melompat lebih tinggi.


Oh, hari ni dalam sejarah Midland. Hujan lebat kau. Siap guruh lagi. Haruslah esok keluar paper, hahaha...


Tengok tu, ada air bertakung. Pemandangan begini adalah amat jaranggg sekali berlaku di sini. Diorang kata last hujan lebat adalah Oktober 2010. Voley?


Time aku keluar nak amik gambar, dengar suara budak-budak kegembiraan. Jengok punya jengok, rupanye anak jiran kat luar main hujan. Hek eleh, jakun le tu. Seronok betul diorang, siap menyanyi lagi. Cik Abe kata diorang nyanyi lagu Katy Perry. Iolls tak tau, jarang dengar radio. Motif laki ku boleh cam lagu Katy Perry? Sila jangan tanya, ok.


Orang Malaysia yang tak jakun, masuk balik rumah. Pekena Milo panas lagi best.

Nota tambahan: Iye, acik tak puasa. Dah 4 hari dapat cuti bulanan, hihihi

23 comments:

Poist-en Ivy said... BALAS

puasa!! tak blh minum milo.. although hot milo sounds really good di opis yg sejuk ni..

Mama Aiyu pose ke idak ni?? jeng jeng jeng..

Ur neighborhood nampak sangat mendamaikan.. adakah ianya betul2 damai??

ANR said... BALAS

hahahahahaahh *joincikaiyugelak*..

gile lame xhujan? msti dah kering kontang kan? tsk tsk tsk

Niza said... BALAS

Rajin nye mummy cik aiyu exercise . (^_*).

Cik Aiyu besar skit nti suh plak dia berskipping , leh mummynye gelak balik kat dia.

Isabel said... BALAS

cik aiyu tercuit hati kot tngok maknye buat aksi lompat2..hehe

memang patut hujan, tgok ur front lawn..rumput pun dah kering..

mama maman aka yana said... BALAS

anak2 mat saleh pun main air hujan jugak... kiranya sama la ngan peel anak2 malaysia eks.. kiranya blh dikatakan..'dah budak kan..' hhheee..

liemaopurut a.k.a ana said... BALAS

HERmmm gud idea..nak pegi carik skipping rope jugak la lepas ni. aRI2 melompat biau cacing kat bawah tanah pening huhuhuhu..

'masuk umah minum milo panas??' jeng jeng jeng..adakah?apakah? harhahrhar

Eliss said... BALAS

dia tak sengaja kot gelak tu..heheheheeh


kalo lama tak hujan, memang jakun laa..

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

tambah sket.. baik dok rumah minum mmilo panas sambil buat cucur jagung panas2 cicah sos cili! ohhhhh sedapnyerr... (sib baik ai tak poser hari ni)

Umie said... BALAS

cik aiyu gelak sb kot maknya tengah bergurau...lompat si katak lompat..hehhe

an15 said... BALAS

Teringat Marge Simpsons ye twin sisters tu keje kat DMV. Kim salam kalo jupe heheh :p

nazayiena said... BALAS

Cik Aiyu ketawa sbb selama nie x pernah tgk momnya melompat2....buang tabiat ke my mom nie....

Chik Att said... BALAS

hujan hujan ...
buat kopi o panas2 ..... ada ubi rebus cicah kelapa..... mau kau ... sapa lalu pun tak nampak ...

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said... BALAS

gelak positif tu. mesti tercabar tgk mak dia melompat dgn gagahnya =)

norh said... BALAS

posing macm tu pun dah sangat cute, waktu gelakkan mak dia, lagi la bertambah cute..

Nanak said... BALAS

hujan kat situ sama tak dgn msia?hihi..oklah tu klu Cik Aiyu yg gelakkan..kalau cik Abe? hahaha...

Madam Sooyaree said... BALAS

CTM,
Kantoi sudah, hahaha.. Damai la jugak neighbourhood ni, mungkin pasal banyak pokok besar kot.

Aqilah,
Hewaahhh... join team nampak. Memang kontang, macam poket tuan rumah, haha

Niza,
Baru je nak cuba balik. Tapi cancel! Itu le, nanti kena balas dendam ni, hihih

Isabel,
Rumput tu pun kitorang kasi air 2 kali seminggu tau. Getting better now, dulu kuning! Tapi 2 kali max, pasal diorang tengah catu air, takut kemarau

Mama Yana,
Kita dah buat kesimpulan, bebudak di mana sama aje. Rambut lain2 kaler, tapi peel sama!

Liemaopurut,
Hihih.. cacing bawah tanah ngan dalam perut pening :P Iye, kita tak pose le :P

Elissmie,
Agaknya diorang ni hujan macam kalau orang London nampak snow kot kan. Jarannnggg sekali!

Konot,
Oh, cucur jagung! Senang tak nak buat? Selalu pakai instant je dulu, hehe. Kita tak puasa berjemaah nampaknye :P

Umie,
Hehehe.. mungkin la kan. Dia ingat tarian baru, haha

Anis,
Hahahaha.. iye ke? Kita pun tak tau Marge Simpsons ada twin, hahahaha...

Ina,
Tak pun mungkin dia gelak pasal tengok bila mak berenti lompat, lelemak tak berenti sama :P

Chik Att,
Ooohh... ubi! Sedap sedap!!! Tapi nak buat gitu kat sini memang tak la kan, huwaaa

Nur,
Awal2 tercabar, pastu surrender!

Norh,
Auww.. thanks dear. Kembang vontot Cik Aiyu :P

Nanak,
Hujan sini kejap aje. Masa awal2 kawen kan, Cik Abe jakun tengok petir dan guruh di Malaysia tau, hahahaha.. Cik Abe takleh gelak, dia pun buncit sama skang! :P

Wahidah said... BALAS

sabau jerla cik aiyu pndai gelakkan mak die yea...hehehee

Dinas Aldi said... BALAS

Pempuan tak puasa mesti la ada sebabnya kan :)

Cik Aiyu jangan derhaka gelakkan mak yg tengah eksesaisss, kahkahkah!

Anonymous said... BALAS

i loike rainy days. Cam hari ni. Best sejuk.

sekapal lah kita tak pose. Tapi kat sini letih sbb tak boleh makan. Kat rumah tak leh makan nyorok, kat office ape tah lagi.

Azian

sHieRa cAkAp said... BALAS

Cik Aiyu.. Cik Aiyu... Sampek ati mu mentertawakan mummy skipping ye! Ank bertuah.. Oktober 2010 last ujan.. Memang patut la bdak2 tu menyanyi keriangan..

Amyz! said... BALAS

Ahahaha. Tak baik gelakkan mak, Aiyu.. Gelak sikit2 takpe. Haha.

Kalo kita main skipping tu, huuu.. Tak tau la apa yg bergerak sekali. Hahaha..

Bila dah lama tak hujan, sekali hujan.. Mmg blessed! Tu yg siap main hujan tu.. Hehehe.

Unknown said... BALAS

Aiyu is getting gorjes n gorjes! Auntie ni tenggelam timboi la aiyu. Tapi aiyu tetap dihati :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Ida,
Itu la pasal. Nasib baik kecik lagi, kalau tak kena sound dah, haha

Dinas,
Hehehe.. ya betul! Kang pusa penuh orang curiga pulak, hahaha...

Kak Azian,
Yup, hari hujan memang best! Kecuali kalau time tu kita kat luar la, hehehe... Wahh.. P berjemaah kita ye kak, hehe...

Shiera,
Depa seronok la kan, jarang2 nampak hujan. Cam kita kat Malaysia tak heran dah.. jangan banjir sudah!

Amyz,
Kita skipping pun, dah berenti lompat, lelemak masih melompat, hahaha...

CB,
Auww... thanks auntie! Harap2 keluarga auntie sihat sejahtera di sana :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...