Tuesday, September 6, 2011

Aktiviti riang ria bersama keluarga

Heh… akhirnya sampai jugak kami di funfair pada waktu malam.

Memula tu seriau gak nak pergi. Maklumlah, Cik Aiyu tu segan sikit orangnye kalau nak drive malam. Ade je la acara karaoke kat belakang tu kang. Sebab tu kalau nak berjimba, kami kena make sure adalah pada waktu siang.

Tapi hari tu masa amik Cik Abe, dia tak karaoke. Good gal dia malam tu. Apa tak, masuk kereta terus pengsan. Bila sampai airport dia jaga, tapi senyap tak berbunyi. Pastu bila kami tengok belakang, dia dah pengsan balik. Sampai rumah dia bukak mata jap, tengok kiri kanan, buat muka pelik sket, pastu terus masuk tido.

Jadi hari Ahad lepas, kami test the water. Bawak Cik Aiyu keluar malam.

Keputusan?

A+!!!

DSC01830-e

Senyap aje dia kat funfair malam tu, sibuk duk perati orang. Kiri kanan kepala terteleng, usha orang punya pasal. Kami pusing-pusing, nak cari ride yang dia boleh naik. Memang takde la kan, semua ride jenis kena duduk sendiri. Ko agak-agak, nanti anak aku duduk senyap ke? Heh… macam takde harapan je kannn…

Jadi kami pusing-pusing je la, layan lampu. Teringat lak time Cik Aiyu dalam pantang. Dia dulu punyalah susah nak tido malam! Kekadang kitorang bawak pusing-pusing dalam kereta, tengok lampu sedas dua, baru dia lelap. Tapi kekadang bila bawak masuk dalam rumah, jaga balik. T__T

Gambar adalah cap ayam, pasal kami takde DSLR kannn… Nak gobek gobek pun tak reti sangat, jadi terimalah dengan seadanya.

DSC01826-e

Malam tu aku perasan banyak Hispanic yang keluar. Rasa macam home sweet home le pulak, banyak muka ala-ala Melayu gitu.

DSC01829-e

Aku suruh Cik Abe main tikam, kot kot dapat teddy bear besar untuk mak nye. Baru la romantik gitu, macam dalam pilem mat saleh. Haram dia tak mau. T__T

DSC01831-e

Tapi kesedihan hati tak dapat beromantika di tampoi, telah diubati dengan membeli cotton candy dan epal beracun. Epal disalut karamel adalah agak beracun untuk sel lelemak anda. Aku dah lama tengok caramel apple ni, tapi tak pernah la pulak nak cuba. Kali ni gatal sket. Pergh… sedap rupanya! Caramel dia macam masin-masin, lawan ngan rasa manis epal, like this! *sambil tunjuk gambar ibu jari*

DSC01833-e

Kalau benda-benda berlemak ni kan, cepat aje lah aku suka kan. Cuba la suka buah zaitun ke, salad ke, ulam ke… Ini tak habis-habis cekelat dan sekufu! Cik Aiyu pun sibuk usha epal kitorang, tapi kitorang kasi part epal aje la. Kang kalau kasi karamel, ada yang member tido kul 1 pagi. Sape nak jaga???

Kami pusing-pusing situ dalam 45 minit, pastu balik. Yang best bila buat aktiviti lewat ni, balik rumah, tukar baju, terus cik kak kita zzzzz….

13 comments:

Nazayiena said... BALAS

seronok gi funfair.....epal disaluti karamel...nyum3

Niza said... BALAS

Funfair tu nmpk lg best dr yg kat msia . Ada rumah hantu jgk ke ?
Lama x de gamba mummy cik aiyu ? hehe

FaznFaz said... BALAS

alaaa.... penah nampak epal tuh dlm enchanted..... nak jugak!!!! pos kat msia, aci x???? hahahha!!!!

fatt said... BALAS

sedapnya epal karamel...karamel tu yg sedap sbnrnya. tp klu mkn byk sgt kena potong kaki...adoi.

hispanic ni lawa2 ke? ada mcm rupa org maori tak?

Unaizah said... BALAS

Aduh teringinnya nak makan apple caramel tu!!! Dulu time study sana memang selalu makan la. I suka epal hijau yg masam-masam, memang kena la dgn caramel yg manis tu...

Nanak said... BALAS

rasanya budak2 mmg akan karaoke klu bjalan malam..mcm hari tu i balik rumah MIL dengan Fredo.masa keluar rumah tu masih siang, mommy pn drive mcm semut so tgh jalan tu dah gelap, apalagi karaoke la Fredo siap hempas2 kaki..takut gelap kot..pepun,apple caramel tu mmg sedap dan beracun..haha

CikLilyPutih said... BALAS

apple caramel... nampak cam sedap je kan

Anggerik Berduri said... BALAS

Apple Beracun? very the snow white.. auuwwww tp nmpak mcm sdap lah. erk sbb caramel mmg sdap. hiks

btw, I dah follow ur twitter tau sis. hiks

Amy Z! said... BALAS

Tengok gambar epal tu mengancam air liur plak. Memang beracun.. Siap bleh bagi diabetes lagi. Hahaha.

Pernah sekali balik dari KL to JB malam2. Alam kerjanya tidur saja. Bagus. Tapi sampai rumah boleh berjaga, nak main-main, tak mahu tidur balik. Pengsan maknya.. T_T

Marsha~ said... BALAS

comelnyaaaaaaa Aiyu.....

Anonymous said... BALAS

Tak ingat bila last jumpa/pergi funfair. Zaman dolu-dolu aga kugiran. kat sana ada?

Kalo cenggitu, bawak lah selalu cik kak keluar mlm, tak payah maknya berperang nak tidurkan dia.

Good idea!

Azian

lyza said... BALAS

Budak2 memang suka tgk lampu.. teringat masa arissa sorang dulu, memang slalu bw dia keluar malam tengok lampu..tersangat la sukanya.. then bila lama tak bawa..dia meradang n merajuk..amik gambar pun tak mau senyum..jenuh pk..last2 baru tahu, dia mogok sb tk bawa ronda malam.. hehehe..
tapi masa dia sorang le.. bila dah ramai tak cukup dah kakitangan nak keluar slalu..:P

**napa gambar aiyu satu je..hehe**

Madam Sooyaree said... BALAS

Ina,
Seronok lagi kalau boleh naik ride, hehehe.. tapi takpe la, zaman kita dah berlalu kan :P

Niza,
Rumah hantu takde, tapi ada macam maze. Nampak seronok, tapi tak masuk. Mak nye tukang amik gambar, camne nak enter frame, hehe

Eila,
Hihih.. sampai Malaysia epal pun jadi jeruk :P

Fatt,
Hispanic cam orang kita gak, ada yang lawa ada yang hazab, hehehe... Orang Maori takat jumpa rugby players ade le, semua badan besar2, gerun!

Unaizah,
Ahh.. you suka Granny Smith eh? I skang ni gigih duk belajar pasal epal, macam2 jenis ada!

Nanak,
Itu lah kan, tapi ada bebudak boleh tido time travel malam. Nasib kita dapat yang suka karaoke, hehehe

Cik Lily Putih,
Memang sedap! Boleh buat berniaga kat Malaysia ni, hihihi

Aqilah,
Caramel memang sedap kan, lelagi caramel macchiato, auwww!!! Oh, nanti kita follow balik k. Dah beberapa hari tak on twitter ni :D

Amyz,
Bestnya Alam tido dalam kereta! Kalau main kat rumah pun ok lagi la kot, dari dia jerit2 time tengah drive. stress kuasa dua!

Kak Azian,
Kak Azian, kugiran takde la funfair ni, tak cukup kelas kekdah nye. Heh, skang aweks kita dah ok tido malam. Takde perang-perang, selalu kul 10 lebih dah pengsan, hehehe

Kak Lyza,
Susah le nak amik gambar bergerak time malam, kamera cap ayam kan. Hehehe... banyak betul trait Arissa kat Aiyu ni, hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...