Thursday, September 8, 2011

When it was just not your day…

Semalam bukanlah milikku.

Sedih aje kan bunyi. Memang sedih pun!!! Sedih sampai tak lalu nak update blog, hehehe…

Kisahnya bermula seawal aku bangun. Cik Abe takde pada masa kejadian, pukul 5 pagi dia dah cabut pergi keje. Masa bangun tu, aku mula rasa sakit tekak. Aku ni selalu kalau nak demam, simptom yang akan datang adalah sakit tekak. Jadi bila dah rasa macam ada bola golf tersumbat dalam keronkong, aku mula lah risau.

Tapi takpe, pagi anda haruslah dimulakan dengan Nescafe kan. Dah la time aku tengah sediakan sarapan Cik Aiyu, cik kak kita tu boleh pulak datang protes kat dapur. Habis lapar la tu, nak tunggu seminit pun tak boleh. Kau tau camne dia protes???

Hentak-hentak kepala kat kabinet dapur. Boleh???

T__T

Sabo je la kan, macam aku tak kasi makan seminggu aje kekdah nye.

Lepas sarapan, selalu aku akan check e-mail. Work from home, kalau boleh nak le reply e-mail orang dalam tempoh 24 jam kan. Barulah professional gitu, hihihi.. *sila lempang aku barang sedas dua*. Sambil aku reply e-mail tu, Cik Aiyu dengan biasa, datang himpit, nak main dekat-dekat. Suka betul dia masuk bilik ketiga a.k.a office kitorang ni. Selalu yang dia serang dulu adalah kotak-kotak. Memandangkan kotak adalah tidah bahaya, aku selalu biar ajelah dia main. Mungkin dia imagine main pondok pondok kot, pasal kekadang dia menyorok dalam kotak tu.

Tapi tidak semalam…..

Tatkala aku sedang mengadap laptop, dengar bunyi kaca. Oopss… apakah itu???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DSC01871-e

Cer teka, apa ni?

DSC01872-e

Digital weighing scale yo!

Aku terus speechless. Garuk kepala yang tak gatal, terus selamatkan Cik Aiyu dari tempat kejadian. Ada seketul kaca kat tangan dia, terus dirampas. Shatterproof, NOT!!!

Nasib baik Cik Aiyu tak luka, dan kejadian berlaku di dalam bilik. Terus aku tutup pintu. Kalau kat tengah rumah, satu hal pulak nak terus kemas. Dah la cik kak kita ni ala Mak Limah, di mana kejadian, di situ la dia nak duduk! Macam kalau aku tengah vakum lantai pun, mesti dia nak berdiri depan vakum. Dah tak pasal-pasal aku kena jadi tarzanawati.

Pecah kaca pecah gelas. Lepas pecah kaca….

Haruslah kena minyak panas!!!

DSC01881-e

Haaa… kejadian ni pulak berlaku di waktu petang. Masa tu tengah goreng ikan nak buat nasi goreng, tup tup “opocot mak ko meletop!”

Habis dapat gigitan cinta pree dari ikan dory.

Dalam duk ditimpa nasib malang semalam, ada juga happy ending. Open-mouthed smile

Petang sket bila check post box, ada parcel dari mertua.

Apa ada dengan parcel?

DSC01877-e

Belated besday present ai. Dapat sudip, spatula and the gang. Ada jugak mangkuk 6 bijik, lupa nak snap gambar. Biasalah, dah jadi mak mak ni, dapat hadiah mesti bercirikan mak mak. Terima kasih mertuaku! Open-mouthed smile

Cucu yang bukan besday pun dapat hadiah. Siap kena wrap lagi, Melampau tau.

DSC01875-eDSC01876-e

Happy member dapat hadiah building blocks.

Ohh.. dan yang paling penting adalah….

Kami sekeluarga tido pukul 9:30 pm!!!

I can’t remember the last time I slept before midnight, let alone before 10 pm. Pagi tadi jaga nak dekat pukul 8 pagi. Fresh tak hengat rasanye, lenkali boleh cuba lagi.

17 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

hamboi.. muka cik aiyu the woodpecker xcited dpt barang. hiks

alamak, weighing scale dh pecah, xdpt lah mummy dia keep track weight lagi. hmmm

TopsyTurvyMum said... BALAS

yer ke gigitan cinta ikan dory tuu?? Awal sgt masuk tido kul 9.30 tuu...Hahaha.
Penuh konsentrasi muka cik aiyu bukak wrapper tuu.

Selamat hari raya Madam!
Maaf zahir batiin:)

Konot said... BALAS

patutlah tak de apdate semlm.. weolls rindu tawwww

get well soon ye...

liemaopurut said... BALAS

lor...patut la semalam madam x tulih ape2 entry...hikhikhik

weighing scale dah pecah?? adakah?apakah? tak perlu lagi risaukan pasal berat badan?? hikhikhik

bonda dadif aka akish said... BALAS

abesla mak nye...dah tak leh nak timabng bagaui...

aiyu ttp menten...
=)

Marliza said... BALAS

hehe qairyn pun baru pecah kan pasu nenek dia last week masa blk jb...dia igt bende tu statik setinggi dia jgk...so dia best je gi lean on the vase..nsb baik la pasu murah kalau mahal stress mak n nenek dia...

Niza said... BALAS

Patut la smlm dok refresh2 x de entry baru . Tertunggu2 jgk . Hehe.

Tajuk entry bila ditranslate sesuai jd tajuk novel/cerpen . Hehehe nti leh jd tajuk tugasan essay cik aiyu bila dh besar nti.

Cik Aiyu nmpk happy dpt hadiah .

farah said... BALAS

We all kehausan entry semalam, cewah, x dpt tatap wajah cik Aiyu...hehe...ingatkan cik Aiyu cedera kena kaca td, nsb xde apa2 ya...klau rmh I weighing scale pecah I paling happy sekali xde asyik2 nak timbang badan pastu trauma dgn angka kat scale...hehe...
Kesian kat u jgk Nurul terkena minyak panas, kat leher plk tu, eh pandai ikan tu aim minyak tau...xpe, klau orang tnya, leh cover ckp gigitan cinta from cik abe...hehe...
* jeles tgk sudip2 benda alah tu, cuns! gigih masak ye pas ni...

fatt said... BALAS

erk...camne dia leh pecahkan? berat tu...nasib baikla sempat rescue, klu tak bahaya..

cik aiyu...cik aiyu! :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Dia memang excited bab koyak2 kertas ni, hihih... Kita kena pakai timbang tu, nak timbang kotak, huwaaa

TTM,
Ko ni, baru mintak maap dah buat dosa kering (dosa basah tu camne ek, ibla kena tangkap basah kah?) Iolls period you, hahaha.. Selamat hari raya laling, maaf zahir batin!

Konot,
Auww.. suwwit la you... terharu mak

Liemaopurut,
Hihih.. tulis dalam hati (mencarut carut, hahaha). Eleh, kalau scale pecah, tapi suar makin tak muat apa makna???

Bonda Dadif,
Kena beli baru la nampaknya esok :(

Marliza,
Hehehe.. cuba dia pecahkan pasu antik, auwww... nanges!

Niza,
Hihihih.. thanks dear sebab tunggu :)) Tajuk ni patut kasi kat Aiyu nanti, suruh dia kemas kaca time dah besar, haha

Farah,
Hahahah.. masalahnya I memang kena pakai scale, seminggu 2-3 kali hantar parcel ke Malaysia. My kitchen scale max 5 kg aje. Sudip semua masih kukuh dalam plastik, tak test power lagi, hihihi

Fatt,
Dia angkat nak bawak jejalan, tapi terlepas kot. Jangan tak tau, Aiyu ni nampak je kecik, tapi kuat. Slide dia senapas aje dia tolak tepi

~~Ap Hasnida~~ said... BALAS

wah2...beshnyer masuk tido awal tgh beranak kecik ni...sonok2...

btw..selamat hari raya cik aiyu!!

Yours Truly said... BALAS

Selamat Hari Raya Nurul!

Amy Z! said... BALAS

Huhu. Sedihnya intro~

Makan ubat ok? Semoga cepat baik. Nanti baik boleh update blog. Hihihi.

Scale pecah? Ngerinya. Nasib baik cik Aiyu tak tercedera.

Tapi janji ada happy ending sebab dpt hadiah. Cik Aiyu pun dapat hadiah gak. Eceh.

Oh protes hentak2 kepala kat kabinet ek? Ambuiii.. Alam lagi dasyat.. Terus terbaring kat lantai. Lagi kepala terhentak, lagi dia kuat nangis. Puas hati agaknya dpt nangis kuat2 tu. Haruslah kena marah lagi dengan mama kalau macam tu. Geram sgt! sabo je lah. Uhuhu..

Anonymous said... BALAS

Huh! sedih ada, terkejut ada, risau ada dan gembira pun ada. Ampat mood berlaku dalam satu entry.

apa pun semua tu blessing in disquise.

Redha dan bersyukur je Huda.

Azian

Madam Sooyaree said... BALAS

Ap Hasnida,
Best kan, malam tadi pun kta tido kul 10. Rasa macam dunia ini ana yang punya! Selamat hari raya to you too :)))

Yours Truly,
Thanks kak, selamat hari raya pada kak juga :)

Amyz,
Waaa... Alam lagi ganas! Ni pun ada hentak kat lantai, tapi dia buat pelan pelan, takde bunyi, hahaha... acah je lebih! :P

Kak Azian,
What to do kan, fikir yang positif aje lah walau dalam hati hanginnn.... hahaha :P

Mrs. Faris said... BALAS

suka la tengok rambut aiyu. harap-harap rambut anak i tumbuh lebat seperti itew :)

Madam Sooyaree said... BALAS

Mrs Faris,
Aiyu masa baru lahir botak, hahaha... Nasib baik skang tumbuh :D Insya allah, nanti baby dapat rambut lebat juga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...