Saturday, September 10, 2011

Lepas tekak, idung la pulak

Apa nak buat, nasib badan.

Hari tu duk uhuk uhuk uhuk (batuk ye, bukan beri beri), hari ni srot sret le pulak. Hidung yang kembang, jadi makin kembang nak tahan air hidung mengalir. On the brighter side, nasib baik aku yang kurang sihat, bukan Cik Aiyu. Jadi mak nye redha aje lah.

DSC01898-eDSC01899-e
Kanak-kanak riang memakan blueberry dalam sinki.

Semalam kami pergi perjumpaan mak mak. Heh, dah macam persatuan Puspanita aku rasa. Tapi apa salahnya tambah kenalan kan, dari duk melangut kat rumah. Aku jumpa persatuan mak-mak ni atas saranan Sari, one of the mom kat swimming class Aiyu. Nama cam orang Melayu kan, tapi omputeh dari New York. Teringat kat Sari bibik nya kak Lyza yang suka habiskan makanan budak-budak, hahahaha….

Anyway, semalam perjumpaan untuk mak mak ok la, semua ramah belaka. Tapi tang bebudak, ada sorang aku kurang berkenan. Ada budak pompuan dalam umur 3 tahun gitu, suka dukung Cik Aiyu, pastu dia campak anak aku atas lantai. Apakah??? Yang Aiyu pulak sengih sengih tak berperasaan. Bukan sekali dia buat, beberapa kali gak aaa aku perasan. Tau la anak aku tough kan, tapi kot ye pun toksah le main gitu. Sampai aku terpaksa datang tegur, cakap jangan dukung Aiyu. Main biasa-biasa udah le. Nasib baik dia dengar.

Kalau semalam mood Aiyu baik, hari ni pulak dia bantai tamau tido siang. Dua kali kami cuba, dua-dua kali dia ngamuk. Ngamuk yang siap peluk-peluk lantai. Tah ape hal tah, tetiba aje camtu. Nak cool down kan dia, aku ajak dia main kat laman belakang. Nasib baik dia ok pastu. Agaknye dia nak berjalan kot, pasal hari ni kami duk rumah aje. Sambil-sambil dia main, tetiba aku dapat syafaat untuk sapu laman. Dan dan aku tengah kemas belakang, Cik Abe lak datang join. Terus jadi gotong royong kemas laman. Dah dua bulan pindah, baru tergerak hati nak kemas belakang rumah, hahaha…

Kami kemas daun-daun kering, pastu buang pasu-pasu yang tak pakai. Dalam duk mengemas tu, aku baru perasan belakang rumah kitorang ada pokok ros rupanya. Tapi arwah pokok ros le, pasal dah kuning dah pokoknya, hihihi.. Macam mana aku tau itu pokok ros? Pasal owner lama label semua pokok dia, hehehe.. Sebenarnya dia ada kasi satu file untuk landscaping rumah, tapi malas sungguh aku nak menelaah. Very the lazy I tell you.

Takpelah, takde ros kat laman, kami ada ros seketul dalam rumah.

DSC01919-e
Ros yang baru lepas pekena ayam rosemary. Ros yang suka tak pakai baju.

T__T

8 comments:

Unaizah said... BALAS

Get well soon dear! I pun baru baik dari batuk. Kat sini musim sakit lepas raya hahahahaha....

farah said... BALAS

Alolo watpe tu cik Aiyu khusyuk sgt. Oo baju di badan x nak pakai tp topi di kepala boleh ye, hehe.
Mummynya semoga cepat sembuh ya!

Anonymous said... BALAS

Get well soon mak cik aiyu. Kami sekeluarga pun tak sihat, pak hencik pun sok sek. Ai pun dah mula ketat dada. Hidung pun cam Huda juga srot sret. Kat Msia la ni sedang musim jerabu. orang seberang sdg bako membakor lepas raya ni...

Ros bud seketul tu tak baju pun tetap cute. Dah full bloom nanti tak tau le cam ner. Takut mak dia lak pening pala

Azian

Niza said... BALAS

Semoga cepat sembuh mummy cik aiyu, minum air kosong bnyk skit . Klu kena batuk ni mmg x best tambah lagi klu tekak jd kering gatal semacam rasa nak garu dgn garpu jek.

Ros kecik x berbaju itu tetap comei...

Konot said... BALAS

peeewwitttttt!! sexy gitewww :)

get well soon ye mai!

Amy Z! said... BALAS

Mmg tanda2 mau demam tu. Mkn vit C dan rest k! Semoga cepat baik. :)

Perjumpaan gitu bercerita ttg anak2 ke, resepi ke? Ke mcm2?

Mak oi. Ganasnya budak tu. Main campak2 lg. Gerun mak.

Hahaha. Very rajin uols ni. Bestnya ada laman tu, pasni kena rajin bercucuk tanam ni. Hihi.

Ambui ros ni seksilah! Hihihi.

Nazayiena said... BALAS

seksinya rose yg seketul nie....utk Mom Cik Aiyu semoga cepat sembuh....

Madam Sooyaree said... BALAS

Unaizah,
Ahhh... you pun baru sembuh ke? Hihih.. sini musim demam masuk sekolah! :P

Farah,
Hehehe.. dia tengah main Lego. Topi tu wajib, suka dia pakai dalam rumah.

Kak Azian,
Aiyo, sana jerubu ke kak? Sini takde jerubu, tapi sakit gak :( Hihihi, ni baru sorang ok lagi. Ada bos lama dulu, ada 4 kuntum ros. Botak bapak diorang!

Niza,
Thanks dear! Kita tengah cuba minum air sebanyak mungkin ni :D

Konot,
Biasa aaa.. awek! :D Thanks laling!

Amyz,
Perjumpaan tu biasa2 aje, cerita pasal anak, pasal oilfield, pasal Amerika, hahaha... Takde gosip artis, tak best! :P

Ina,
Terima kasih sangat2 sudi visit kita selalu dear, really appreciate it :)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...