Friday, September 2, 2011

Funfair kampung tengah

Hari ni kan, mesti ada orang tu tido lena tau.

Tengahari tadi, kami ada playdate. Ngengada kan bebudak sekarang, playdate bagai. Bila dah besar panjang, nak dating, mak bapak pulak yang bising.

Anyway, tengahari tadi, kami pergi rumah ex-manager aku. Amik kau, tanak kalah, nak lepak ngan bini manager aje. Tapi nak buat camne, dah itu je yang aku kenal siap-siap sebelum pindah. Skang ni sebenarnya aku tengah misi gigih mencari kawan. Takde Malaysian, orang Azerbaijan pun iolls ok. Haku tak pilih bulu. Bulu yang dipilih hanya bib Ulubulu, tu pun dah salah pilih. T__T

Bukan ape, sah-sah Cik Abe tu agak lone ranger. Kawan dia memang tak ramai, boleh bilang dengan jari. Tapi memang kawan yang betul-betul baik la. Dia kata, buatpe ramai kawan, if you can’t rely on them when you need them. Aku nye prinsip lak, jangan bergantung dekat sesiapa kecuali diri sendiri. Sejak aku hidup ala-ala nomad dulu, I came to realize that you REALLY have to count on yourself. Haaa… apa kes skang ni pulak ko nak cari kawan?

Eh, aku tak cakap pun yang aku tak perlukan kawan. Nak la jugak kan, kawan buat borak-borak. Nak call Malaysia aje, stress pulak aku kang. Bil tu idok le mahal mana, pakai Skype meh. Tapi time zone tu la yang aku fail sekali. Aku suka borak tipon waktu malam. Tapi kalau sini malam, Malaysia pagi. Sah-sah la semorang keje kan. Kalau hujung minggu pun, mesti le orang nak tido lebey. Sama la jugak bila diorang call aku. Kalau pagi diorang call, mesti aku blur blur pasal bateri aku ni lambat nak cas sket. Pukul 11 pagi camtu baru on. Tapi kalau sini pukul 11 pagi, Malaysia dah tengah malam. Orang nak tido le pulak kan.

Lagipun, Cik Aiyu tu haaa.. kesian pulak dia duk main sesorang. Jangan korang cakap suruh tambah keluarga pulak, honestly I am not ready. Tapi kalau ada rezeki, kami terima dengan hati terbuka Smile. Penat weh jadi surirumah ni, aku memang tabik spring skang kat sesiapa yang amik upah jaga anak orang kat rumah sendiri. Mana nak kemas rumah lagi, nak jaga budak lagi. Dah le anak orang, nak piat sana sini takleh. Anak sendiri boleh la kau buat lolongan tarzan kan. Kalau anak orang, is cannot…

Ok, berbalik pada cerita asal. Lepas playdate tadi, Cik Aiyu terus pengsan. Keluar je rumah Noah, tak sampai seminit dia dah flat dalam kete. Sampai rumah, terus sambung tido dalam sejam gitu. Dengan mak nye pun sambung tido sekali, berjemaah gitu. Me likey Open-mouthed smile

Petang sket, ingatkan nak ke Kohl’s nak return barang orang. Tapi dah separuh jalan baru sedar, bag yang nak return tinggal kat rumah. Malas pulak la nak patah balik. Terus tukar plan, pergi mall le pulak. Bila nak sampai mall tu, nampak ada funfair kat parking area. Cantek sangat ah kan, ada aktiviti baru. Baru boleh jakun.com.

Terus la kami melencong.

DSC01737-e
Kudaku lari gagah berani, yiiihaa!!

DSC01735-e
Eye of Kampung Tengah

DSC01738-e
Funnel cakes yang nampak menarik. Harus dicuba esok lusa.

DSC01741-e
Tea anyone?

Kami lalu aje kat situ, tak singgah pun main apa-apa. Rasanya macam nak kena datang malam, baru happening. Datang siang ni panas, kang pening.

Oh, lupa lak. Esok malam Cik Abe balik Open-mouthed smile. Harap-harap ada la souvenir dia bawak balik kan, hehehe…

6 comments:

Dinas Aldi said... BALAS

Betoi la prinsip cik abe Huda tu, kawan bior yg berkualiti, kuantiti tak penting, hehe

Seronok tengok funfair tu. Teringat zaman memuda dulu rajin naik macam2. Dah lama tak naik ni, teringin la pulak..aiseh..

Nota Cikgu Anum said... BALAS

baguih la mak Cik Aiyu ni, pandai jek cari aktiviti, klu iols mesti buat kuak lentang jer manjang :)

Niza said... BALAS

Betul prinsip cik abe tu pilih kwn yg berkualiti dr kuantiti. Tapi x salah de ramai kwn2 hehe.

Funfair lg best memalam , berkelip2 lampu & tak panas. Hehe .

Anonymous said... BALAS

Huda, ai duduk kat sini ada 5 orang je yg ai kenal dan boleh harap.

Nak kata ai tak ramah, nipu pulak. Rasa orang tak mo kawan dgn ai kut. Bior le deme gitu,

Azian

Madam Sooyaree said... BALAS

Dinas,
Itu lah pasal. Dia selalu perli kita pasal banyak kawan. Nak buat camne, bini terlebih peramah, hehehe... Haaa.. kena cari funfair le lepas ni ;)

Nota Cikgu Anum,
Hihih.. kesian le pulak tengok dia terperuk dalam rumah. Nak gi rumah sedara mara jauh

Niza,
Ohh.. kita dah pi funfari tadi. Layan tengok lampu lip lap :D

Kak Azian,
Hihihih.. takde la kak, memang susah nak harap kat orang sebenarnya. Biasa la, memasing ada hal memasing kan. Tu yang selalu saya macam tak harap kat orang, paling kuat pun macam kak kata, 5 orang gitu dah le :D

Amyz! said... BALAS

bestnya fun fair!! suka la. lagi meriah ok dari fun fair kat sini yg selalunya ala kadar aje tu. hakhak.

harus bersuka ria kalo fun fair meriah mcm ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...