Friday, October 21, 2011

Me vs tomato

It’s officially fall in Texas.

Skang ni kalau bangun pepagi, cuaca dalam 12 degC you! Don’t play play haaa… Rasa macam bukan kat Texas dah. Rasa macam kat North Dakota dedulu pulak.

Cuaca sejuk gini, tarik gebar la best kan. Tapi bukan untuk Cik Aiyu. Pasal dia spesis tak suka pakai selimut. Pakai stokin pun, cukup nasib baik kalau dia tak cabut. Jadinya by 7 am mesti dia dah terjaga. Elok gak, jadi alarm Subuh kami. Skang ni Subuh habis jam 7:55 pagi kau, best gilos.

Anyway, pagi tadi masa dia tengah tengok Sesame Street, aku masuklah bilik jap. Baring-baring tenangkan fikiran. Memula dengar bunyi dia ketuk pintu, tapi aku buat bodoh aje. Dah dua tiga kali ketuk mak nye tak layan, dia berenti. Dengar lah bunyi dia main-main kat dapur tu. Tetiba aku dengar bunyi yang tak familiar. Hmm.. bila dibiar, makin rasa pelik. Eh, ni takleh jadi. Aku pun pergilah masuk dapur, nak cekidaut.

Ko tau aku jumpa dia kat mana???



ATAS MEJA MAKAN.



T__T

Hah, elok aje dia bertenggek atas meja makan. Ada satu kerusi makan tak tolak rapat, ikut situ le dia panjat. Terpaksa la mak nye Rescue 911 selamatkan anak.

Tak lama lepas tu, aku masuk bilik lagi. Kali ni kejap je lah, nak pakai bilik air. Bila masuk balik dapur, senyap lagi. Mana pulak laa budak ni. Pusing rumah, tak jumpa. Tetiba dengar ada bunyi samar samar dari celah meja makan. Jeng jeng jenggg….

DSC02812-e

Huk aloh, ada orang tu curi-curi makan tomato! Sampai dua bijik sekali dia ngap, tapi dia ngap sikit sana, sikit sini lah. Padanlah tadi rasa meja makan tu cam bersih aje, rupanya semua dia dah tolak ke tepi. Mak nye pulak boleh tak sedar. Nasib baik takde cawan kaca ke ape. Aku pun cari lah pinggan kasi kat Cik Aiyu. Pindahkan dia, pastu lap lantai kat celah tadi.

Bila dah selesai lap lantai, cuba teka haku jumpa Cik Aiyu kat mana?



*choi, banyak pulak teka teki hari ni kan*



Cik Aiyu kasi buah tomato naik slide. Gembira dia, siap tepuk tangan bila buah tomato meluncur turun sampai ke lantai KARPET.

Adeh nak, apakah? Hari ni memang aku isytiharkan, aku tak suka tomato!

4 comments:

Amy Z! said... BALAS

Memang dorg ni kan. Cuaca sejuk pon tetap nak bangun awal. Alam lagi la 630 dah bulat mata. Mak dia yg terkelip2 mata tahan ngantuk T__T

Sabo je la..

Ahahaha. Tomato pun nak main gelongsor mommy.. Hahaha.

Hadoiii.. Aiyu.. Aiyu..

farah said... BALAS

Arini ari buli mummy je cik Aiyu...hehe..nasib baik sempat u rescue dia Nurul, kalau x, mau dia lompat turun meja je :) Buah tomato pun boleh jadi bahan eksperimen...mcamana carpet u? Kaler merah ke? :)

cahya indah said... BALAS

bukan main besar Cik Aiyu bukak mulut..gigih nak menggigit tomato tu. dah start melasak dah dia ni kak..hehe

Konot said... BALAS

panet kau nak mengemas nokss.. mengemas lagik, rescue lagik! ahhaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...