Wednesday, October 19, 2011

Semangat patriotik dan kantoi lagi

DSC02774-e

Take that!

Rumah korang ada pasang bendera tak? Rumah kami ade, dalam rumah lagi. Nak pasang kat luar takut kena bakor pulak kang, hahaha…

Ini semua kerja Cik Abe. Semangat patriotik terlebih. Siap tampal kat dinding bendera Malaysia. Kata dia nak tampal bendera USA kat sebelah. Tapi selagi haku tak pergi beli, memang takkan ade le tu. Siapa pulak yang nak teringat kan, waktu pergi kedai nak beli bendera. Kalau susu ke cekelat ke dah habis, memang la boleh ingat. Bendera? Not on top of my list for sure.

Cik Aiyu pun boleh tahan semangat patriotik. Dia suka kibarkan Jalur Gemilang di rumah kami. Tapi dia kibar buat main peek a boo la, hehehe..

Hari ni kami tak buat ape sangat. Cik Abe pepagi dah keluar pergi kerja. Dulu ada orang tanya, kenapa Cik Abe keluar keje awal. Dia kerja field lagi, and usually it will start at 8 am or so. So kalau job dia jarak dalam 3 jam dari Midland, sebelum Subuh le member kena keluar. Malam memang selalu dapat balik, awal ke lambat, itu je beza. Kalau keje lama kami, haih, kekadang seminggu tak tentu nampak katil sendiri. Banyak nampak sleeping bag lagi, hehehe.. Selalu keje lama aku, memang dapat bilik daripada client. Tapi kat tengah padang pasir tu korang agak je lah tahap kebersihan camne. Ada pernah sekali, dapat bilik yang penuh dengan lalat. Dah le lalat kat padang pasir tak makan saman. Kau goyang-goyang kan bahagian diorang hinggap tu, diorang buat dekkk aje. Tak pasal-pasal aku jadi pembunuh lalat profesional time tu. Banyak giler dapat, kalau kasi kat katak, memang kenyang seminggu.

Anyway, semalam Nisa request video Cik Aiyu. Nak buat interaksi tak boleh, pasal ada orang tu gila kamera. Elok dia tengah buat sesuatu, terus berhenti nanti.

Macam time dia tengah usha diri sendiri tadi.


Sekali dia tersedar, terus tutup kamera mamarazzi.

14 comments:

Anggerik Berduri said... BALAS

hahaha kang dah besar skit jangan lupa ajar lagu Negaraku. hohoi.

Nazayiena said... BALAS

klu dah gantung dua bendera M'sia dan USA nie,agak2 yg mana cik Aiyu suka?...

cahya indah said... BALAS

Cik Aiyu seronok dok sengih depan cermin ehh..dah tu terkam camera pulak. Nak jadi retis ke director ni? hehe.

Nisa Ali said... BALAS

Patriotik sgt!Kite kt sini pun x kibar bendera.. T_T

Xdpt tgk interaksi Cik Aiyu dgn mummynye pun xpelah..video ni dah cukup buat kite gelak guling2!dia memang selalu camtu ke?artis btl!haha

sabira said... BALAS

cik aiyu

dont forget to wear it in malaysia okay...hehehehehe

bonda dadif aka akish said... BALAS

halahalahala...

dak cute nih....

Nanak said... BALAS

tahniah!..tp belikan lah bendera USA juga..hikhik...nanti lagi best Aiyu main peek a boo... rambut menantu i tu dah makin panjang...

farah said... BALAS

Wow merah bj cik Aiyu, matching ngan kaler bendera. Bagus2 kecik2 dah instil semangat patriotik negara. Hehe. Suka sgt tersengih2 dpn cermin srg2 ye, caught ya cik Aiyu. Mesti suka berangan tomeii ni...hehe...

Niza said... BALAS

wow merah saga cik aiyu today... match dgn bendera msia..Hehe
Cik aiyu dh jadi big girl alredi...kejap je kan masa berlalu. Kita baca entry dari cik aiyu baby lagik

Niza said... BALAS

wow merah saga cik aiyu today... match dgn bendera msia..Hehe
Cik aiyu dh jadi big girl alredi...kejap je kan masa berlalu. Kita baca entry dari cik aiyu baby lagik

BabyIntan said... BALAS

Patriotik sungguh uols, that's good :) Amboi sakan dia dok tengok muka comel dia kat cermin tu ye...cute!

BabyIntan’s latest n3:
Beware! Renungan Menggoda Cik Arissa…

kin kin said... BALAS

owh blh request vid cik aiyu ehh? ha if gtu nk request gak la...kasi lame skit, kasi byk action skit... (hehe byk songeh i!!!)

afja said... BALAS

mmg patriotik betul la si aiyu tu. syabas betti

mcm tau2 ajek nk balik mesia jumpa nenek kan... betul x cik aiyu?

(kompem maknya yg anggukkan kepala. hehehe)

Madam Sooyaree said... BALAS

Aqilah,
Hah, harus tu! Siap berdiri tegak, dengan lagu Selangor (tapi Aiyu lahir KL, hehe)

Ina,
Mana-mana yang dia boleh menyorok, itulah yang dia suka :P

Cahya,
Dia dua-dua pun ok, perasan serba berbakat le tu :P

Nisa,
Dia ni memang gitu, suka sengih-sengih sendiri, hihihi.. Tapi time naik angin, dia gak, haha

Sabira,
Harus le kan.. terik!

Bonda Dadif,
Auww... thanks auntie!

Nanak,
Sebab tu dia suka main baju baru keluar dryer kot, banyak bahan peek a boo, hahaha.. Itu lah, bapak dia suruh simpan rambut tu

Farah,
Bukan merah, fuschia ok :P Tah ape la kan bebudak ni berangan :P

Niza,
Auww... thanks Niza! Skang ni pipi dah kurang bulat, kepala je maintain besar!

Baby Intan,
Hehehe.. kalau dah duk luar ni memang semangat lebey!

Kin Kin,
Hahahaha.. itu request terlampau :P Insya allah, skang ni tak dan nak pegang kamera sangat, ada orang asyik nak rampas

Afja,
Hahahah.. ya betul! Bendera ni pun kidnap nenek punya :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...