Saturday, October 29, 2011

Our traveling tales

Salam 1Malaysia!

Cik Aiyu nampak nye masih jet lag, tido time Amerika. Tido siang sampai 7 jam, tengah malam bawak berjaga sampai Subuh. Pagi jam 9, sambung tido balik. Nak tak nak terpaksa lah mak nye meng jet lag kan diri sekali. Tido berjemaah di siang hari, hihihi..

Anyway, cerita kami di airport tempoh hari. Takpe kan, walau dah basi masih lemak berkrim, hahaha…

First flight dari Midland, patut nye berlepas jam 4.35pm. Tapi dek tunda punya tunda, diorang cancel in the end. Nasib baik le ada flight lain pergi Houston jam 6.10pm, jadi kami insan-insan yang terpilih boleh le naik. Kepada mereka yang tak terpilih, boleh cuba nasib lagi pada tahun depan. Tipu je, diorang kena naik flight esok pagi, hehehe…

Bila sampai Houston, dah le transit jadi pendek. Tak sampai sejam. Kalau waktu muda remaja dulu boleh le ku main lari dari terminal ke terminal, tapi bila dah bawak baby ni, sendiri mau ingat la. Semua pun kena lileks aje. Sampai kat gate, semorang dah start boarding. Terus le kami masuk boarding sama. Tak rela you, selalu orang yang boarding terlambat ni sering dipandang sinis oleh penumpang-penumpang lain. Heh, macam ada pengalaman kan. Mesti le, ade lah 2-3 kali nama haku pernah kena panggil, kalau tak diorang nak tinggalkan bag. Hasilnya, bila jalan masuk, semorang jeling jeling paku nak kan haku. Lelagi kalau seat kat belakang (dasar tak mampu naik bisnes class), memang orang kata walk of shame le.

Dari Houston ke Doha, ada 4 baby lain yang seangkatan dengan Cik Aiyu. Nasib baik Cik Aiyu tak bikin drama, elok perangai dia sepanjang 14 jam tu. Busy duk tampal sticker ke hulur ke hilir. DVD player pun tak perlu keluar, pasal Qatar Airways ada Baby TV yo!

DSC02845-e

Sampai di Doha, kami ada transit 6 jam. I haven’t been in Doha airport for some time. Honestly, it was not one of my favorite. Less shops, and chaotic inspection line. This was back then. Kali ni, dengan ada nye Cik Aiyu, mak nye dapat special pass. Tak yah beratur, hihihi.. Me likey Open-mouthed smile Cuma yang tak best, diorang tak kasi guna stroller sendiri di Doha. Kena terus masuk luggage sampai KL. Airport ada sediakan stroller, tapi tau tau je la, benda free. Tayar depan suka suki buat free wheelie.

Awal-awal di airport, aku terus cari kopi. Nak minum dalam flight, takut kena tepis ngan anak. Bila dah dapat kopi, cari pulak tempat yang Cik Aiyu boleh lepak bermain. Barulah feel nak minum kopi.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Doha airport ada playground you!

DSC02847-eDSC02846-e

Tapi awek tak main lama kat situ. Sesikit datang kat haku, mintak kopi. Mana boleh yang, awak tak cukup umur lagi. Orang kasi air ngan snek, dia tanak. Apa ek yang dia nak?

DSC02849-e

Lelama sket baru aku terfikir, eh, tah tah budak ni lapar tak? Dalam flight dia makan tak makan, mungkin dia nak sesuatu yang lebih fresh gitu.

Yaaa bbeetttuuuullll!!!

DSC02850-e

Bila disua cheese sandwich dan susu, terus Cik Aiyu makan dengan keadaan rakus. Susah weh nak tengok anak aku terjah makanan gitu. Lapar benor le tu. Sorry laling, mami tak paham.

Rasa berbaloi RM30 haku. Ye, sandwich ngan susu pun mahal nak mam. Tapi takpe, yang penting anak kita gumbira.

DSC02851-e

Lepas makan, aku mandikan Cik Aiyu. Kasi tahap segar itu berganda. Memang betul le tu, pasal lepas tu terus member tido.

DSC02852-e

Bila Cik Aiyu dah jaga, kami pergi ke gate untuk boarding. Saje je pergi awal, kot kot ada warga Malaysia lain kan. Boleh bawak berborak. Terjumpa lah kami dengan kakak Fauzyah yang baik hati. Mana tak nya, dia lah yang duk tolong aku angkat bag ke hulur ke hilir. Dah le carry on bag aku berat, kesian kat kak. Thank you kak!!!

Dalam waktu menunggu tu, ada la sekumpulan Arabic ni duk usha Cik Aiyu. Anak haku pun saje je, suka lalu lalang depan diorang. Sorang tu siap umpan Cik Aiyu dengan Twix. Cik Aiyu dengan mulut terbuka terus terima, orang tu angkat pangku pun dia ok aje. Siap amik gambor bagai lagi. Hewahhh… sukati korang aje ye. Dah la ada yang tanya aku “is that your daughter?” Bila aku cakap iye, diorang tanya pulak, kenapa muka kami tak sama.

Sabor je la, nak ngate aku huduh le tu.

T__T

Flight dari Doha ke KL pulak mengambil masa dalam 7 jam gitu. Time ni Cik Aiyu sorang je baby. Kali ni pun dia tak buat perangai, cuma dia tak berapa nak tido. Terpaksa lah aku pun berjaga sama.

Bila sampai KLIA, tangan kanan aku dah hampir bertukar menjadi tangan besi. Time ni la aku menyumpah seranah Qatar Airways pasal tak kasi check stroller at gate. Jauh weh, dari gate ke immigration counter! Seriously, kalau takde kak Fauzyah, memang aku plan nak seret je carry on bag aku. Sampai ke tahap tu dah penat nye. Anyway, lepas cop cop, angkat bag, keluar Arrival Gate…..



Rombongan cik kiah sudah menanti!!!!



Very the meriah one! Haku ada 6 beradik, 2 ipar duai, 6 anak sedara. Go figure macam mana meriahnya kat airport, hahahaha… Next time kena sewa bas ni!

19 comments:

Amy Z! said... BALAS

Hazabnya travel dgn toddler kalo takde stroller. Fuh fuh. Boleh timbul muscle nih. Hahaha.

Baju skeleton aiyu kaler pink tak nampak ganas. Cute lagik.. Ahahaha.

Berbaloi sggh susah2 travel dgn delay, dgn transit, dgn berjam2. Akhirnya dpt jumpa dgn family tersayang. Huhuhu..

Enjoice Msia!!

lemongrass said... BALAS

Dulu masa I travel dgn toddler and 1 child, I bawak baby carrier yg mcm big rucksack tu, sebijik mcm nak daki gunung himalaya gayanya. Tapi memang hazab lah, hehehe...
Bila Cik Aiyu nak suntanned mcm ni kalau asik tidur siang hari and bangun tengah2 malam hari :-P.
Enjoy your time kat Msia ye!

Unaizah said... BALAS

Happy holidays!!! Bolehla makan segala-mala yg teringin and rindu nak makan. Tak sabar nak baca cerita Cik Aiyu cuti-cuti mesia.

cahya indah said... BALAS

pasni Cik Aiyu kena cepat2 belajar cakap la, baru mommy paham Cik Aiyu nak apa..hehe.

ada ke diorang tu siap tanya soalan nak kena hempuk.. :p lenkali akak boleh mintak diorang bayar sebab sesuka hati amik gambar..LOL

Anonymous said... BALAS

Tak sabar nak dengar citer pasal rombongan Cik Kiah kat airport pulak.

Azian

Melissa Imran said... BALAS

Hahaha sorry byk2 ler awak sebab suggested kat awak soh naik Qatar Airways - sungguh tak baby-friendly kan huhuhu (Len kali orang tade anak jangan sibuk2 nk bg nasihat!!) Ampun sekali lagi!!

BabyIntan said... BALAS

Adohai selamba je ye diorang nie tanya 'is that ur daughter'...hee hee, sabor je lah :)

Penat2 sampai tangan dah jadi besi semuanya berbaloi kan bila 'rombongan cik kiah' dah menanti di situ...mesti seronok kan dpt berkumpul semula dgn family.

Selamat kembali dan bercuti di tanah air, mummy Huda dan Cik Aiyu syomels ;)

BabyIntan’s latest n3:
Jom Vote Arissa Afrina In Poppykins’ Top L’il Models Search Today!
Peraduan Gaya Adik Bulan Ini Pa&Ma!

farah said... BALAS

Welcome home Nurul & cik Aiyu!! salute to you bawak cik Aiyu travelling alone from US. Kalau I jadi u la, x tau mcamana nak handle. Alang pegi tmpt dekat pun bersilat melayan si kecik I. Hehe. Hope u'll have a good time being back, borong stok apa2 yang patut yeah...hehe....
p/s: Cik Aiyu in halloween spirit eh? :)

SurayaCoghlan said... BALAS

pergghhhh...terer...terer..terer...i yg flight yg berapa kerat saja jam pun tak sanggup bawak balik madina sendirian...ku heret jugak laki ku balik sekali...huhuhu.

sHieRa cAkAp said... BALAS

Gud girlnye la cik aiyu ni! But tabik spring berganda la ngan mummy cik aiyu! Superwoman gitu. Anyway, welcome home to both of u!

umie said... BALAS

wah..cik aiyu balik malaysia...welcome home...x sabar nak dgr cerita setrusnya ni..cepat la update k..

liemaopurut a.k.a ana said... BALAS

seksa nya nak bole sampai msia eh. pape pun suka la baju skeleton cik aiyu tu...ganasssss!!!

eh....cik aiyu tu anak u ker??hihhiih kurang asam punyaa pak arab. kasik penampo namblas kali..;D

Dinas Aldi said... BALAS

Hapa la kes dema tak bagi pakai stroller tu, takda hati perut ka. Nasib baik ada bantuan, alhamdulillah!

ctsal said... BALAS

happy holiday...
nanti upload gamba cik ayu cuti2 malaysia ok..

Anonymous said... BALAS

apsal tk hempuk jer pak n mak arabian tu..tk pun ambat jer..sambil ckp halas(enough!)..mary slalu kena gak..sbb muka cam arabian..ms die p playground..atau p pasaraya..ada mocik o pocik middle east ada taye..is she your doter..lg sandis..are you her nanny..eh taula mama mukanya cam filipino maid..dan papaya cam indian mauritius..lastly papaya hambat mary...rooh rooh( pergi!pergi!)

mary

Madam Sooyaree said... BALAS

Amyz,
Itu le pasal, semua urat dah terkeluar dah hari tu, hehehe... Thanks dear, Cik Abe pun suka baju dia ni, nampak macam Abby from NCIS kata dia, hehe. Ya betul, yang penting sampai Malaysia! :D

Lemongrass,
Thanks dear! Baby Carrier kami ada, tapi tak bawak pasal fikir dah bawak stroller kan. First time stroller kena reject, check at the gate, hehehe..

Unaizah,
Thanks! True, skang ni my mom hari2 buat nasi berwarna warni. Sempena Diwali kot, hehe

Cahya,
Ok le tu, bayaran yang diterima adalah sekeping Twix yang lepas tu akak kena kemas tangan Cik Aiyu pasal berlumur cokelat, haha

Kak Azian,
Rombongan airport biasa je, Aiyu sombong tanak ngan sesape :P

Melissa,
Eh, takpe lah. Overall experience is really good, even the food is not bad. Tapi itu le, not meant for single parent with child travel :P

Baby Intan,
Betul tu, sangat-sangat berbaloi! Tak pernah 13 bulan tinggalkan Malaysia :D Thanks dear!

Farah,
Thanks laling! Kalau you duduk luar, mesti semangat nak balik tu will overcome ketakutan travel dengan toddler, hahahaha... Skang ni PJs semua ala2 Halloween, so biar dia rock sket, hehe

Su,
Thanks dear, I pun takut2 mula tu. Laki ku tak cuti panjang, what to do :(

Shiera,
Auwww... thanks dear :)

Umie,
Thanks dear, nanti kita update bila ada bahan k ;)

Liemaopurut,
Hehehe.. ganas tak ganas la baju, warna pink! :P Arab tu besar, nak jentik pun takut!

Dinas,
Stroller diorang ada, but then limited lah. Pastu nak naik kapalterbang kena naik bas, naik tangga, sungguh kuno mereka, haha

CTSal,
Thank you dear, insya allah kita upload :D

Mary,
Hangin kan bila orang cakap gitu, hihihi.. Tau la kita ni kulit sawo matang, hidung pesek

Anggerik Berduri said... BALAS

cute giler baju skeleton tu. hahahahahahahaah nk gelak je tgk gmbar die makan roti. garang nye. LOL

Yan said... BALAS

OMG!!! hebat you..that's a looong flite, double with a toddler!! bravo bravo...Kalau i mesti cam nak nangih esp kalau beg pun berat!! ahaks...love the pink outfit too!! ENJOY mesia...

Nieza Adam Tran said... BALAS

wow.. sangat bertabah hati anak akak.. anak saye.. errmmm pengalaman pertama mengajar ku.. haru biru.. hikkhikk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...