Fakta:
Satu hari ada 24 jam.
Dalam masa 24 jam, 9 jam adalah waktu tido malam. Tido siang pula, adalah selama agak-agak 2 jam.
Tapi ini untuk Cik Aiyu la, mak nye tak dapat join sama. Walaupun beauty sleep itu adalah amat diperlukan, tapi rumah lebih perlu dikemas. Lantai perlu dimop. Blog perlu di update. E-mail customer perlu dibalas. Belum lagi nak mandi setengah jam.
Tapi entry hari ini bukanlah luahan hati sang emak. Kisah si anak dan bapa.
Berbalik pada kiraan waktu tadi, jadinya waktu berjaga Cik Aiyu adalah dalam 13 jam sehari. Selalu nye aku mesti ada sama dengan dia, dah kata stay at home mom kan. Tapi kekadang ada jugak waktu kami tidak bersama, seperti waktu aku mandi, semayang, pergi toilet dan sebagainya. Takkan nak membuang bawak anak sama kan… tak elok weh! Kekadang bila Cik Abe ade kat rumah, ada jugak aku keluar sejam dua sesorang. Sesekali perasan single kan, hehehe.. Bukan apa, senang sket nak buat kerja bila Cik Aiyu tak ikut sama. Nak gi belek-belek barang kat kedai pun ok, pasal selalu ada orang tu buat muka cencurut kalau aku singgah lama kat satu tempat. Kecuali kalau taman permainan, yang tu tak balik pun takpe!
Anyway….
Dalam masa aku keluar sekejap ni kan, mesti ada sesuatu berlaku di rumah.
Kompem punya.
Tak pernah miss insiden ni.
Nak tau tak peristiwa apa yang berlaku bila mak nye takde di rumah???
?
?
?
?
?
Cik Aiyu mesti bewok!
Serious, tak tipu punya.
Sebagai contoh, semalam lepas breakfast, aku lepak dalam bilik kejap. Bila keluar, Cik Abe kata Cik Aiyu baru bewok. Pastu petang sket aku gi mall. Balik tu Cik Abe report lagi, Cik Aiyu bewok.
Bukan sekali dua, hampir setiap kali kena tinggal, mesti awek kita membuang.
Sumpahan apakah ini???
Sumpahan bewok?
Hehehe… kesian kepada bapak yang tidak bersalah, gigih la dia meng istinjak kan anak dalam sinki setiap kali. Mak nye ok aje, no komplen maaa.. Suka lagi ade lah, hahahaha… Pandai anakku timing perut, mami lap you lah!
Pembuli dan yang dibuli.
12 comments:
hahahaha.. pandai lah mummy budget time anak poopoo. hahahah
No wonder lah cik Aiyu pandai memanjat youuu, tgk tu dia permainan kat US, punyalah tinggi besar bagak tangga nak panjat naik atas. Sah2 kat Mesia xde...hehe...
I pun suke kalau anak membuang time bapak jaga, baru la fair & square gituuuu...hehe...
Kesian kat bapak dia. Emak dia seronok. Tak pa, kan tugas jaga/didik anak adalah tugas emak & bapak. Nasiblah kalau waktu tinggal, bapaknya mengistinjak Cik Aiyu. Tanggungjawab kan.
Tapi ai pernah jumpa, bapak yg tak mahu basuh berak anak. Dia talipon balik isteri dia sedang makan kat rumah saya. Dalam diam saya istighfar sendiri. Sebab kesian tengok isteri dia baru nak join "ME TIME" kena panggil balik. Spoil mood dia. Saya tapaukan je makanan yg belum dia makan.
Azian
bagos.. biar bapaknyer merasa cebok anak.. :)
org tua2 kata (org tua,. bukan ai..) air tgn kita yg mandikan / suap makan / cebok anak tu nanti akan membuat anak lebih rapat dgn kita, and esok2 kita tua anak2 would do the same thing to us!
ni pengajaran pada diri sendiri jugak pasal kekdg aku ngelat nak mandikan anak! :p
Cik Aiyu pandaiiii..bagus betul Cik Aiyu pilih bonding time dengan bapak ;)
wahahaha..cik aiyu yang pandai.. legaaaa hati mak yeeee? ;p
masa me admit hr tu, me adalah seronok sebab hubby terpaksa basuh anak bewok yg amatttttlah jarang/selalu mengelat/mengelak untuk dilakukan olehnya..hahhhaaaaaa
hehehe.. .cik aiyuuu cik aiyuuuu
Hihihihi...Cik Aiyu nak bagi daddy rasa mengasuh anak sama....yg wangi + yg busyuk.
hahaha terbayang2 kita suami awak dok cuci Aiyu kat sinki tu :P (bukan kes orang yang cuci, tp kes sinki tu)
Cara memanjat tu, hehe so cute.
Sporting betullah Cik Aiyu ngan Momnya.....xpe sekali sekala nak ayahnya plk rasa mom at home.....
Post a Comment