Saturday, November 26, 2011

A plane story

Thanks for all your warm wishes. Alhamdulillah, we have arrived safely yesterday.

Everything went smooth, takde delay takde rushing.

Kami keluar rumah lepas tengah malam gitu. Flight pukul 3.30 pagi. Hamek kau, semua sendu aje kat rumah. Dari nenek orang, bapak orang, mak orang, anak orang, semua pakat golek-golek. Pergi airport, 3 kereta yang hantar. Tapi hantar sampai pintu aje, pasal mak bapak orang semua kerja esok nye. Elok jugak, kurang kebarangkalian untuk buat aksi ala terkeluar Akademi Fantasia. Kalau dah nanges, susah mau berhenti, hehehe…

Dari KLIA ke Doha, kami dapat 4 seats. Kami rakyat marhain, naik kelas ekonomi aje. Jadi bila dapat seat kosong gini, memang seronok lah. Boleh buat pengudaraan ketiak tanpa terlanggar siku orang sebelah. Nak kasi susu kat Cik Aiyu pun selesa sket.

Tapi yang pasti, yang conquer tempat duduk adalah objek paling kecik antara kami.

Lena Cik Aiyu tido. Cik Abe kebetulan ada bawak bantal sekali. Memang selesa kadar berganda.

DSC03090-e

Sampai di Doha, kami transit dalam 2 jam 45 minit. Sempat kasi Cik Aiyu mandi, kasi fresh sket. Lepas tu kami top up perut memasing, lapor!

DSC03091-e

Dari Doha ke Houston, yang ni haku lemah sket. Flight 15 jam 15 minit you! Nasib baik tak tumbuh ketuat kat vontot. Apa pun, nasib baik kami dapat seat sebelah menyebelah. Sebelum tu seat aku ngan Cik Abe beza 7 rows kot. Sampai Doha, ground crew diorang tolong dapatkan seat bersama. Siap ada seat ketiga yang kosong lagi. Boleh la Cik Aiyu fefeeling mak bapak banyak duit, belikan dia seat, hahaha…

DSC03096-e

Kali ni Cik Aiyu duk busybody, asyik nak berjalan dalam plane. Nasib baik tangan dia tak gatal nak cuit sana sini. Waktu tak berjalan, dia layan Baby TV. Tak pun membaca, melukis atas magnetic board, atau menampal sticker. Oh, dan kacau Cik Abe yang sibuk duk main game Mummy Maze, hahaha..

Sampai di Houston, first time aku tak kena soal siasat lelebih dengan TSA. Yes lah! Kalau tak, confirm sangkut 2-3 jam gak. Bag yang penuh dengan rempah ratus, Maggi, Horlicks dan perencah pun lepas. Tak kena buka pun. Me likey!

IMG-20111125-00177-e

Sambil menunggu flight terakhir, Cik Aiyu dah jumpa hobi baru. Turun escalator. Gigih la bapak nye teman anak. Member nak turun sendiri, jadi kena pimpin tangan dia lah. Dah la kat Doha dia pergi tekan stop button escalator. Kunci pulak takde kat situ, habis orang-orang kemudian kena turun tangga, hehehe.. Nasib baik time tu kitorang antara yang terakhir nak board, so ok lah. Menyusahkan 20 orang gitu je, hihihi…

Anyway, Cik Aiyu pengsan dari waktu menunggu hinggalah sampai ke Midland. Sampai kat rumah, kami semua tido jam 3 pagi gitu. Aku pukul 9.30 pagi dah jaga, tapi Cik Aiyu dan Cik Abe…

Jam 1.30 petang baru bangun, hehehe… Fengsan!



P/S: Salam Maal Hijrah buat semua rakan Mai Korner yang beragam Islam :) Semoga tahun ini kita mendapat lebih hidayah daripada-Nya.

10 comments:

sri hati said... BALAS

alhamdulillah dah selamat smpai umah..suke tgk cik aiyu yg tgh syok tido..smpi tertunduk2..:)

Anonymous said... BALAS

Alhamdulillah! Selamat sampai ke Midlands.

Salam Ma'al Hijrah 1433H. 10hb ni buat ke bubur Ashura. Tingin lak nak makan. Kalau orang ada sedekah, alangkah indahnya donia

Azian

Fantabulous Mommy said... BALAS

Lama betul perjalanan. Tukang baca terasa penat apatah tuan bdn. Alhamdulillah. Home sweet home.

aziahmk said... BALAS

syukur dah selamat sampai....nasib cik aiyu x mengarok....good girl.....

Lady Lavender said... BALAS

waa..dah selamat sampai...Aduuhh..yg baca entry ni pun rasa letih bila terbayangkan betapa lamanya perjalanan. Luckily si comey tak meragam :-)

Madam Sooyaree said... BALAS

Sri Hati,
Memang syiok dia tido, tu pun dah berapa kali alih kepala, hehehe

Kak Azian,
Salam Maal Hijrah buat akak sekeluarga. Kita bubur AShura memang takde, bubur nasi aci tak?

Fantabulous Mommy,
Tuan punya badan skang ni makin penat, kertu sudah agak nye, hihihi

Kak Aziah,
Alhamdulillah, awal2 tu takut gak. Dia ni kalau ada daddy kekadang over tau, hehe

Lady Lavender,
Alhamdulillah... Awak kat sana mesti beku kan sekarang, tak lalu you!

Wahidah said... BALAS

dh blk dh yea..kejap je..ingtkn lama kt kg tu..15 jam flight non stop..aiyooo...kematu buntot..:)

Madam Sooyaree said... BALAS

15 jam tu satu flight aje, sebelum tu 7 jam, lepas tu lak 2 jam flying, hehehe

Dalila Hamid said... BALAS

kesiannya..... mesti letih cik aiyu tu...:)

Nazayiena said... BALAS

Lamanya dok dlm flight....nasib baik Cik Aiyu x meragam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...