Saturday, December 24, 2011

Cookie decorating day out

Nampaknya kami bakal mengalami white Christmas. Salji turun sejak petang semalam, masih tak berhenti sekarang. Macam tak duduk Texas lak, hehehe…

Oh ya, FIL, MIL & Whitney ada kat rumah kami. Diorang sampai petang semalam. Dah seminggu lebih diorang road trip. Best gilos, banyak tempat diorang singgah sebelum sampai sini. Kami nak road trip, tunggu Cik Aiyu besar sket le kot. Nanti boleh ajak Cik Abe gi Las Vegas, barulah muda mudi sket kannn…

Anyway, semalam kami ada deko deko kukis di rumah Casey. Deko deko sambil makan pizza. Memang layan! Casey bakar biskut, kami bawak deko deko. Ramai gak mak mak terlibat, dalam 7 orang mak. Dengan bebudak lagi, pergh… memang meriah. Kesian tuan rumah nak kemas lepas tu, hahaha...

DSC03462-e

Budak ni nama Aiyu. Kerja nye bukan deko deko kukis, tapi makan deko kukis. Semua kukis yang haku letak topping, dia jilat topping. Biskut ngap sket sket aje. Pastu dengan tahap gelojoh, siap nak picit icing terus dalam mulut. T__T

Kelas lukisan, fail!

DSC03458-e

Ni bebudak yang dah besar sket aaa. Dalam reramai, Cik Aiyu kedua paling muda. Yang paling kecik, umur 11 bulan. Sah sah tak dapat deko deko kukis kan. Jadi peserta deko deko termuda, adalah mek Aiyu kita. Budak baju pepel ni, adalah anak sulung 4 beradik. Tapi kalau ko tengok mak dia, nanges! Badan ala ala Gisele ko, dengan kaki panjang lagi. Sah sah beli jeans tak payah potong kaki, I is jeles hokay...

DSC03459-eDSC03461-eDSC03463-e

Awek ni nama Hannah, kawan kelas swimming Cik Aiyu jugak. Ni pun sama, tukang makan deko deko kukis. Tengok pipi pun tau, hehehe…

Lepas deko deko, kami bawak balik kukis yang di deko. Haku bawak balik dalam 5 ketul kot. Baru nak rasa seketul, Cik Aiyu buat rampasan kuasa.

DSC03467-e

Haaa… amacam, ok tak angel iolls? Nampak sangat bakat seni ke longkang kan, hahaha… Tapi takpe, tukang makan nye tetap ade, hehehehe….

DSC03468-e

Anyway, kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah pada Sally & Abang Jijul sempena majlis pertunangan mereka hari ini. Nanti tak lama lagi kena hapdet ‘Watak Sinetron’ blog ni, hihihi… Tak lupa juga, pada Rose & Shamsul. Congrats!

Dalam keseronokan, ada yang pergi tidak akan kembali. Takziah pada Kak Mynn sekeluarga, moga roh abah Kak Mynn ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

2 comments:

Imran@Copenhagen said... BALAS

wow menarik! Ada bakat boleh jadi masterchef

sHeeMa DeaN said... BALAS

tetiba teringin plak nak rasa biskut gingerbread nie.. ngehhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...