Sunday, December 25, 2011

White Christmas

Tahun ni kami dapat salji rahmat. Salji rahmat sempena Christmas you.

Nak ikutkan Texas ni memang jarang ah nak snow. Elok pulak kali ni, timing ngam ngam waktu Christmas. Yang kelakar rumah mertua nun di utara, takde pulak snow time ni. Walhal rumah diorang le yang sejuk berdengung selalu. Serious, first time gi rumah mertua, aku rasa nak bawak selimut jejalan. Sejuk gilos. Tapi memang gua tak buat la, drop my water face aje. Sudah nye duk berstokin doploh pat jam macam orang pantang, hahaha…

Tahun ni kami celebrate simple simple aje. Ikut Cik Abe, memang dia malas nak celebrate. Tapi since mertua datang jauh kan, kami buat la ala kadar. Tak buat ape pun, takat makan makan aje. Pokok pun takde, pasal takut pokok tu nanti daun nya luruh dipetik Cik Aiyu, hehehe.. Tau tau la anak pompuan ai tu, tangan takleh duduk diam. Suka nau nak kuti sana sini. Sampai jerawat di muka mak nye pun jadi mangsa kekadang, auwwww…

Petang semalam, MIL ajak buat snowman. Pergh, dah lama sebenarnya aku teringin nak buat snowman ni. Ajak Cik Abe dulu, dia pandang aku macam aku nak buang tebiat. Takkan nak buat sesorang kan, jadi niat tu ku pendamkan saje. Alih alih sampai Texas, baru terhegeh hegeh nak buat. Dulu snow 3-4 kaki depan mata, ko buat tak tau aje. Inilah namanya manusia, dah takde depan mata baru nak cari.



Kami buat projek kat laman belakang.

DSC03474-eDSC03475-eDSC03478-e

Cantik tak topi Cik Aiyu, ada pom pom kat atas, hehehe.. Pak dia yang pilih. Skang ni Cik Abe very the over tau, semua barang Aiyu dia nak beli ala ala pink. Walhal dulu masa mengandung, dia yang cakap tak suka anak pompuan terlalu pink. Hamik ko ubat, skang sape yang over?

DSC03476-e

Anyway, inilah snowman kami. Bila pakai topi bentuk kon, rasa macam snowman Vietnam pulak. What say you?

DSC03480-e



Lepas buat snowman, kami dinner sekali. Kira Christmas dinner le. Cik Abe dapat call, mungkin ada job on Christmas morning. So we decided to celebrate on the eve, instead the day itself. Makan pun biasa biasa aje, ada lefse, fried potatoes, baked chicken, beans & salad. Rendang rendang takde.

DSC03482-e

Dah kenyang makan, kami bukak hadiah bersama. Cik Aiyu yang mulakan upacara pembukaan hadiah, tapi dapat je hadiah pertama, member duduk tepi mengadap buku yang dia dapat. Dah terpaksa mak nye enterprem bukak hadiah yang lelain.

DSC03489-eDSC03494-e

Antara hadiah yang Cik Aiyu dapat adalah buku, Duplo, baju, bath tub paint & flapping duck. Untuk auntie Whitney, kami kasi Nook. Mak nye pulak dapat baju, set mandian, teh & Keurig idaman hati, hehehe… Cik Abe dapat a set of sauces, baju, wangian & Lego Millennium Falcon. Untuk grandma & grandpa, dapat Turkish robe. Ada baju untuk grandma & grandpa, ole ole dari Malaysia hari tu pun aku balut. Baru la fefeeling dapat hadiah lebih kan, hihihi..

So, that’s how we spent our Christmas. Kome kome pulak, cuti ni buat ape?

9 comments:

Asmara said... BALAS

wah syok la cik aiyu dpt present manyak. hehe..
*sini pun white christmas, cuti kene gali salji yg menggunung. uhuhu..

Hisfazilah said... BALAS

Wah Aiyuuu....bestnya raya white lagi! Kat Sweden tak white...boring winter kali ni ;P

Lady of Leisure said... BALAS

hi dear.. bestnya cik aiyu dok main snow.. cuti ni kitorang melepak di rumah jer, masak pun idak, kiki..

Syima Syaz said... BALAS

kat mesia?
nak gi mall mcm malas... sbb ramai org kan.since pregnant ni hubby takleh tempat sesak2, tetiba nafas dia sesak...camtu

so..kitorang jalan2 area gombak n beli barang kelengkapan rumah.2 hari dok beli peti ais, TV, dapur...hangus duit!

Anonymous said... BALAS

wowe..byk adiah..mary tk dpt adioh pun...even beday be4 hari natal..tp celebrated birthday..kat nursery..sbb mama malas nk kemas..bila mary wat deco-deco..and dance party..haha

gee ryder said... BALAS

alamak! comelnyeeeeeea aiyu!
duk dalam snow camtu lagilah comelnye hehe...

nice blog la. i follow u ;)
salam kenal.

Nota Cikgu Anum said... BALAS

comey dak Aiyu ni. eh aritu ai terjah forum mn tah, ade org gune pic Aiyu as his/her avatar.

Kisah Hati said... BALAS

i celebrate kat masjid besi ye nokkk... berdebar-debar gitu rasa nak meletup dada hehehe...

ana

Madam Sooyaree said... BALAS

Asmara,
Hihihih.. itu le kita tgk gambar. Siap ski lagi bebudak ye, best! Kita rumah lama gitu le, rumah baru baru turun salji sikit dah kecoh, hihi

Hisfazilah,
Aiyak, Sweden jauh di utara pun takde ke? Kasihannnnn

Lady of Leisure,
Tak masak? Tengok blog meriah sungguh! Tapi memang kan, ada baby ni makan selagi boleh sumbat, sumbat! :P

Syima,
Wah, hubby ke Syima yang preggy ni? :P Memang nak mausk rumah pakai duit banyak, kitorang pun tengah pelan pelan kayuh ni :)

Azza,
Birthday Mary 24hb Dec ke? Dah 2 tahun dia, yeay! Muahaha.. ok le tu, at least celerate kan ;)

Gee Ryder,
Thanks dear for dropping by n follow kita. Thanks terlebey pasal kata anak kita comey, hihihi

Nota Cikgu Anum,
Forum Cari ke dear? Most prob my sis kot ;) Thanks for the info!

Ana,
Alhamdulillah, semua dah selesai kan, syukur sangat :)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...