Friday, December 16, 2011

Her sleeping pattern

Alhamdulillah, proses nak tido Aiyu dah ok.

Sebelum kami balik Malaysia, memang senang aje nak tido kan dia. Kasi susu, gosok gigi, baca buku sket, pastu letak dalam crib. Pasang music box, cakap good night, kiss kiss, dia terus golek tanpa banyak soal. Masa kat Malaysia, kami tido sebilik. Awal-awal sekatil, tapi bila jet lag dia dah habis, aku masukkan dia dalam crib. Tapi dia banyak terjaga tengah malam, so kekadang end up tido sekali jugak, hehehe.. Nak biarkan dia menangis, macam tak elok le pulak, pasal kami tido rumah mak kan. Mak dah le light sleeper, ada yang jadi zombie kampung pisang kang.

Anyway, sejak kami balik dari Malaysia, memang hazabedah nak tido kan Cik Aiyu. Awal-awal aku tido berdua dengan dia, pasal waktu tu dia jet lag lagi. Lagipun waktu kami balik suhu dah mula rendah, bilik Cik Aiyu sejuk sket berbanding dengan bilik-bilik lain. Lepas jet lag dah habis, kami beli space heater untuk bilik dia. Hamik ko, tido sesorang balik le kamu, hehehe… Malam pertama dia tido dalam bilik sendiri, mak aihhh… nanges tak berhenti sepanjang malam. Tak le nangis teresak-esak gitu, lebih pada menjerit melepaskan perasaan. Kitorang biarkan aje, setiap 3 jam gitu baru masuk jumpa dia, kasi susu. Yang lebih-lebih tu, kena tadah telinga le. Susah tu memang la susah, rasa remuk aje hati. Tapi itu lah, kalau tak, sampai bila dia tanak tido sendiri.

Dari sehari ke sehari, makin kurang jeritan batin nye itu. Dan sekarang dah 2 malam, dia hanya nangis protes tanak tido dalam seminit, pastu terus senyap. Alhamdulillahhh…

DSC01357-e
(gambar lama, sekadar gambar hiasan)

Eh, bila tengok gambar ni, baru teringat nak hapdet korang. Cik Aiyu skang dah boleh recognize her body parts. Kalau kita cakap “pat your head”, nanti dia pat her head. Rub your belly, jiggle your ears, wiggle your toes, close your eyes, clap your hands, swing your arms… nanti semua dia buat. Honk your nose pun dia reti, cuma kekadang dia terus dig your nose, hahahaha… Nanti bebila iolls cuba record kan k? Winking smile

15 comments:

soulsearcher said... BALAS

chumel..mama aiyu jgn xrekod.bagus gak..jgn diiukutkan sgt kitorang kat mesia..sudahnya hubby i ckp master bedroom dh sama mcm dorm.haha

ANR said... BALAS

baguslah train dari kecik tdo asing.. tp I tdo ngn ibu smpai sekarang. hahahahaahah

Madam Sooyaree said... BALAS

Sya Zazoo,
Hihihi... dorm pun dorm la, asal semua bahagia kannn :D Kitorang kalau tido sekali, tau tau aje lah sape yang conquer katil nanti. sudah nye mak bapak tak lena, anak buat break dance atas katil

Aqilah,
Hahahah.. best ape tido ngan mak... manja, auwww

liemaopurut a.k.a ana said... BALAS

wah...lama gitu x tinggalkan jejak kat sini.....
tak sabooo ni nak tunggu video cik aiyu dig her nose ekekekeke

farah said... BALAS

Congrats cik Aiyu berjaya able semula to sleep alone! I ntah bila nak let Fatehah sleep alone. Mak nya need kegigihan to re-deco the spare room! Hehe.

Amyz! said... BALAS

Senang gak la cik Aiyu ni tidur. Tapi biasala. Mesti amik masa sikit. Lama2 dia ok. Kan? :-)

Tapi time mengalami tu, memang kena banyak sabar aje la. Haha.

Alam still tido dengan mama. Wpun dah tak jaga malam sangat kecuali lampin dah terbasah. Hahaha.

Niza said... BALAS

owh pandai nye cik aiyu...ni yg x saba nak tgk video nti.

MamaMaryam said... BALAS

Babe, camna gaya nak jiggle your ears tu?

blu4sky said... BALAS

pandai cik aiyu tido sendiri..akak kat rumah ni mlm2 pandai angkut bantal tido seblh aunty..kekadang abang2 pun join the club..dah berhimpit satu katil..sabau je lah

indahhiasan said... BALAS

salam..ahkak...suke tgk cik aiyu yang comel tu..suke jugak bace blog akak...selalu2 update entri ye..

Umie said... BALAS

ooo, cik aiyu suka korek idung ye...hehehe.. teringat muaz dulu2x mengalami kekeliruan bahasa... selalu dia duk dgr lagu "if u are happy & u know it" tu.. bila sampai part clap ur hands tu dia tau la nak clap hand... then, mama dia nie kenkadang suka la cakap "siapa nama Muaz angkat tangan" ... dia pun tau la nak angkat... tetiba 1 hari tu mama dia nak feeling2x omputeh la sangat kan, ajak la anak speaking kononnya.. "Muazzin, raise up ur hand" ... si anak pun dgn konpiden "clap hand" ... sebab dia recognize word/pronounciation "hand" tu aje like before dalam lagu peberet dia tu... maka mama pun tepuk la dahi sambil berkata "sahih, anak aku nie dah confused"...hahaha ... tapi nie kisah masa dia baby lah, nasib baik skrg dah tak konpius lagi...kih3x...

♥♥relyza♥♥ said... BALAS

awak train cik aiyu tido sendiri dari umur dia bape? iskandar ni dah 9m masih tido bwh ketiak mommy n papa dia...

Syima Syaz said... BALAS

kagum tgk aiyu..

tp my baby, mesti tido 1 bilik lah.tak berani nak biarkan dia kat bilik lain.tp kalau ikutkan abah dia nak suh tido tengah2... dah la mak nye jenis tido beralih ganaz..mmg taklah.haha

cahya indah said... BALAS

excited nak tengok video Cik Aiyu dah reti buat semua benda tu..especially digging her nose. haha.

Madam Sooyaree said... BALAS

Ana,
Itu lah, rindu kami tauuu... hehehe.. nanti dah besar sure dia marah mak nye, tunjuk kat orang clip tak elok :P

Farah,
Hehehe.. nati bila dah mula deco deco, rasa macam nak deco selalu!

Amyz,
Eh, Alam pakai CD ke? Mek kita pepagi diaper memang berat gilos, hahah

Niza,
Insya allah k dear :)

Nurul,
Jiggle tu goyang goyang kot? Ntah, hahaha.. I pun fail. Aiyu takat tunjuk lubang telinga je la

Sue,
Hahaha.. mesra alam, I like! :D

Oli Go,
Salam dear, thanks for visiting :))) Insya allah kita selalu update entry, takde cerita pun kita buat2 cerita k, hihihi

Umie,
Hahahaha... sama la ngan yang ni! Muaz lagi terror tak, 3 bahasa! Dengan Umie ajar Arab sket2 4 bahasa tu. Takpe, dah besar nanti senang tak? ;)

Anor,
Aiyu tido katil asing sejak baby, kita tak berani tido ngan dia takut terlenyek. Bilik asing, sejak umur dia setahun, bila dia dah tak perlu susu tengah malam :)

Syima,
Eh, kenapa tak berani? Insya allah ok ;) Kita kalau tido sebilik, jadi tak lena pasal masing2 senang terjaga

Cahya,
Hahaha.. yang tak elok tu sukaaa aje yeee (gurau gurau je yang) :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...