Wednesday, January 25, 2012

10 minit

Dalam sehari, ada 24 jam. 1 jam ada 60 minit, jadi sehari ada 1,440 minit. 1 minit pulak ada 60 saat, jadi sehari ada….

Ah sudah, banyak pulak nombornya. Kalau duit dalam akaun takpe la kan banyak gitu, hehehe..



Sebenarnya aku nak buat perbandingan, 10 minit dalam sehari. Tak la lama mana kan. This is on general term ok, bukan waktu dilanda musibah. 10 minit tu amat berharga kalau korang terlepas bas, terbabit dalam kemalangan dan sebagainya. Tapi kalau dalam kehidupan seharian, 10 minit tu macam takde makna sangat kan.

10 minit adalah waktu yang aku selalu amik untuk mandi. Ye, saya mandi cepat. 5 minit tak sampai. Seminit pakai baju, 4 minit lagi untuk telek lobang jerawat. Kot kot ada blackhead yang boleh dipicit, syiok!

Anyway, hari ni seperti biasa, aku amik 10 minit untuk mandi pagi tadi.

Bila aku keluar bilik…..

DSC03912-e

Gambaran sebenar adalah Cik Aiyu tengah mencangkung, sambil pipi penuh roti. Bila nampak aku, dia sengih. Gigi ilang terus, roti aje penuh dalam mulut.

DSC03913-e
Pisang yang diberi, dia buat lempeng atas karpet.

DSC03914-e

Roti yang terkorban. Twisty tie tak reti bukak, plastik roti yang jadi rompong.



Roti ni sebenarnya duduk atas meja makan. Tapi memandangkan ada orang tu tetiba tambah ketinggian 1.5” dalam sebulan, terus member boleh capai. Yang dia terbalikkan mangkuk ngan cawan toksah cerita aaaa...

Aiyu, oh Aiyu….

22 comments:

my everything said... BALAS

bodak ini sangat comel!!!!!! gerammmmm hahahahahahahahahha

♥♥relyza♥♥ said... BALAS

hahahaha comey!
extra work for mommy ek aiyu...

sabira said... BALAS

hahahahah.....cik aiyu kalau makan boleh tahan lagi kak..kat umah sabira ada kucing pun asyik nak makan roti jer..cenggitu ler rompongnyer roti gardinier bila kena gigit dek kucing...abislaa lepas ni akak kena sorok2 sket...

farah said... BALAS

Perghh byk roti terkorban tuu...nasib baik la cik Aiyu sengih kat mummy eh, xde la kena marah kot *kalau fatehah buat gini, mmg bikin my blood go upstairs lah! Haha.

Anggerik Berduri said... BALAS

hahaha rasa nk gelak geguling tgk cik Aiyu. LOL

memacam gelagat. wakakaka

Anonymous said... BALAS

Weiiii ... dah lapo sangat le kaedahnya tu ... Antara karpet dan Cik Aiyu, tak tau le sape yang terlebih kenyang :-)

Sari ..

Doktor Love said... BALAS

kesian roti tersebot. hehe..

Daddylicious said... BALAS

heehee....lapar ke geram ni...

Imran@Copenhagen said... BALAS

lain kali kena mandi 2minit je. Jimat air dan juga jimat roti :)

Amy Z! said... BALAS

Nasib baik mak dia tak pengsan.

Dalam 10 minit pulak tu. Hahaha.

Alam pulak, pantang tinggal kejap. Tup-tup dah panjat meja.. Bila kita tengok, dia sengih2 atas meja tu, sambil goyang2 bontot.

Sabar aje la.. Hahaha.

rara said... BALAS

hahahaha cik aiyu lapar yee..

Hidayah said... BALAS

Huda,

sgt lucu cerita awak...kebetulan last 2 days abang kita tye, eh rumah ni ada tikus kot, pasal plastic roti berlubang cm kena gigit tikut..tetapi sebenarnye tikus jadian, pasal lapar mak nyer sibuk benar smpai lupa nk suap dinner kat anak dia :(....itu pasal roti jadik mangsa...

~uG0giRL~ said... BALAS

dah macam cik Ti la Aiyu ni. mesti dia buat muka xbesalah kan. nak marah pun xjadi hahaha

cahya indah said... BALAS

Cik Aiyu macam mengamuk dengan roti tu..hehe.

Anonymous said... BALAS

Mary said ee kotoe...then she added aiyoo..messy..Mary dah padai buat complaint...cam papaya..uhu

Anonymous said... BALAS

membace jambatan ilmu... biar pon ketike membuat onar... hahahaha...

cute la jubah cik aiyu.. (jubah ker?) LOL...

ITA

liemaopurut a.k.a ana said... BALAS

ahahahha....sangat comel....speechless terus biler tengok plastik roti rompong kene gigit....

Wahidah said... BALAS

dlm 1o minit je ci aiyu berjaya menyepah kn rumah dgn jayanya..syabas cik aiyu..ke maksudnya mama cik aiyu kena mandi 5 minit lak lepas ne..:P

:|: TinTa Kibod :|: said... BALAS

cik aiyu lapaaaaaa....
ha ha ha

Madam Sooyaree said... BALAS

Nana,
Gerammm... geram nak mengemas, hahaha

Anor,
Awak tunggu la hero besar sket, nanti awak pun buat entry ni, hihihi

Sabira,
Hahaha.. kucing kesihatan tu! Kucing tu boleh gang ngan Aiyu tak? ;)

Farah,
Memang banyak, nasib baik beli 1 free 1, hahaha.. tu kira roti yang free le :P My blood did go upstairs, baru marah sket dia dah takut, hihihi

Aqilah,
Gelak yee... suka kamu ye....

Sari,
Karpet dan Cik Aiyu sama sama makan, mak nye makan hati, hihihi

Doktor Love,
Lagi kesian mak nye hokayyyy

Daddylicious,
Lapar dalam geram kot. Geram untuk capai, alang alang isi perut

Imran,
Hahahah... nasihat yang amat bagus. Takut mandi 2 minit, boipren lak lari, busuk!

Amyz,
Meja pun Aiyu suka panjat, skang ni meja makan kerusi kena masukkan ketat ketat. Nasib baik kerusi jenis berat, dia takleh nak tarik. Itu pun kekadang berjaya, gigih bebudak ni!

Rara,
Nak kata lapar sangat tak kot, I baru kasi pisang suruh makan, huwaaa

Hidayah,
Hahahah.. kesian kat Capiq... Ini kita dah siap siap kasi snek, dia nak gak roti atas meja tu. Cabaran kot, hehe

U Go Girl,
Iye la tu, sengih macam dia berjaya buat benda yang betul aje. Geram tau!

Cahya,
Dia mengamuk tak dapat bukak kot, hehehe... Tapi berjaya gak ikut dinding!

Azza,
Elok le kalau Mary tau kotor dan messy, yang ni lagi kotor, lagi messy, lagi suka!

Ita,
Hahaha.. harussss.. dia memang gila buku, merata rata buku dia

Ana,
Tak tengok phone mak nye lagi, pun ada bekas gigi, hihihi

Wahidah,
Time mandi tu le time kita kan... kena kurangkan berangan nampak nye, hehehehe

Tinta Kibod,
Perut nya tak lapar sangat, hati yang laparkan cabaran, hehehehe

e.l.i.s.s.m.i.e said... BALAS

kalau aku, boleh naik hantu.hahahahaha..

Madam Sooyaree said... BALAS

Muahaha... sabar laling... kita buat bodoh aje. Bising kang, sendiri penat :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...