Hari ni kan, Cik Aiyu sudah bikin panas sama mommy.
Ok, ceritanya begini.
Kitorang kat sini, nak ikutkan takde la kuat sangat tengok tv. Ada la rancangan-rancangan yang wajib kitorang tengok kalau ada kat rumah. Tapi tak la sampai rushing balik dari KL semata-mata nak tengok Awan Dania. Eh ape kes, setakat bandar 15 minit dah sampai ke mana mana, takde makna nak rushing. Tak pernah jam pun, hahaha…
Anyway, pagi hari selalu dimulakan dengan rancangan-rancangan Cik Aiyu. Tengok le pukul berapa dia bangun, tapi selalunya adalah Dinasour Train, Sesame Street, Sid the Science Kid, Word World, Super Why, Curious George & Clifford the Big Red Dog. Takde la dia tengok terus menerus semua tu. Yang selalu dia layan adalah Sesame Street, yang lelain dia takat akan lari depan tv bila keluar lagu aje. Biasa lah anak ai, perasan retis. Nak yang ada lagu aje.
Untuk mak bapak pulak, selalu nya kami akan tengok Jeopardy & Wheel of Fortune. Rancangan membina minda sket la kan. Bila dapat jawab, pergh… rasa pandai semacam aje. Padahal macam Jeopardy, dalam 25 soalan, ade lah 5 je kot yang aku tau, hahahaha… Takpe, masih perasan gak. Pedulik.
Berbalik pada isu asal.
Pagi tadi masa Cik Aiyu tengok Sesame Street, dia duk point kat Elmo, pas tu cakap “Emo”. Aku pun pakat seronok, oh… anakku dah kenal Elmo. Pastu bila bukak buku pun, nampak Elmo, dia cakap “Emo”. Waa.. soheh, dia dah kenal Elmo. Aku pun cuba la nasib, point kat diri sendiri, pastu cakap “mommy”. Dia tak pernah kot panggil mommy lagi. Daddy tu memanjang je la (ayat dengki). Lepas aku cakap camtu, Cik Aiyu point kat diri sendiri, cakap “baby”. Aku suruh panggil mommy lagi, dia malas nak layan. Ok, fine.
So tadi macam biasa, kami pergi taman. Balik dari taman, tengok Jeopardy, pastu layan Wheel of Fortune. Masa Wheel of Fortune tu baru nak mula, Cik Aiyu boleh cakap apa ko tau?
“Wheel of fortueeeeee”
Waddehel? Nama rancangan tv ko boleh sebut, mommy yang 2 patah ko tanak.
Hamboi hamboi hamboiiiiii….
Apakah patut mommy enterprem, buat video sendiri? Hehehe…
Budak kecik perasan budak besar di taman. Main buaian skang nak buaian orang besar je. Buaian baby dia tak layan.
22 comments:
Hahahaha.
Sentap mak nak!! Sebut mommy tak mau. Protes ke? Hahaha.
Sabar aje lah. Alam pun suka sebut papa je. Sebut mama time nak susu je. Haihh.. -_-"
same je la nasib kite nih.. anak i, i suruh sebut IBU die sebut MAMA.. sakit ati tul.. IBU ngan MAMA 2 kan jauh bezenye..
ITA
haha kes mak dengki nih;)
sabau2 kang cik aiyu dah pandai sebut nanti sure u serabut lagi-lagi bila. 'mummy i want this, i want that, mummy nak seposen ;) haha akan tiba juga masanya.. TUNGGU!!! ;)
mommy dengki ekkk ?
sama mcm akak gak , adeel dah pandai panggil papa & abang tp mommy? haremmmm ...
Aiyoh words panjang dah boleh cakap! Cayalah cik Aiyu, aunty salute u! Sabar la ye Nurul, I think she knows the word and she also knows you want her to say it real bad, tu yang dia saje x nak cakap bila u suruh, nak dera mommy. Hehe. I think Jie's right, nanti dia dah tau, manjang la panggil. Mcm Fatehah duk panggil I "umi, umi, umi" every 5 seconds for no reason and u feel obliged to answer, lama2 naik darah jugak u...hehe...
hahaha Clifford Big Red Dog, ok cite ni dah lame kot.. tp mmg suka gak layan. cuma cam x logik je anjing tu boleh sebesar rumah. hahahaha
wah, ksian mommy, cik aiyu xnk sbut. so xyah bg susu. biar kan dia. hahahahahaahahaha
hehehehe...alaa kak..nnt tak lama lagi dia panggil "mommy" la tuh kak.tapi kena bagi masa sket..btw kemain merah cik aiyuuu!!!kelasssssss..dah mcm elmo pun ada..heheheheheh
ahaha..Fredo sampai skng pgl i Memey..word world dia layan jg selain special agent oso
mak dia kena buat rancangan tv sendiri ni :) hehehe. kesian.. my nuha dulu lama jugak nak keluar ummi dari mulut. asyik mama, mama , mama. besar ni pun ngada2 nak panggil mama :p
Cik Aiyu nie anak daddy yea....jual mahal ngan mommy,sian mommy.
terbalik anak aii, mama pandai tp papa tak pandai2 lagi. hehe..
Sakit perut akak baca cerita kau ni dik. Sakit nak gelak. Ala ala cian dia.
e'eh no wonder cik Aiyu sebut daddy dlu nak. a picture tells a thousand words :) baik enterprem dlm gambar dlu sblm ader yg membuat konklusi hanya bapanya sahaja yg sentiasa membebisit anak:)
Hahahaha... sian mommy dia.. sabaq nak.. tak lama lagi cik aiyu nak buat kejutan kot.. sebut mommy plus full name lagi.. hahahhaa..
Hehehe awk sama mcm anor, jeles tau dgr iskandar sebut papa. Bila ntah nak sebut mommy. Anak dara awk dah besar. Makin cun! Memang patut dia pasan retis. Hehehehe
kita serupa.. anak saya pun begitu juga.. orang lain suma dia boleh sebut.. opah, atuk, abah dan lain2 lagi.. tapi UMMI.. cam susah sangat dia nak sebut..
kecikla hati mommy nya macam ni..hahaha..sabau jela kak..=D
hehe..rileks aah mommy..bila die boring..pagel ah mommy non stop..sbb nk perhatian..cam cik mary lg best..sebut i lebiu..kat papaya dan atuk shj...kalu die sebut i lebiu ke mama die..pabila mau attention dr mama..krn mama syok tgk cete/ movie/dokumentari atau melayari internet
aye pun asal nak panggil bonda.. klass ko..bonda lg..hehe..dari umi, ibu, mami..tapi yang lekat sampai harini hanya la mama..;)
hahahha....jgn kecik ati ye mummy. nanti kalu ader masa baru aiyu panggil m.u.m.m.y ;p
Amyz,
Harus la kan! Ok le tu, ada gak Alam sebut. Yang ni kalau nak susu, terus mengiau, hehe
Ita,
Hahahah... tu agaknya ramai orang bahasakan diri mama, senang budak nak panggil, hihihih
Jie,
Harus la dengki kannnn... Biasa le tu manusia, nanti bila dah pandai, tunggu kita komplen lak, hahaha...
Iza,
Hahahah... banyak gak orang senasib dengan ai tauuu
Farah,
I pun rasa dia saje je nak buat I stress. Macam kekadang tengah makan, dia berdiri atas high chair. Bila I pandang, dia buat sign 'no no' pastu sendiri duduk, hahaha....
Aqilah,
Hahahah.. memang, Mary Elizabeth tu pun agaknya dah 80 tahun, hahaha... Tak kasi susu? Sat gi dia jerit kat telinga, terus pekak lagi sebelah, hahaha
Sabira,
Hihih.. tu baju Grandpa nye yang pilih. Grandma beli, kata tu pilihan atuk omputeh Cik Aiyu :P
Nanak,
Memey... macam artis you! :P Sini takde pulak Special Agent Oso. Ke I yang tak browse channel lain, hihihi
Elissmie,
Heheheh... dia buat panggilan sendiri pulak ye. Sib baik tak panggil nama, kalau tak, haru!
Kak Nurul,
Biasa le tu, dah 24 jam mengadap muka kita, sekali bapak balik... memang tak duduk diam le dia, hihihi
Acik,
Hahaha... sorry buat akak sakit perut, ampunnnn...
Nota Cikgu Anum,
Masalahnya sang bapa tanak amik gambar! Dari takde kenangan, terpaksa la mak undur diri, hihihi
Ayang,
Hahahah... nama kita dia tak tau kot. Kekawan sini pun terbelit lidah nak sebut nama kita, hihihi
Anor,
Thanks laling. Iskandar dah boleh cakap? Best nye!
9w2ayn,
Hahahah... diorang ni saje je kan, nak buat kita geram kot, hihihi
PutriesNoora,
Sabar je la kan, nak buat camne. Kang kalau terlebih petah, kita gak yang serabut :P
Azza,
Yang ni kalau nak attention dia jerit je, haru kan! Tak dan nak sebut mommy ke daddy, hihihi
Kak Lyza,
Surat dah sampai, yiihhaaa! :D Hahahah.. bonda gitu! Iwan jadi ayahanda? Tak koser! Batalion lagi 3 tu pun panggil mama, bila keramaian semorang pelik, sape anak sape, hahahaha
Ana,
Itu la kan, tengah menghitung hari le ni, hihihi
iskandar tak pandai ckp lg. ckp bahasa dia je yg mungkin cik aiyu blh tlg translate kan. ihiksss
Post a Comment