Friday, February 24, 2012

Bila anak makin membesar…

Situasi 1:

Pagi tadi selepas sarapan, aku mula basuh pinggan. Cik Aiyu time tu tengah makan yoghurt. Ke minum yoghurt? Pasal yoghurt tu dalam pek yang boleh picit picit tu. Anyway, sedang dia kusyuk mencangkung depan tv, tetiba dia lari gi dapur. Amik tuala. Ok, aku ingat dia saje nak kacau. Biasa lah, awek kita tu tak leh tengok benda tersusun. Dia bawak tuala gi depan, pastu sambung cangkung tengok tv.

Bila aku dah selesai basuh pinggan, aku pun datang la kat dia. Bila dia perasan aku datang dekat, terus dia cepat cepat lap lantai. Eh eh.. apa kes ni? Chait, rupanya ada orang tu dah tumpahkan yoghurt. Pandai pulak tu, pergi amik tuala kat dapur, lap lantai. Terharu jap aku time tu, rasa macam dah big gal dah awek kita.



Situasi 2:

Malam tadi Cik Abe yang mandikan Cik Aiyu. Lepas dia siapkan tub, Cik Abe pun layan la komputer jap. Lepas 3 minit camtu, senyap semacam aje. Selalu kalau waktu mandi, Cik Aiyu sibuk main dengan anak itik dia. Tak pun menyanyi, hahaha.. Jangan tak tau, anak ai suka menyanyi you! Anyway, bila Cik Abe masuk bilik air, Cik Aiyu tengok dia pas tu cakap '”pooo pooo”.  Tup tup time tu seketul dah timbul. Cik Abe pun apa lagi, kelam kabut angkat anak. Walau Cik Aiyu sudah bikin onar dalam tub, Cik Abe rasa anaknya makin besar pasal dah tau apa itu poo poo.



Bayi yang semakin dewasa.

DSC04472-e

Kejap aje kan :)

16 comments:

Norliana Abdul Rahman said... BALAS

lama tak komen pasal kamu cik aiyu.. :) cepat nau dah besar. esok2 mak kamu blog pasal nak cari menantu dah.

eh mmg dah blog pasal tu kan? muahahhaa..

mama maman aka yana said... BALAS

hahaha... pandainyer anak dara nih...:)

Cik Jannah said... BALAS

cik aiyu kamu dah makin besar kang jgn poo poo dlm tub mandi tau

Amyz! said... BALAS

haha. pandai lap air tumpah. alam bila ada air tumpah, dia lap dengan lampin dia. huuuu.. T_T

kan.. kejab je rasa baby ni membesar. makin bijak. makin paham kita ckp apa. makin banyak demand dia. haha. sok2 sedar2 dah nak masuk skolah. huhuhu.

nazayiena said... BALAS

Xlah momnya letih lg nak mengelap klu cik Aiyu tertumpahkan sesuatu nanti coz dah pandai lap sendiri.....
Mungkin Cik Aiyu geli kot tu yg pandai dah ckp dia poo poo.......

Anonymous said... BALAS

bagus cik aiyu inform bapak die awal2 die poo poo.. anak i tgh2 mandi tibe2 diam sekejap tb2 air tub berubah warne.. hahahaha...

ITA

ati_emylia said... BALAS

wah...dah boleh jaga adik cik aiyu ni huda...heheheheh

emy

Eliss said... BALAS

dah big gal dah dia :) memang tak rasa sekejap ajer ms berlalu tu

amaniammar said... BALAS

so sweet....itu dikatakan GURL..
semakin pintar si gadis cilik itu..
smg dia membesar dn menceriakan kehidupan kalian

miss scofield said... BALAS

we want more pics!!!! :p

aiyu....clever girl!!! keh4..

Unaizah said... BALAS

How fast time flies! Nanti sedar-sedar dia dah going to school, university, getting a job, getting married etc.

Sakura Rals said... BALAS

Memang best bila tengok anak dah pandai buat macam-macam. Rasa bangga jadi mama hehe :-)

Mun said... BALAS

Pandai dia amek kain lap yerkk... :)

cahya indah said... BALAS

wah..seriously in awe, Cik Aiyu dah pandai bersihkan yogurt tumpah.

Hanamiko Sakura said... BALAS

budak2 cepat membesar... tapi kekadang tu... rindu pulak masa dia kecik2... yang comel2 gitu ^^

Madam Sooyaree said... BALAS

Konot,
Hahahah... auntie memang... Sib baik takde anak lelaki, kalau tak.. auwwww...

Mama Maman,
Aminnn :)))

Cik Jannah,
Hahaha.. harus!!! Skang ni pun kalau boleh jangannn

Amyz,
Hihih.. tang kecah kecah air tu kekadang terjadi gak, banyak kecah dari lap kot! Itu le pasal, kang masuk sekolah, terus tanak gang dengan mak. Mak tak cool

Kak Nurul,
Hehehe.. tapi kan kak, 3 kali tau dah dia poo poo time saya jaga mandi. Tak pasal pasal kena cuci tub lepas tu, hihi

Ita,
Baru sekali ni je dia inform, yang 5 kali sebelum ni haremmmm :P

Emy,
Hehehe.. takde kot, sorang ni pun mak nye dah pening!

Elissmie,
Itu lah, tau tau nanti dah ada boipren, auwwww

AmaniAmmar,
Aminnn... alhamdulillah :)))

Miss Scofield,
Satu gmabar dah le, kang tuan punya blog upload gmabar sendiri, auww,.. tak kuasa you!

Unaizah,
True! Time tu mula la nak rindu time diorang kecik. Skang ni asyik la tanya, bila la nak besar!

Sakura Rals,
Itu la kan, kekadang tergelak sendiri tengok diorang ni

CMA,
Hehehe.. buat tumpah lagi pandai!

Cahya,
Thanks dear. Pandai tumpahkan benda on purpose pun iye gak, pening!

Hanamiko Sakura,
Itu la kan.. skang ni kekadang kalau dia lari sana sini, rindu time dia baby, hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...