Thursday, February 9, 2012

Her new swing

Projek hujung minggu Cik Abe:-

DSC04178-e

Buat buaian anak.

Asalnya aku beli yang tempat duduk tu je, suruh sangkut kat pokok. Tapi Cik Abe tak setuju, pasal dekat dekat pokok tu ada lantai konkrit. Pastu tapak semaian untuk projek berkebun kami pun kat tepi pokok tu. Takut jugak dia Cik Aiyu serang kebun, hehehe…

Memandangkan kami ada kayu lebih daripada pangkin yang dicabut hari tu, Cik Abe cakap nak buat set buaian untuk Cik Aiyu. Memula ingatkan dia memain, tapi bila member dah bawak keluar kalkulator, ooh ooo… serius le tu. Tung tang tung tang, selepas 2 jam camtu, set buaian pun siap. Yang best nye bila buat set buaian sendiri, boleh le custom made ikut ketinggian anak yang 31.5 inci tu, hahahaha…

DSC04181-e

Jangan terpedaya dengan aksi shy shy cat Cik Aiyu. Kejap je dia naik buaian camni. Yang lebihnya, member merempit.

DSC04182-e

Buat aksi Superman. Agaknya selalu nampak bebudak lain buat kat taman. Nak ikut, tak cukup ketinggian.

DSC04185-e

Siap dia belit belit kan tali buaian tu, kasi buaian pusing kiri kanan. Kuat betul pengaruh taman dalam kehidupan cik kak kita, hehehe…

DSC04187-e

Lepas tu hobi suka campak diri sendiri dalam timbunan daun. Dah melekat kat rambut.

DSC04190-e

Takpe lah nak, asal bahagia. Lepas main kita mandi, ok?

18 comments:

♥♥relyza♥♥ said... BALAS

comey! hahaha aiyu ni lasak ek

Erma Azman said... BALAS

hahaha comel nye aiyu esp daun lekat kat rambut tu.kalau dekat mesia ni takde la bapak2 nak buat buaian sendiri kan. bwk anak main playground pon payah.hahahaha..love ur swing! simple n functional!

bonda dadif aka akish said... BALAS

huhh..manyak syiok ade buai sendirik....

tpkan..psttt...aiyu..awak tau..bf awak takot naek buai nih...

eheheheheheh

ANR said... BALAS

hahaha comel. nasib baik x de dedaun/bebunga yang dililit at tali buaian. klau x dah boleh fefeeling jadi bawang Putih lah.

jgn lupa ajar nyanyi lagu Pohon Beringin. eh

Izza - Jiejah said... BALAS

comeyyyy cik kak aiyu .. buaian pun comey hehehe

Anonymous said... BALAS

Bertuah badan Cik Aiyu. Dapat daddy faham kehendak anak perempuan kesayangan.

Huda, nak tanya buai tu saja ada jual berasingan ke? Dulu pernah nak buat utk anak-anak, kat Malaysia tak jumpa. Kena import, then i said forget it. Too expensive

Ahkak

Amyz! said... BALAS

yeay.. bleh prektis terbang ni. hahaha.

I ingat masa kecik2 dulu kan. I pon takde nye nak main buai betul2. siap berdiri atas buai ayun tinggi2. ahaha.

part of growth. hehe.

Anonymous said... BALAS

nasib de DIY man kat umah kan? pasni leh wat umah pokok lak utk cik aiyu.. wakakaka...

ITA

Hanamiko Sakura said... BALAS

comel je buaian tu... =) cik aiyu pun suka ^_^

Anonymous said... BALAS

teringat main buai ms kecik-kecik d dahan pokok mangga..kami ikat tali dan buh la papan..tp mary main kejap je d playground..then dia manjat dan main slide paling tinggi..sambil mama die main buai..hohohoohohoho

Imran@Copenhagen said... BALAS

she is so cute!!

anumuchan said... BALAS

amboi ganaih2 aksi cik aiyu.hehe

Dinas Aldi said... BALAS

Wehhh bestnyaaaa, nak buaian jugakkk!

Seronok tengok cik Aiyu main buaian tu :)

Watai said... BALAS

Terer gila kolbi bole buat buayan

My Life My World said... BALAS

Cik Aiyu sangat comelllllllllllll. Geramnyer nak gigit gigit cuping telinga dia ... hahaha

IntanRizal said... BALAS

sooo cutee!!!! kat mesia ni mana la nak ada rumah with backyard yg besar boleh muat pokok besar... anyway i loike the pokok, next project boleh buat tree house kat pokok tu...

indahhiasan said... BALAS

kasut cik aiyu cantikkk...

Madam Sooyaree said... BALAS

Anor,
Haaaa... memang iye pun. Tapi nasib baik berhati hati, jadi tak risau sangat la

Erma,
Hehehe.. nak buat buaian camne kat Malaysia, rumah jarang ada laman! Kalau dapat berlari pun cukup baik dah, hihihih... Tq dear, nanti I kasitau Cik Abe, mesti bangga dia :D

Bonda Dadif,
Alamak boifren... camne ni nak duet ngan Cik Aiyu. cik Aiyu suka main superman ni!

Aqilah,
Hahahha... tak nak aaa.. lagu tu scary weh. Sini Rajagopal ada la, how?

Iza,
Thanks dear, kembang bon bon Cik Aiyu kalau dia paham

Ahkak,
Memang le dia, daddy's girl gitu, hihih... Buai tu kita memang beli asing, from Little Tikes. Dalam $30 kot kita beli

Amyz,
Hahaha... memang leee.. itu la lagi best, patu tengah buai laju laju terjun, hahahaha

Ita,
Hihih.. itu la, untung kita dapat mat DIY. Kalau tak kopak, sini servis apa pun mahal gilos!

Hanamiko Sakura,
Thanks dear. Dia memang suka buaian, memang ngam sangat lah tu

Azza,
Waaa.. Mary suka naik slide tinggi tinggi ke? Suka thrill ye dia..

Imran,
Thanks dear, really appreciate it :)

Anum,
Tak padan ngan pompuan dan kecik kan! Mak nye la yang jadi mangsa

Dinas,
Apa lagi, haruslah pergi ke taman taman berdekatan, hihihih

Watai,
Haaa... terror lagi kau yang tau bawak kapalterbang, hehehe

Acik,
Thanks acik! Hahaha.. apa kena mengena la pulak cuping telinga dia, hihihi

IntanRizal,
Itu le pasal, we are blesses with lawn here. Kalau nak beli rumah camtu tengah PJ, memang kena gadai bulu idong, hahaha.. Thanks, nanti kita kasitau Cik Abe ;)

Oli Go,
Thanks, kasut cap bintang my auntie kata, hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...