Menu hari ini:-
Ayam panggang 1/2 ekor.
Red velvet cupcakes 4 ketul.
Cream puff tak terbilang banyak nya (takut nak bilang sebenarnya, hahaha)
Jadi kalau dalam minggu depan aku meroyan pasal tak muat seluar, sila ingatkan diri ini kembali k.
Hari ni giliran Cecilia & Nicholas pulak berkunjung ke rumah kami. Ikut weather forecast, hari ni cuaca kurang elok, jadi tak boleh main luar rumah. Memandangkan Cik Aiyu ada rumah pondok pondok, boleh la diorang main bersama kan. Mak nye dengan semangat siap beli meja kecik untuk diorang duduk. Lagi best meja tu boleh adjust kasi senget, jadi drawing board. 2 in 1 kekdah nye.
Pagi tadi dimulakan dengan memasak ayam panggang. Semalam bekalan makanan sampai, tu yang semangat memasak terlebih. Lepas ayam dah siap, giliran red velvet cupcakes pulak. Dari hari tu teringin nak buat, tapi takut 10 per 12 ketul kang masuk perut sendiri, hahaha… Cik Abe dessert ni dia selalu makan sikit sikit. Bini pulak pantang nampak dessert, kena makan selagi tak abis.
Nak jadi cerita, diorang datang petang tadi bawak cream puff pulak. Haruslah cream puff disambut dengan muka tersenyum lebar. Ikutkan adat orang sini, selalu datang lenggang kangkung. Elok gak adat Argentina ni kan, me likey! Yang tak elok nye, kami dapat tahu kami dua dua suka membakar benda manis. Ooo emm geee… makin gumuk la lepas ni.
Dipendekkan cerita, Cik Aiyu boleh ngam dengan Nicholas. Diorang main sesama, takde tolak menolak, atau berebut permainan. Rumah kitorang kan ada loop, dari bilik permainan Cik Aiyu, ke ruang tamu, ke dapur, balik ke bilik permainan Cik Aiyu. Entah berapa round la diorang main kejar kejar. Naik slide pun ikut giliran. Yang penting, diorang gembira boleh main bersama. Mak mak pun ngam jugak, boleh borak panjang walau takde topik tertentu. Alhamdulillah… Tak sia sia pergi taman, jumpa kawan
15 comments:
sedap nye! post sket ke mesia
nampak ayam panggang sis nie yang jannah nak buat jugak nie. nyammehh!!
Profiteroles!!! My fave! Susah betul nak dpt yg sedap kat Mesia ni. Nak buat lak x reti. Hahaha. Gamba2 makanan semua nampak yummy nasib baik hari Jumaat kan, x pose. Pandai u masak dear. I ni oven xde (alasan dari zaman azali...ahaha...belia je la electric oven kan, apa susah?) Hurmmm gamba2 berlari berkejaran kanak2 tu xde ke? Hehe.
wah seronok nya sbb cik aiyu dah jumpa cik Hensem. eh eh eh
oh my, tgk ayam tu trus meleleh air liur. dari sehari ke sehari nk buat, tp sekor ayam nk makan sorang, mmg x lah kan. :)
wawa..cik aiyu dah ada bopren :p
vassss...red velvet n ayam tuh..iskkk
smuanya yummies!!!!
Haha soalan saya. Mana red velvet lagi satu? Didalam perut cik aiyu ke dalam perut mommy cik aiyu? Hehe
Haha. Ok. Kat mesia tukar2 lauk. sini tukar2 desert eh? Ok jugak tu. Haha. Mmg kalau tak muat seluar tu, memang boleh menangis T____T Haha.
Takpela janji ada kawan. Anak pun tak sunyi main sorang-sorang. Lepas makan banyak2 tu, kita suggest sebulan sekali buat detox. Insya Allah. Boleh la kontrol berat badan dari naik. Hihi. :-)
Kita ni tengok redvelvet awak ni meleleh air mata dengan air liur.
Ayam tu pun sama.. Yummy nyaaaa...
Yela. Yela. Esok kita nak buat ayam mcm tu kat rumah. Hahaha.
Cik Aiyu dengan mommy dua2 dah jumpa geng..best la lepas ni :)
hehe..mary said good..rajin mummy baking..cam nenek aiyu..nanti mek aiyu balik mesia..pasti rindu si nicol..jeng jeng
Wowwwieee teruja sgt tgk ayam panggang and the cream puff..;)
best kannn kalau diorang main tak ingat dunia. kita mak mak minum kopi bergossip dan sewaktu dengannya. mick pun suke aje bila ada kawan. terus lupa mak. sabajela. lol
Anor,
Boleh, takut nanti dapat ayam perisa red velvet kang, hehehe
Cik Jannah,
Nanti dah buat update tauuu ;)
Farah,
Ooo... itu nama glemer cream puff ke? Cecilia ada cakap nama lain, I tak sempat nak tangkap. Sedap weh, mai la sini, hihihi.. Gambar kanak2 takde, pasal mak nye sibuk makan, hahahaha
Aqilah,
Makan sekor takyah aaa... sebelah takpe, macam ai :P
Tinta Kibod,
Hehehe.. biasa la, kena train dari awal, hahahaha
Nuroll,
Thanks dear :)
Jie,
Hahahah... kantoi! Mak nye kena la test drive kannn (alasan nak makan sebenarnya)
Amyz,
Lauk susah meh... non Muslim kan. Dessert iolss tak kisah, pasal sukaaaa :D Detox tu nak buat camne? Badan kita tah ape la yang ada, tak pernah detox, hahaha... Hari ni cuti kan, apa lagi, zasss di dapur!
Cahya,
Alhamdulillah, akhirnya jumpa gak yang rasi :)))
Azza,
Hahaha.. tah tah Nicholas ada gelpren lain time tu, nanges!
Sabira,
Apa lagi yang, haruslah dibuat atau dibeli ;)
Azura,
Itu le pasal, memang best. Kalau tak resah semacam je duduk rumah, kita pun resah sekali, hehehe
Kita jadi guilty pulak bila tengok diorang bosan. wahahahaha
Post a Comment