Namanya adalah Cik Aiyu.
Tak tau dari mana datang, tetiba skang Cik Aiyu gila makan yogurt. Sebelum ni so so la, kekadang dia makan, kekadang tidak. Tapi sekarang….
Siap boleh bukak peti sejuk nak amik yogurt sendiri!!!!
Mind you, peti sejuk rumah kitorang boleh tahan besar. 18 cu ft. Boleh la nak stok makanan seminggu dalam tu untuk kami bertiga. Dan pintu peti sejuk tu berat jugak, pasal semua mak nenek sos, susu dan jus kat tepi tu.
Tapi, dek kerana yogurt, Cik Aiyu terus jadi badang yang gagah perkasa.
First time dia bukak peti sejuk, aku tengah duduk tengok tv. Sebelum tu memang dia dah mundar mandir depan peti sejuk, mak nye buat tak paham aje. Dari sofa, aku dengar dia buat bunyi ‘uurrgghhhhh’ sambil cuba nasib tarik pintu peti. Dalam hati aku, ‘hek eleh, cuba la kau, bukan dapat bukak pun’. Tapi tak ku sangka, lepas beberapa saat, dengar pintu peti sejuk terbukak.
Adakah???
Tak lama lepas tu, dengar pintu peti sejuk tutup, dan tapak kaki kecil berlari ke arah ku.
*Cik Aiyu dengan sengih kerang busuk sambil tayang yogurt pada aku*
Pengsan jap mak nye. Oh anakku, kuat sungguh dirimu! Kerana usaha susah payah, mak nye pun layan kan aje. Yogurt 2 kali sehari? Layannnnnn…..
12 comments:
boleh geng dgn aunty & Fredo :)
ptt lah cik aiyu gebussss
makan yogurt rupanya :)
heheheh..jadi badang sebab overload yougurt..cayalahh aiyu......tak payah susah payah gie gym mcm auntie ni!muhahaha
gelak part yg buat bunyi ‘uurrgghhhhh’ tu hahaha... comel btl cik aiyu . yogurt xpa elok jgn candy sudah =D
Omg! Dah besar anak dara narif hehehe.. Comelnya dia!!!
Boleh geng dgn abe ajwad
keh4....tough btul cik aiyu..!!
chaiyokk...!!
takpe. yogurt bagus utk kesihatan. cewah. ahaha. kuat betul bukak peti ais tu. ni mesti cukup kalsium. haha.
alam tak suka yogurt. bila kasi, dia buat muka berkerut2 tahan masam. haha. kelakar.
Nanak,
Hehehe... high five dari jauh! :D
Cik Jannah,
Hehehe.. tu belum lagi dia makan aiskrim, hahaha
Sabira,
Itu le dia, sanggup tu! Skang dah ada kunci, muahahaha
June,
Dia ni memang penuh expression sikit. Kalau tengok dia kerut2 time marah, hahaha... sebijik macam mak dia! :P
Lady of Leisure,
Itu lah, kejap aje kan. Tunggu Arman nanti pulak lah ;)
Mized Family in da House,
Hehehe.. boleh la diorang makan yogurt sambil dating, hihihih
Miss Scofield,
See the hand la weyyyy :P
Amyz,
Hihihi.. apa la Alam ni, camne nak dating nanti? Aiyu suka benda2 masam, macam all the berries, kejap aje dia habiskan
Amboi siap pejam mata lg menikmati yougrt tu,lps nie mommynya kenalah kunci peti ais tu..klu x lebih 2x sehari mkn yougrt.
ahahhaha..makan yogourt terus kuat. comel gila bukak fridge sendiri..mesti bangga gila..sambil2 lari2 bawak yogourt, dlm hati cakap, tengok la mak..hebat gila. haha
comelnya Cik Aiyu making effort nak makan yogurt.
Post a Comment