Monday, May 28, 2012

Our update

Lama sudah blog tidak ber update.
 
Rasa rindu, tapi apa kan daya, mata asyik layu aje. Cik Aiyu jet lag tak habis, maka mak nye pun kena join sama. Anak bangun kul 2 pagi, kita pun kena bangun pukul 2 pagi. Dah bangun tu bukan boleh curi-curi tido, nanti dia jerit tahap Ziana Zain tarik suara kang. Tak tau kenapa, sejak balik US ni, memang mek kita suka sangat menjerit. Jenuh kami tepuk mulut dia, tapi macam takde kesan.
 
Trip balik hari tu, alhamdulillah, Cik Aiyu tak banyak kerenah. From KLIA to London, dia tido untuk 10 jam gitu. Sedar-sedar je, ada 2 jam je lagi untuk sampai. Best tak best la, memandangkan flight ke London adalah 13 jam ye tuan-tuan dan puan-puan. Kalau tak tido, jenuh jugak nak melayan blues. From London to Houston, 9 jam je. Yang ni cik kak kita tak banyak tido. Dah la tu, tak habis-habis ajak jalan. Sudahnya time kena pakai seat belt, ada member kekadang tak puas hati. Terpaksa la mak nye cuba distract kehendak hati anak. Nasib baik la beg penuh barang dia, jadi ok lah. Dari buku tukar ke sticker, dati sticker tukar ke iPod, dari iPod tukar ke coloring book.
 
Final flight, cik kak kita tido dari take off sampai ke landing. Cuma waktu bangun tu member mengamuk, penat sangat le kot. Kesian dia.. Tu la, sape suruh mak ko gatal nak kawen ngan orang Amerika. Kalau kawen dengan orang Indon, naik satu flight je dah sampai kannn.. Anyway, turun je lif, Cik Abe sudah menanti. Dia pun sebelum tu ada course kat Forth Worth, so memang ngam ngam timing flight dia 40 minit sebelum kitorang sampai. Kalau lepas, memang kompem kami tido kat airport tu, hehehe... penat!
 
 
 
Walau kami balik tak sampai 3 minggu, nampaknye Cik Aiyu rindu dengan semorang kat Malaysia. Hari-hari dia gigih suruh on computer, nak tengok gambar nenek, along, acu dan babi. Ye, dia panggil Sally babi, pasal Sally suka main 'baby baby' dengan dia. Tapi anak iolls selalu sebut baby = babi, jadi nye melekat la nama babi kat Sally. Yang kelakar bila tengok gambar semorang, dia akan cakap hi, pastu bila tengok gambar nenek, dia akan cakap 'no no no no', sebijik macam dia suka cakap kat nenek dia time kat Malaysia dulu. Entah apa angin dia, nampak je nenek hari tu, mesti dia sebut 'no no no no' sambil tunding jari kiri kanan. Walaupun mak iolls takat nak lalu je depan dia. Kalau tegur dia lagi la panjang 'no no no no' nye.
 
 
 
 
Hari ni fefeeling retis, pergi kedai pakai spek itam ngan topi.

13 comments:

venusfreedom said... BALAS

rindu nak baca entry mommy cik aiyu..pasni update slaluu kay..auwww..retis u..bley ganti julia rais pasni..pastu kawin ngn anak raja kay aiyu..hik hik hik

Eliss Mie said... BALAS

comel sekali retis pilih dvd sendiri yer :p

ANR said... BALAS

hamboi, My First Tshirt HR Penang seyh.. huk huk huk

retis sangat dgn pick cap die. xoxo

Nazayiena said... BALAS

Nasib baik Cik Aiyu x meragam dlm flight,bukan senang travel dgn budak kecik sorang2 plk tu dan juga ada beg doraemon mcm2 ada mainan dlmnya boleh juga membantu saat2 cik Aiyu boring2.

liemaopurut a.k.a ana said... BALAS

ngahahaha....nak ker kawen ngan indon?? kihkihkih;p

tapi, sesungguhnya memang lama sangat-sangat eh nak sampai houstan. kematu b*nt*t camgini heehe.

ASaDa RyutaRo said... BALAS

jenuhnya lama2 dalam flight. kalau mabuk udara mmg lagi naya..

blu4sky said... BALAS

alahai sian cik aiyu..mesti dia rasa sunyi bila balik rumah...

cahya indah said... BALAS

cik aiyu pilih dvd apa tu? rindu nak tgk cik aiyu jugak ni.. :)

Amy Z! said... BALAS

diva la budak kecik ni. ihiks. :-)

rara said... BALAS

hahahahha.. lawak la. kesian sally tak pasal2 kena panggil babi.

Normah kdsara said... BALAS

Comelnya cik aiyu ni aunty minatla dekat awak boleh kita jadi fren tak?

Madam Sooyaree said... BALAS

Erma,
Auww... thanks auntie! Mak cik Aiyu skang malas je selalu, asyik nak guling guling saje, hehehe. Aminnn... nanti merasa mak nye nak ber Birkin, hehehe

Eliss Mie,
Macam la dia faham kan baca DVD tu, yang dia suka tengok gambar haiwan kat cover je :P

ANR,
Harus lah, dah kata mak nye suka kumpul t-shirt HRC, hihihi

Kak Nurul,
Alhamdulillah... memang beg Doraemon kak, Doraemon pun nangis tengok beg saya, hahaha

Ana,
Hihihi... kalau yang di Kalimantan lagi la syiok kan, hihihi... Memang kematu, bukan bon bon aje, segala pelusuk jua, hahaha

Asada,
Nasib baik la kami tak mabuk udara, kalau tak memang tak balik kampung aa jawab nye

Blu4sky,
Betul la tu, asyik la suruh kita yang menghiburkan dia. What to do, itulah kehidupan kannn

Cahya Indah,
Tah apa tah DVD dia pilih tu, tapi akak belikan dia yang ilmiah sikit, hihihi

Amyz,
Diva tak jadi noks, hehehe

Rara,
Tu belum dia bantai jerit panggil babi kat spital, satu tempat menunggu tu dengar. Drop my waterface tauuu

Normah,
Auww.. thanks auntie! Boleh aje, fren let thousands kata pepatah melayu, hihihi

Reen Tart Nenas said... BALAS

macam suri cruise la tu kekdahnyer :) mommy bila nak mcm katie cruise plak? ngeeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...