Monday, July 16, 2012

Keeping promises

Hari ni Midland hujan lebat you.

Selalu hujan renyai renyai, dalam 15 minit. Kali ni lebih sejam. Siap ada kilat. Habis jalan raya bertakung. Tu lah padah takde SMART tunnel, hehehe.. Nampak sangat diorang memang tak plan untuk hujan kan masa buat jalan dulu. Jadi sebelum kita kutuk sistem jalan raya kat Malaysia, ingatlah, sama aje kat Amerika, hahaha…

Anyway, hari ni genap seminggu bofren saya takde rumah. Isnin lepas dia gi keje pukul 5 pagi, malam tu balik jam 1 pagi. Esok 5 pagi dah keluar balik. Petang tu balik jap packing baju, terus gi New Mexico. Bukan Mexico tau, New Mexico. Negeri sebelah Texas. Sampai la ni, tak nampak batang idung. Plan nak berjimba hujung minggu hari tu, terus cancel. Bukan apa, baru ingat nak cari baju raya selai dua. Nak bawak Cik Aiyu gi beli baju… ehhh… lupakan aje lah. Stress tak dapat baju yang nampak kurus satu, stress nak ikut dia jalan merata, pun iye gak. Skang ni kalau nak gi beli barang dapur pun, kena gi kedai yang ada kereta melekat kat shopping cart. Kasi dia leka sket. Kalau cart biasa-biasa tu, dia bantai panjat keluar. Bila kasi dia jalan dalam supermarket, habis semua benda dia masukkan dalam shopping cart haku. Apa ke hal aku nak beli sampai 2 gulung aluminum foil? Tapi bila kita keluarkan, nanti dia bising. T__T

Selain tu, skang ni cik kak kita makin pandai mengatur ayat. Dia dah mula cakap lebih daripada sepatah. Contohnya bila aku kasi barang, dia cakap ‘”thank you mommy”. Nak up sket ko kasi cekelat, nanti dia tepuk kepala ko, pastu cakap “good mommy”. Hewahh… suka ye dapat makanan terlarang. Kekadang tu bila dia bercerita, dapat la aku tangkap apa yang dia maksudkan. Macam hari tu dia borak dengan daddy dia, dia kasitau dia makan ‘cikeng’. Anak ai orang Ganu, semua yang hujung nye huruf “n”, dia tambah jadi “ng”. Macam counting, wang, tu, te-yee, fo, fai, sik, seveng, et, naing, teng….

Satu lagi yang aku perasan, dia makin suka menari. Jenuh dia ikut Mickey menari “hot dog dance”. Siap bila Mickey depa tangan, dia pun ikut sama. Tapi bila dia perasan aku tengok, dia marah. Hari tu ada cubaan nak record, tapi member naik angin bila nampak kamera. Oh, Cik Aiyu tidak rela dieksploitasikan! Melukis pun dia ok gak. Sebelum ni aku selalu lukis atas magnetic board tu, dia akan teka apa mak nye lukis. Skang ni dia pulak yang lukis. Ada sekali tu dia lukis ala ala bulatan, pastu dengan confident nye dia cakap “pumpkin”. Boleh la, bentuk tu dah ada :P.

Sejak Grandma & Grandpa Cik Aiyu balik, hampir setiap pagi kami pergi taman. I am not really a morning person, tapi bila dah janji dengan anak, macam tak sedap hati bila tak buat. I think it’s important to keep your promises, especially with your kids. Sebab tu mak nye malas nak janji bulan dan bintang untuk anak, pasal tau takkan dapat. So janji gi taman je la, yang ni mak mampu nak, hihihi…

DSC06222-e

Gambar ada sedikit kabur, pasal lens kamera ada wap air. Botol air yang kami bawak hari tu leaking. Bukan leaking sikit, habis bertakung air dalam bag. Terus mak nye, “oh my louie!”

DSC06224-eDSC06225-e

Kegemaran mek di taman, spider web. Gigih nak panjat sampai atas, tak sedar awak tu tak cukup ketinggian lagi.

DSC06226-eDSC06227-eDSC06228-e

Ok lah, mak nye nak masuk tido. Esok nak hantar Cik Aiyu gi boot camp lagi. Best weh, tido siang 2 jam you! Dapat mak nye minum nescafe sambil baca majalah. Tinggal 3 hari je lagi, Jumaat nak puasa Open-mouthed smile

13 comments:

Shamsiah Abdul Rahman said... BALAS

Sgt setuju, once dh janji.. mesti dikotakan.
Otherwise, diaorg dok tuntut janji & nyanyi d same thing tepi telinga.

Amy Z! said... BALAS

Aluminium foil tu banyak kegunaannya, mommy. Ekekeke. Lepas ni dah pandai sikit, dia masuk 2 kotak coklat dlm cart pulak. Haha.

Kan, bila dah pandai susun ayat tu, bila dia sebut tu comel je rasa. Nak tergelak pun ada. Haha. Adeh. Cair hati mommy.

Alam pun petang2 demand pergi padang. Bukan nak sangat main kat mainan tu, tapi dia suka ikut orang jogging. Dengan mak-mak dia sekali kena jogging. Jogging pakai baju kurung, ape kes? Hadoi!

Madam Sooyaree said... BALAS

Kak Sham,
Hahaha.. nyanyian berirama gitu! Kalau sunyi pun tak best gak kan :P

Amyz,
Auww.. Alam suruh mama exercise tu.. Baju kurung pun ok ape, breezyyyyy :P Yang Aiyu suka suruh kita follow dia. Kalau tang permainan besar ok le, ni celah celah pun dia suruh kita follow. Ko ingat mak ko ni Kate Moss ke?

Nanak said... BALAS

btl la dear..tats y i tak berani janji mcm2 kat Fredo..ahaha..
bestnya kalau area i ni ada taman..ini kena balik KK baru jumpa taman..paling2 pn main kejar2 dgn budak2 yg 7-8taun kat padang..

CIK Y O N G said... BALAS

Alahai Cik Aiyuuu..
Geram aunty Yong menengoknya!!
Mama Aiyu, salam ramadhan.

Reen Tart Nenas said... BALAS

aiyu comel :)

sabira said... BALAS

nasib baik kat shopping mall tuh xder shopping cart untuk kekanak,mesti toys dgn cekelat jer penuh dalam shopping cart mek aiyu..nak gelak2 baca time dia sebut cikeng..nasib tak sebut makang ikang..hihih

Rasidah Ahmad said... BALAS

ganu kita la pulak cik aiyu nie.
anak i pun dah start bercakap...homak aiii berkicau riang skrg...sampai kena tekup mulut.

bajukurung budak utk raya!!
www.bajukurungmurah.blogspot.com

Ana - Kisah Hati said... BALAS

rindunya kat aiyu. aktifnya dia sekarang ye. memanjat je kerjanya. aunty dok tengok perkembangan aiyu dari baby sampai dah besar boleh bercakap :)

farah said... BALAS

New crocs shoes!! Yang beli kat Mesia tu yellow kan, kena dah change color ke apa...mata aunty ni mmg nmpk je...hehe...sesuwaii wat panjat sana sini ye cik Aiyu. Loves her outfit too!! :)

gee ryder said... BALAS

bestnye playground kat sana, bersih jer. hari2 pegi pun takpe :)
anak2 biasa akan tuntut janji!

Anonymous said... BALAS

salam ramadhan kak!! and aiyu yg sgt3 cute!I always wait for ur updates btw! :D

Madam Sooyaree said... BALAS

Nanak,
Eh, rumah awak takde taman ke? Kesian you. Takpe la, nasib baik mommy rajin layan Fredo ;)

Cik Yong,
Thanks dear, salam Ramadan to you too :)

Reen,
Auww.. thanks auntie!

Sabira,
Hahahah.. sana takde tempat jual cokelat, pretzel ade le :P makang ikang belum lagi, tu kena singgah Ganu nanti. Mesti Aiyu rasa home sweet home :P

Rasidah,
Hahaha.. tu la pasal kan! Banyak sungguh diorang cakap. Tapi Aiyu ni kita tak paham kekadang biji butir dia. Tapi tengok muka dia, bersungguh je nak kasitau, hihihi...

Ana,
Thanks auntie :) Aktif la dear, memang tak makan saman punya budak, haha.. Tang memanjat tu dia memang champion. Nasib baik jenis yang berhati-hati sikit :)

Farah,
Ni baru punya yang, yang lama tak muat dah. Mak nye suka beli kasut, tempias kat anak, hahahaha

Gee Ryder,
Alhamdulillah sini bersih sikit lah taman, tapi ada gak puntung rokok semua kat lantai. Cuma sini jarang hujan kan, jadi barang pun tak cepat rosak.

Anonymous,
Thanks dear, same goes to you! Auww.. terima kasih sudi visit ktia selalu :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...