Tuesday, July 24, 2012

Rentetan hari jadi saya

Hewah hewah… dalam hati ada taman nampakkk :D

Mesti lah kan, besday kita kaannnn..

Seperti biasa, hari kami dimulakan dengan panggilan pulau dari bilik Cik Aiyu. Masa tu jam 6 lebih kot, memang baru tertido lepas sahur. Tak sahur apa pun, bangun untuk minum air je, hihih.. Dasar pemalas. Bukan apa, nak makan pun takde selera. Pastu silap makan boleh jadi lagi haus. How la? Baik minum air je kan.

Tuan tanah mula bergerak, tapi ditepis Cik Abe. “It’s ok, I’ll go and get her”

Wahh.. kompem aaa ok! Maka dengan itu, tuan tanah tido sampai jam 8:30 pagi. Lepas mandi, tuan tanah ternampak beater mixer di tempat keringkan pinggan mangkuk. Terus tanya Cik Abe, eh ehh.. ada kek ke? Dia kata tak la, itu untuk breakfast Aiyu tadi. Ok, fine.

Dalam pukul 10 lebih, tuan tanah bawak Cik Aiyu ke padang. Bila balik, ternampak frosting cake kat dapur. Terus sound Cik Abe, haaaa.. ni mesti ada kek! Tuan tanah dengan muka tak malu, terus selongkar oven. Eh, takde pulak. Peti sejuk? Takde gak… Hmmmm… misteriiii… Tapi takpe, tuan tanah suka kena serprais.

Cik Aiyu pulak, bila bapak nye suruh wish mommy “happy birthday” ko tau apa dia cakap? “Happy? Cake?” Adehhh… nampak sangat happy birthday = cake untuk dia kan. Chait!

Anywayy… sebelum berbuka tadi, Cik Abe keluarkan kek. Cuba la teka dia sorok kat mana? Dalam lemari you! Hahahah.. lemari tempat letak jaket ngan luggage bag kami. Nasib baik la rumah ni takde semut kan, kalau tak, keluarlah pepatah baru, “harapkan lemari, semut makan kek”. Eh, boleh ke pepatah camtu?

Ni haaa kek hasil tangan boipren saya….

DSC06375-e

Rasa sedap jugak, moist gitu. Tuan tanah cakap kat Cik Abe, “I can feel the love”, hehehe… Tapi Cik Abe sebenarnya macam tak puas hati, pasal dia cakap hadiah yang patut sampai hari ni, tak sampai tadi.

Wahh.. ada hadiahhh,…. iolls suka! Mind you Cik Abe memang tak pernah belikan birthday or anniversary gift tau. Kek birthday setiap tahun pun kena paksa dia beli, baru dapat. Tetiba tahun ni extra special sket. Bini pun terus extra gembira, hahaha...

Hadiah apa itu? Berdebar hati tuan tanah, seperti debaran hati peserta Akademi Fantasia.

Kita tunggguuuuu!!!!

28 comments:

Schazaza Zober said... BALAS

wahhhhhhhhhhhh... sweet giler.
"i feel the love"
itu sedap ke tak sedap kek nye...
hahahahahahha~

bestnyeeee dpt surprise...
xsbr nk tgk hadiah.
cik aiyu tak buat harta ke kek tu?

farah said... BALAS

I like!! Untung u laling dapat hubby nak buat surprise cake + hadiah bagai, sooo schweeet!! Nnt special entry lg on d present key, ni tak hbag kot2 kasut kot...hahahaha...x sabar!! **kisses to cik Aiyu**

Mokteh said... BALAS

happy birthday dear

venusfreedom said... BALAS

auww suwitttt:)
happy birthday huda, semoga happy selalu dan sentiasa dilindungi Allah swt. upload la gambar birthday girl. Lama mommy tak enterpreme..hihihihi

PutriesNoora said... BALAS

nak berdebar sama...hahaha

CtAsiah said... BALAS

sweetnye husband buat kek sendiri. kite kalo husband beli pun kira bertuah dah. huhu.

haih. kite pun berdebar nak tunggu next entry. apekah gerangan hadiahnya.

Amy Z! said... BALAS

Awwww... So sweeetttt tahap diabetic nih. Hahaha. Tapi betul. Sweet sangat. Dah la dapat kek. Dapat hadiah lagi.. Alalalala.. Dalam tidur pun boleh senyum macam ni. Ahahaha.

Comel je dapat kek macam ni. Simple pun takpe. The effort are the most appreciated kan? Hiiii..

Honey_dear said... BALAS

Dan-dan terserlah romantik cik abe.
Dalam hati ada taman rupanya.

kih3x..
kompem tuan tanah senyum sokmo harini..

Anis Rafie said... BALAS

Bagusnye lah sang suami mem'bake' kan kek, bagi hadiah lagi.. I think he tries to motivate you and make you happier after all the sadness happened lately.. Happy Birthday again Ms Nurul Huda :)

Ana - Kisah Hati said... BALAS

happy birthday huda. semoga sentiasa berada di dalam keberkatanNya

Rasidah Ahmad said... BALAS

awww romantisnya...bertuahla badan
happy birthday to you....


www.bajukurungmurahsangat.blogspot.com

nanne_manja said... BALAS

sweet :D...
happy birthday

mama maman aka yana said... BALAS

happy berday mama aiyu... :-)

June said... BALAS

aaawweeee..... sweet nyer Cik Abe byk btl bunga dlm taman dia hehehe... Happy birthday Kak Huda !! semoga panjang umur murah rezeki hendak nyer .

Nota Cikgu Anum said... BALAS

wahhhh kaseh sayam semakin semarak..

BabyBooned said... BALAS

happy belated birthday! bestnya dapat surprise cake!

Anonymous said... BALAS

sweetnyeeeee! hehe.

Ewa Zallie said... BALAS

time selongkar2 tu yg kelakar tu..hahaha!
ohh so sweett..


xdpt nk bygkan my huby baking kek, masak nasik goreng pun seingatnya masa i kunun2 demam after few months deliver dulu..hikhikhik

sHeeMa DeaN said... BALAS

so sweet...

happy birthday mama aiyu :))

daela said... BALAS

Happy birthday Mama Aiyu..dan Selamat Berpuasa...:)

Niza said... BALAS

happy bday huda... sweet nyer cik abe... hehe btw lama x de gamba tuan tanah, cik abe...

my everything said... BALAS

hppy bday huda.... bestnyeeee la haiiii ....

my everything said... BALAS

hppy bday huda.... bestnyeeee la haiiii ....

Mama Kembar 3 said... BALAS

happy belated birthday! wahh bestnya dpt kek boipren sendiri buat. pandai betul boipren u tu, untung bdn tuan tanah hehe. sila jgn lupa update apa hadiah tu yer, kalau dpt hadiah yg 18sx pun crita drop drop hint wokeh hahahah ;-)

Supian Mustapa said... BALAS

Happy birthday semoga dipanjangkan usia dipermudahkan jalan rezeki disihatkan tubuh badan dan dapat apa yang dihajati...

Salam sukses..

Supian Mustapa Menulis Tentang: Antara Kad Kahwin Kreatif terhangat di Malaysia.

Reen Tart Nenas said... BALAS

wah bestnyer ahkak. mesti kembang semangkuk nie :)

Konot said... BALAS

omaigod sweetnyer!!!

harus paksa laki aku baca entry ni! hahhaha

Eliss Mie said... BALAS

kagumnya...malu nyaa..ai tak reti buat kek.hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...