Monday, August 6, 2012

Day and night

Aiyu in the morning.

DSC06489-e


Aiyu in the evening.

DSC06493-e

Hehehe… nampak sangat anak iolls jiwakacau.org di waktu malam kannn…

Apa nak buat, ada orang tu perasan dah besar. Skang ni asyik nak pakai baju sendiri. Kekadang ok, kekadang jadi macam gambar kat atas ni la. Baju terbalik, yang dalam kat luar, yang depan kat belakang. Pastu seluar pulak, masuk aje ikut suka hati dia. Jadilah skirt pendek ala bon bon itik, hehehe… Bila kita nak betulkan, dia pakat lari keliling rumah. Tak koser mak nye nak kejar, lantak kamu la. Janji sebelum tido, kita betulkan.

Lately ni takde apa cerita baru sangat. Cik Abe seperti biasa, MIA. Minggu ni dia duk keje kat New Mexico lagi. Tinggal kami dua beranak. Aku bila dah tinggal berdua ni, jadi baik sket la kat cik kak kita. Kesian dia, tak dapat kasih sayang bapa kan, hahaha.. So kalau dia ajak main ke mewarna ke, mak nye follow aje. Cuma yang mak nye kurang berkenan, lepas makan malam a.k.a berbuka, dia ajak main lari dalam bulatan. Mak nye duduk kat tengah. Anak pegang tangan mak, pastu lari pusing keliling. Sebelum ni selalu Cik Abe yang layan, skang ni mak nye kena take over. Malam pertama buat, perghh… pening gilos! Skang ni dah immune sket la, tapi pening tu tetap ada. Takpelah, asal kamu masuk tido on time setiap hari, mak rela.

Hari ni Cik Aiyu ada pencapaian baru. Dia pee pee atas potty chair you! Sebelum ni memang ada suruh dia pakai, tapi dia tanak. Cabut mangkuk tu buat topi ade lah. T__T Dua tiga hari ni, dia memang dah duduk atas potty chair tu waktu dia mandi. Cik kak kita ni memang tau, suka keluar masuk tub bila tengah mandi. Hangin aku. Kita takut dia tergelincir. Tapi dia buat jugak. Bila kita tunggu dalam bilik air, dia bising. Bila kita keluar, siap tutup pintu bilik air. Hewahhhh…

Anyway, selama ni takde hasil la kat potty chair tu. Aku pun cam pasrah je lah, anak nak buat main kan. Tapi hari ni, jeng jeng jenggg… jumpa pee pee dia you! Warna adalah sedikit lain dari air mandi, hehehe… Ok lah tu kan, at least dia tau geli nak mandi bergelumang dengan pee pee sendiri, hehehe…

Syabbas betti, nanti bila balik dari Malaysia, insya allah boleh mula kelas buang membuang Open-mouthed smile

8 comments:

Syima Syaz said... BALAS

haha comel....
dia tgh lasak tu kan.layan aje...

sabira said... BALAS

amboii gambar yang first tue mcm nak gie jogging kekdahnya..hahahahah...

miss scofield said... BALAS

pergh.....brutal tuh pic no 2...

hik3......

Shamsiah Abdul Rahman said... BALAS

Pic 2 tu montot mcm bumber Volvo.. kebaboom..

Unaizah said... BALAS

Such a big girl Cik Aiyu!

Amy Z! said... BALAS

Haha. Alam pun nak pakai seluar sendiri, tapi banyak-banyak lapis. Suka tak? Kalau tak bagi, berguling-guling atas lantai.

Bagus la dah pandai potty training. Hihi. Lepas ni tak payah pakai diaper lagi. Best gitu..

Nazayiena said... BALAS

Ni dia tgh nak cuba semuanya,tgk pagi cantik je dah ptg tgk rambut pun dah serabai,hahahaha....dgn skirtnya tu.

CIK Y O N G said... BALAS

haaa.. cik aiyu yang kreatif!
good job cik aiyu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...