Wednesday, August 1, 2012

One step further

Semalam, katil baru Cik Aiyu sampai. Alaaa… katil yang kitorang order sejak dari tengah bulan Jun tu, hahaha.. Punya lah lama nak sampai, tuan tanah pun naik terlupa dah. Diorang ada call Cik Abe Sabtu lepas, kasitau diorang nak datang hari Selasa. Tapi kesan penuaan bertambah umur seminggu lalu, mak nye tak ingat langsung. Nasib baik ada rumah waktu diorang datang tu.

Anyway……

Inilah katil baru Cik Aiyu.

DSC06472-e

Fink gitu.

Kitorang beli full size. Sini katil datang dengan twin, full, queen and king size. Lepas king pun ade, tapi I lupa nama dia you. Bukan nak beli pun, sah-sah tak muat bilik, hehehe.. Kalau muat pun, nak beli katil besar-besar buat ape, macam la ko tu tinggi sangat kannn…

So far kitorang tak cabut lagi crib, takut Cik Aiyu tanak tido katil baru. Biasa la bebudak, mana suka perubahan. Kalau boleh nak yang sama aje. Kalau boleh, nak tengok Mickey Mouse doploh pat jam. Ehh… komplen nampak Smile with tongue out

Yang pasti, Cik Aiyu ada tempat baru untuk melonjak lebih tinggi. Nasib baik beli tilam latex, kalau beli spring, mau sampai siling dia lompat.

DSC06473-e

Tu waktu melompat, waktu tido?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

DSC06476-e

Tido atas lantai daaaaaaaa…….

Lupa pulak, vocabulary Cik Aiyu pun skang dah maju. Instead of saying “No”, she upgraded to “No way!”

T__T

17 comments:

Honey_dear said... BALAS

Big gal already..
dah ada katil sendiri..

Nanak said... BALAS

wah..canteklah katil kamu Cik Aiyu..Mommy pn boleh tumpang sekaki..
cuti sekolah ni plan nak cat bilik Fredo..(kalau rajinlah)

No way? sapalah dia ikut tu..hahaha

Amy Z! said... BALAS

Wah. Bestnya ada katil sendiri. Bleh lompat-lompat pulak tu. Seronoknyaa..!

Hadoi. Atas lantai jugak yang best tido.. -_-" Sabo je laa..

Hahaha.. Kemain lagi cakap No Way ek.. Hahaha.

Nurul Dahlya said... BALAS

kelakar ending dia! ahhahaha

Eliss Mie said... BALAS

laa, apsal x rasmi katil baru aiyu :)

bila laa nak asingkan katil nuha ni. x kan nak bersesak2 mcm ni tahun depan ;p

Anonymous said... BALAS

wah, katil mu dasyat nak!
aiyu kalau tido muka mmg beria. erm, maksudnyer mcm mmg tgh2 main, tiba2 je rs nak tido, terus die pengsan di tempat permainan juge :)


reentartnenas

farah said... BALAS

Loves!!~~ Pink and menawan, macam cik Aiyu juga...hehe...seriau je tgk dia melompat Nurul, takut errrr terjunam ke bawah...huhu...new vocab ya cik Aiyu, makin ganazz eh "no way", I geram Fatehah skrg if anything I ckp, dia ckp "tipuuu". X ke rasa cam nk spank her mouth...hahaha...

sabira said... BALAS

wooww pink panther ..boleh la cik aiyu guling guling 360 darjah..heheheh

fifi said... BALAS

cantiknye katil cik aiyu.. berkenan la pulak..

Rinna said... BALAS

Waahh cik ayu dah ada katil sendiri.. cantik laa.. :)

Missy CSI said... BALAS

tertdo selepas sms dgn boypren ke wahai cik aiyu

sri hati said... BALAS

Wahh cik kak kita ade katil baru la..match je ngn cik aiyu..autie tumpang tdo sekaki boleh ke?mesti cik aiyu ckp..NO WAY:-)

miss scofield said... BALAS

uuummmmaannngggaiii.....bosar eh...katil.......

bestnye!! cik aiyu.....kocik3 dpt katil bosar........ :)

sonang nak golek3...........

ayang said... BALAS

Akak ayg mmg suka betul baca blog akak. Ayg pasti ketawa besa bila baca ayat2 dlm N3 tu + lak gambar yg kelas gitu.. hehehehe
Cik aiyu tido pun dgn hp. hebat..

IntanRizal said... BALAS

wahhh!!! ipod didada you... kelas akak!!!

Madam Sooyaree said... BALAS

Honey Dear,
Heheh.. katil dah ada yang besar, tapi kat katil kecik gak dia nak tido~

Nanak,
Thanks auntie! Katil Cik Aiyu, tido bertiga pun muat, hahaah.. Tapi takleh terajang menerajang la :P Waa... nak cat bilik warna apa dear? Ada deco deco tak?

Amyz,
Memang itu pun dia guna, buat melompat. Tido, malam pertama je pass, pastu dia nak tido dalam crib gak.

Nurul Dahlya,
No way? Hehehe.. itulah, skang ni sesikit no way. Kang mak letak kat highway baru tau, hahaha

Eliss Mie,
Hehehe.. tahun depan tu kena beli super king size kot ;)

Reen Tart Nenas,
Hahaha.. itu lah, dia macam permainan habis bateri. Tau tau dah pengsan gitu. Makan ke main ke, sama aje :P

Farah,
Tu ok lagi, tak tengok dia catwalk kat sofa. Mind you, kat bahagian head rest ye. Penat I suruh turun, tapi biasa la, kekadang dengar, kekadang dia no way kan kita. Waa... 'tipu'? Bahaya tu, heheheh

Sabira,
Usahkan 360 deg, 720 pun boleh, hahahaha

Fifi,
Thanks dear :) Katil kat Malaysia mesti lagi meriah kan, sini kedai perabot tak banyak sangat

Rinna,
Thanks dear, really appreciate it :)

Missy CSI,
Hehehe.. tu iPod, jadi lepas tengok boipren, hihihi

Sri Hati,
Hahahah... macam tau tau je jawapan nye itu :P

Miss Scofield,
Senang yang, beli sekali sampai umur 15 tahun, hahaha.. Jimat!

Ayang,
Thanks dear, really appreciate it :) Terharu kita tau :)))

IntanRizal,
Harusss... di dadaku, ada burung... tembak vavi, hehehe

Wahidah said... BALAS

wah suke la katil cik aiyu..nk pinjam bole....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...