Sunday, August 12, 2012

Survival kit

Sedar tak sedar, berapa hari je lagi nak balik Malaysia.

Happy memang lah happy, tapi jantung berdebar. Dup dap dup dapp.. Bukan takut naik kapal terbang, yang tu alhamdulillah takde fobia. Kalau fobia, memang tak dapek la nak keje dulu kan. 6 minggu sekali ulang alik KL-Libya. Kalau nak lagi extreme, kekadang travel Libya-KL-US-Libya dalam masa 3 minggu. Amek ko, bak kata Aida, tinggal badan je tak sama saiz dengan stewardess. Kalau tak, kompem pass!

Yang buat berdebar, haruslah pasal nak travel berdua dengan Cik Aiyu. Lelagi kali ni takde bubis penenang hati, scary I tell you. Tak tau apa nak expect. Tapi nak tak nak, kena la lalui jugak kan? Habis tu camne, Doraemon tak kasi pinjam pintu suka hati. Kalau lah ada menatang tu, perghh… Syiok wa cakap lu!

Nak travel berdua dengan anak ni, checklist memang panjang. Semua benda kena pastikan ade, takleh ada yang tertinggal. So far untuk aku lah. Antara department yang harus lengkap adalah pakaian, makanan, ubat-ubatan dan hiburan. Tak pasal-pasal mak nye jadi macam orang nomad setiap kali travel. Belakang sandang backpack, bahu sangkut bag besar. Tangan tolak stroller. Badan lenguh toksah cerita. Kalau waktu naik gunung Kinabalu dulu, hehehe…

Tadi kami pergi Toys R Us, beli sebahagian daripada our checklist.


Haaa… ni baru sikit aje. Tak tunjuk semua lagi, hahaha… Cik Abe kata, macam nak masuk hutan 3 minggu je kekdah nye. Tadi shopping terbantut, pasal rasa panas sangat. Kesian pulak mek kita duk keluar masuk kereta. Tau tak cuaca berapa tadi?

IMG-20120812-00085

Tekan-tekan calculator, jadi 50 degC! Ni thermometer dari kereta, rasanya kat luar tak la sampai 122 degF. Tapi cuaca tadi 45 degC ke atas jugak lah. Siapa-siapa yang nak jemur ikan kering atau sotong kering (bukan spenda yaaaa), boleh la datang ke Midland.

Awek kita hari ni. Texas at heart you. Pakai topi koboi.

IMG-20120812-00088

Bila suruh senyum, dia tutup muka dengan topi. Perasan retis le tu.

IMG-20120812-00086

16 comments:

cahya indah said... BALAS

retis tutup muka ngn topi sbb panas kot..hehe

Honey_Dear said... BALAS

bubis??

hahahaha.. =P

Unaizah said... BALAS

Travel dgn kids memang kena bawak extra segala benda and preparation kena lebih. Org lelaki diorang tak faham.

Mixed-family in da house.... said... BALAS

apa benda dalam survival kit tu? nak kata makanan, tp beli kt toys r us.....nak kata toy, nmpk mcm pek2 makanan jerk.....hmmm....cer citer sikit mummy cik aiyu...

Rose Emely said... BALAS

so cute....
keturunan mat salleh sungguh...tak tinggal topi dia.

ayang said... BALAS

Akak selamat kembali ke Malaya.Hope journey sukses. InsyaAllah cik Aiyu ok hendaknya. Comei la gbr ngan topi cowboy gitu..

Eliss Mie said... BALAS

nak tumpang berdebar jugak. hr tu pernah kan balik berdua dengan dia. have a safe journey dear ! comel laa koboi tu :)

Amy Z! said... BALAS

Wah. Banyaknya snack. Hrp2 Aiyu boleh behave sepanjang perjalanan. Tak mengamuk. Hehe.


Haha. Retis tauu.. Kemain lagi. Haha.

Azie said... BALAS

ala2 retis dh cik aiyu! balik sok lagi lah ramai yg kerumun di KLIA..lagi la ala2 retis pan asian gitu. huhu

IntanRizal said... BALAS

Have a safe journey home!!!

nurul dahlya alias said... BALAS

ha saya pun nabes ni...nanti nak naik bas berdua je dgn sabrina!

blu4sky said... BALAS

huda, i feel you.. masa anak kecil-kecil ni bila travelling memang lerr segala benda kena angkut..memang sebijik mcm nomad.. klu travelling ikut jln darat ok lagi..yg by air ni.. sampai je destination cuba try test tgk sure muscle dah berketul-ketul...hihihi..
have a safe and pleasant trip dear and Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Anonymous said... BALAS

Aiyu Isabella, n mommy..
Behave ok..jg mommy lek lok(terbalik lak kan)..have a pleasant journey to m'sia..weather expected to be...ok hendaknye weather insyaAllah..acik dl terbang gi KK je pon, mnggelabah sbb bwk anak dara acik tu. Gi dia ada wat perangai sket, tp balik such a wonderful girl..behave la sgt sbb titun all the wayy...selamat kembali kak huda n aiyu..jemput dtg rmh mia laila.....

Reen Tart Nenas said... BALAS

comelnyer retisss :)

Nazayiena said... BALAS

Wah main tutup2 muka plk cik Aiyu nie,mesti dlm topi tu senyum spi telingakan....
Semoga Cik Aiyu baik2 je pjlnn blk nanti.

NoraNNe said... BALAS

ipod jgn lupe..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...