Friday, August 10, 2012

Over the past few days…

Hi blog.

So many things to tell, but the most important is, how awesome it is to sleep before midnight.

Hehehe.. sebenarnya dah tak ingat kali terakhir tido sebelum tengah malam. Nak nak bulan puasa ni, tak lari dari jam 1 pagi. Kelmarin, jam 2 pagi. Setelah berhari-hari azam bertukar menjadi hazab, akhirnya, malam tadi tuan tanah tido sebelum tengah malam.

Marveles ai tel yu.

Pagi ni bangun rasa macam mimpi aje. Nak nak pulak pintu bilik Cik Aiyu tertutup, suara panggilan dia dengar sayup-sayup aje. Nasib baik mak nye tak sambung tido, kalau tak ade yang terjun crib kang. Harap aje katil besar, tapi malam pertama je dia nak tido atas katil. Lepas tu fail, crib yang sendat tu jugak jadi pujaan hati. Takpe, nanti bulan September kita cuba lagi. Skang ni kasi peluang, beramas mesra dengan katil sampai kami datang Malaysia.

Selasa lepas, kami ada meeting rukun tetangga. Cik Abe takde, so mak nye kena tunjuk muka lah. Diorang suruh bawak dessert kegemaran memasing. Dessert kegemaran ai, kompem la cupcakes.


Sebelum korang membuat bidaah, yang lagi seketul tu, tuan tanah keluarkan kekonon nak amik gambar close up. Tapi macam tak elok je rupa, malas nak resize.

Anyway, meeting tu kami bincang, antara masalah yang wujud di Midland, dan juga area kami. Sebenarnya diorang yang berbincang, aku pakat dengar je, hehehe.. Nak mencelah tak reti. There were a few policemen, they updated us on recent misconduct cases and such. Plus, they informed us on what to do if something goes wrong. Who to call, besides 911. Bila boleh tembak orang, hahah.. Don’t play play, dalam rumah ni ada 3 senapang. Tapi op koss.. mak nye tak reti guna. Tinggi senapang dari tuan, camno? Polis siap bawak Bruno the Dog, untuk tunjuk kat kitorang macam mana agresif nya anjing polis. Ampun, takut.

Dah selesai meeting, dapat papan tanda untuk letak kat luar rumah. Pergh, bangga gila, nak pampang sijil kehadiran kat luar rumah.


Cik Aiyu pulak, semakin maju dengan tatabahasa nye. Skang dah pandai cakap ‘sowie’. Bukan sorry tau, sowie. Macam hari tu tah apa aku langgar, terus mak nye menjerit. Datang anak, gosok-gosok tempat sakit tu, kiss sket, pas tu cakap sowie. Auww.. terharu jap mak nye. Sama jugak bila dia mengamuk tak dapat tengok DVD Mickey Mouse. Bising punya bising, menari breakdance, bila dah cool down, dia cakap sowie. Kita nak marah pun terus tak jadi.

DSC06516-e

Budak sowie yang buat dress jadi toga dress. Lantak, dalam rumah sukati la kan Smile with tongue out

8 comments:

Teratai said... BALAS

Amboi, rajin nye mak Aiyu join meeting kejiranan. Kita kat area umah nih, sekali pn xpenah pegi..kera sumbang sungguh...hikhik..

Aiyu ikut hiphop ke sebut sowiee...cute sungguh...ekeke

Azie

cahya indah said... BALAS

cik aiyu..kecik2 lagi da pandai improvise dress..hehe

miss scofield said... BALAS

cik aiyu.......

ala3....bini tarzan plak....!!

hik...hik...hik

nurul dahlya alias said... BALAS

ahaha ingatkan mmg baju tu gtu! so clever oneee

nurul dahlya alias said... BALAS

ahaha ingatkan mmg baju tu gtu! so clever oneee

hOtMaMa said... BALAS

hehe.. pandai cik aiyu buat baju ala tarzan..

Amy Z! said... BALAS

Haaa.. Ai tau cupcakes ape tu. Mesti redvelvet. Terel tak ai? Hikhik.

Bagus juga join community meeting ni. Kalau ada apa2 boleh gak tahu. Semangat kejiranan gitu. Nanti boleh tukar-tukar lauk. Hihi.

Pasni bleh blajar pegang senapang. Ewah. Bleh memburu pasni. Haha.

Pandai la cik aiyu ni cakap sowie. Kalau mak dengar cair, mesti alam dengar lagii cair. kahkahkah..

Nanak said... BALAS

hi dear..
arggh..seminggu lebih tak on9..rindunya nak baca blog u..hehe..dah habis baca pn entry2 yg lepas..:)

wah, cik aiyu dah pandai ckp sowie...hehehe..btl kn dear? bila anak buat salah n ckp sowie kita pn tak jadi nak marah..hehe.. lagi2 kalau dia dtg pastu kiss..cair mommy!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...